Apa benda Islam PAS, dan Islam Umno, dan sehingga orang PAS kata UMNO tinggalkan agama Islam?

Hey, susah betul kita rakyat jelata yang mahu tahu apa benda UMNO buang sampai PAS benci sangat dengan Islam UMNO?

Tanya punya tanya jawapan dari orang ramai amat susah untuk di buat satu konlusi. Tetapi, ramai berpendapat Islam PAS adalah Islam politik. Tetapi, saya rasa Islam PAS adalah Islam “lafaz”. Dan Islam  UMNO adalah Islam berperaturan.

Itu pendapat saya, boleh diterima atau tidak, tak jadi hal penting. Cuma, kita boleh buat perbandingan sahaja, sehingga PAS bergitu meluat dengan UMNO, sampai dia kata UMNO buang Islam.

Islam lafaz, maksudnya, secara ringkas, apabila anda berlafaz dengan nama Allah, maka itu lah yang terjadi. Manakala Islam UMNO, walau pun anda lafaz dengan nama Allah, anda dikehendaki mengisi borang dan menyuruh sesaorang lain mengesahkan apa yang anda kata. Macam itu, orang PAS sangat tidak suka apabila nama Allah digunakan, tetapi kena ada saksi lain untuk mengesahkan apa yang anda cakap. Islam mengikut peraturan bureaucratic.

Ok. Setuju dengan pendapat saya?.

Tidak, tidak apa. Kita lihat contoh ini. Kita ambil contoh hal nikah khawin di Malaysia. Hal nikah khawin yang mana ianya adalah peraturan semula jadi, setiap orang lahir mesti khawin dan sebagainya, dan ianya berlaku setiap hari, setiap masa dalam masyarakat kita. Peraturan nikah khawin dikawalselia oleh Jabatan Agama Islam di semua negeri, termasuk Kelantan. Manakala seluruh peraturan dikawal selia dibawah ke DYMM Agung.

Di Malaysia, nikah khawin mengikut peraturan, iaitu, dari lafaz, dan mesti mengikut beberapa peraturan lain yang telah menyusah hal khawin itu sendiri.

Blia berlafaz pada mulanya dengan sedikit maskhawin, RM300 di Selangor, dan dibelakang lafaz hantaran sampai berpuluh ribu. Benda yang dilafaz dengan benda yang di buat adalah berbeza. Ini seolah-olah seperti pasangan tertipu denga lafaz maskhwin sebanyak RM300, membayar dibelakang tabir berpuluh-puluh ribu duit hantaran sebagai dowry yang amat tinggi dari harga maskhawin semasa lafaz.

Ingin dinyatakan bahawa urusan membuat peraturan dan undang Islam adalah dibuat olih Jabatan Agama Islam, bukan UMNO. Ianya di lakukan dibawah perintah YMM Sultan Sultan dan Agung. Berkemungkinan, UMNO, PAS dan lain-lain yang berkepentingan memberi cadangan kepada jabatan agama Islam dan ada yang berkata desakan dari orang-orang berkepentingan atau NGO dan lain-lain yang banyak menekan isu berkenaan akad nikah dan khawin adalah datang dari tekanan dari kalangan kaum wanita.

Ramai orang di Kelantan suka khawin, bukan suka main-main khawin, tetapi jodoh mereka itu luas dan senantiasa aktif. Bila undang-undang terlalu ketat dengan bureaucracy, dan segala lafaz itu, walaupun dengan nama mengunakan  Allah ianya tidak menjadi satu ketentuan kaka-nia, maka mereka dengan senang menuduh itu lah cara Islam UMNO.

Jikalau dilihat mereka menuduh orang UMNO tidak Islamik kerana walaupun menyebut nama Allah, tidak semestinya niat kata mereka itu betul, maka mereka dimestikan menulis satu borang menyatakan ianya betul.

Orang di Selangor, mengikut peraturan mesti mendapatkan surat nikah bapa beliau, walaupun sudah meniggal dunia 50 tahun dahulu, dan segala benda dari zaman dahulu kala untuk mempastikan apa yang dicakap betul. Mereka tidak percaya kepada lafaz dengan Allah sahaja, dan inilah yang menjadi persoalan mereka dan boleh mengatakan telah membuat cadangan seperti itu kepada Jabatan Agama Islam, dan dengan itu mereka berkata UMNO itu meninggalkan Islam apabila tidak percaya hanya kepada lafaz Allah.

Semua berkata Islam itu mudah, tetapi bagi orang muda yang ingin khawin, Islam itu payah. Jadi saya ingin tanya mengapa kah orang- orang UMNO yang membenarkan hal-hal dan perturan didalam agama Islam dibuat sebegitu rupa dan supaya ianya menjadi payah? Adakah orang-orang dari UMNO telah menyekat dan menambah baik Islam? Dan siapa kah yang berpengaruh sehingga hal-hal nikah khawin di Malaysia menjadi seperti hal-hal nikah khawin sebagaimana amalna dalam agama Christian dan lain-lain agama dan sesuatu yang merumitkan?.

Itu adalah satu contoh yang berlaku di negara ini. Contoh yang lain-lain, saya belum check lagi. Nanti saya check dulu.

2 thoughts on “Apa benda Islam PAS, dan Islam Umno, dan sehingga orang PAS kata UMNO tinggalkan agama Islam?

  1. Peraturan itu bukan mengubah hukum asal nikah kahwin, cuma kawalan sahaja, kalau pihak perempuan nak adakan akad nikah sahaja dan bagi mas kawin sebagaimana yang disebut boleh je, tapi mereka menambah hantaran sampai beribu ribu sehingga membebankan pihak lelaki, takkan itupun nak salahkan UMNO, bingai sungguh pendapat anda ini. UMNO mempertahankan kesucian Islam itu sendiri dari dimanipulasikan oleh mereka2 yang mengambil mudah terhadap hukum2 syariat yang melibatkan masyarakat dan orang ramai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s