Mu tanya tokbomo lah tentang Bandar Serambi Mekah tu, bakpa kotor, dia ketua tempat tu!!!

Jangan hendak marah tak tentu pasal, bila kita kata “ulamak” itu sama standard dengan tokbomo.

Bila dia kata ulamak tu orang bersih dan kuat ugama; memang pun mereka sembahyang sampai beratus kali, lepas fardhu, sunat, lepas sunat sunat lagi, dan lagi dan lagi. Lepas itu fardu pula. Jikalau ramai orang disurai itu, bangkit buat sunat pula, dan sunat lepas sunat sampai semua orang keluar surau, baru sunat tidur. Itu sunat juga.

Huh itu dia ulamak yang kita kenal. Dan bukan susah untuk kita kenal ulamak jenis ini, tidak payah ditunjukkan dari segi perbuatan, dari segi buah permikiran dan hasil dari buah pemikiran dia juga akan melurus kepada tindakan seperti itu.

Seminit dapat perintah Kelantan, ditukarnya jalanraya penting di Kota Bharu menjadi tempat jalan kaki, diletakkan satu wakaf tempat orang duduk-duduk ditengah jalan raya, konon, rakyat Kelantan berjalan kaki dan hendak rehat. Hasilnya, jam seluruh kawasan bandar. Tindakan sembahyang fardhu, dan sunat dan sunat, dan sunat, dan doa dan semuanya, berpunca dari pengalaman mereka sebagai tokbomo. Tak reti “town planning” langsung!!!.

Bila kita sedarkan mereka, mereka kata kepada kita “Mu, nantang kafir”.

Itu lah dia standard service dari para pemimpin kita yang kita pilih. Orang Kelantan pilih.

Bila jumpa hendak bertanya khabar tentang kotor nya bandaraya Kota Bharu, dia kata “Awak tunggu sekejap saya hendak ambil wuduk”. Bersihnya badan dia pada tuhan, dan belum tentu service dia kepada umat manusia yang memilih dia menjadi ketua berupaya memberi akal bernih.

Sampai hari ini, service mereka kepada manusia keatas kebersihan di Kota Bharu tidak memuaskan. Apa hipokrate nya jenis mereka ini. Bukan kah sesuai kita panggil mereka ini tokbomo?

Kota Bharu bandar terkotor di Malaysia. Boleh percaya kah kita bahawa mereka itu semua mengambil wuduk lima kali sehari, dan beratus kali lagi sekiranya mengerjakan sembahyang sunat?. Ya lah jikalau mereka tidak terkentut sekali pun sekurang-kurangnya sekali mesti, nampak bersihnya tubuh badan mereka.

Hasilnya, Bandar Kota Bharu bandar terkotor didalam Malaysia. Payah hendak percaya, kerana mereka kata mereka ulamak, dan bagi aku, aku kata mereka ini golongan tokbomo.

Bila kita pilih tokbomo menjadi pemimpin, mereka suka menakut-nakutkan kita. Percaya tak?. “Mu buat macam tu, rejam sampai mati, mu buat macam ini, aku potong tangan mu, mu rogol aku kerat konek mu”. La. yang last tu tak ler, saja buat joke. Tetapi yang ingin diberitahu ialah, sebuah kerajaan yang diasaskan kepada teokratik seperti mereka ini semua suka menakutan umat sedangkan Islam pada asasnya sebuah agama yang amat indah, bersih dan memberi menafaat.

Menafaat apa jikalau perbuatan fisikal tidak mendatang keindahan, kesenangan, satu harapan kepada kebebasan, tempat bergantung kepada segala kesusahan, mencari makan, dan lain-lain kepentingan kepada masyarakat atau manusia dizaman ini?

Tiada apa menafaatnya, dan sekiranya mereka berkata mereka itu ulamak, anda percayakah kepada mereka ini, setelah melihat sendiri hasil segala perbuatan fisikal yang datang dari akal mereka itu adakah telah memberi kesan yang amat positif kepada masyarakat?

Tiada. Buat dinar emar, menjadi dinar besi. Buat ladang kambing, jadi ladang harimau, buat Lembah Sireh jadi Lembah Maut, dan banyak lagi. Nampak ke tidak kerja tokbomo ini?.

Itu bab lain lain, lihat yang nampak dulu.

Tajam pemikiran kaum ulamak sekira betul lah mereka itu ulamak, maka Bandar Kota Bharu akan menjadi sebuah bandar terbersih di Malaysia, jikalau tidak di dunia. Orang kafir pun boleh membuat bandaraya mereka bersih, mereka ini kafir pun lebih mengikut saranan Allah, dari kaum Ulamak Islam di Kota Bharu. Apa sudah jadi, sudah tentu, mereka ini bukan ulamak seperti yang mereka hebuhkan, sudah tentu mereka ini dari kalangan tokbomo.

“Oh, orang kafir biasa lah, mereka hendak dunia, kita hendak akhirat”. Huh sudah, itu lah jawapan ulamak. Kepala hotak engkau, kita masih memerlukan dunia, tanpa dunia dimana anda?.

Atas bulan ke?

Sedih memikirkan corak dimana sebelum dipilih mereka ini dilihat begitu bersih, tetapi setelah dipilih sikap yang mereka amalkan amat memalukan dan menyedihkan. Sememangnya bukan ulamak, tetapi kita tersilap pilih ketua dari kalangan tokbomo.

Cuba ubah, cari penyelesaian kepada memberi service kepada manusia apabila dipilih, jangan duduk beri service kepada diri sendiri. Itu jenis tokbomo nama nya. Malu lah sikit kepada budak-budak yang menulis ini. Islam apa jenis semacam itu, itu  jenis ugame isle!!!!!

PS: Negara demokrasi, bukan tidak bolih pilih tokbomo jadi ketua dan pemimpin, tetapi bila awak tu tokbomo jangan duduk hebah seluruh dunia awak tu ulamak. Cuba cakap benar awak ni tokbomo, mahukah orang Kelantan pilih awak??.. heh heh heh,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s