Ular senduk Mesir bertukar kulit selepas patuk venom bisa Islam PAS kepada rakyat Kelantan

Semuanya Islam, selepas tahun 1990, iaitu pada hari bahagia kepada Nik Aziz Nik Mat dimana beliau telah menjatuhkan UMNO dan Kerajaan Perikatan (BN) dengan mengunakan APU, selepas 12 tahun UMNO memerintah. Pengulingan kuasa oleh puak-puak ini dengan menjatuhkan Nasir sebagai Menteri Besar menyebabkan Kelantan diletak dibawah kuasa dharurat.

Semasa Gadaffi di jatuhkan di Libya, Ular Seduk Mesir berdiam diri. Ini kerana kuatir rahsia kedua mereka ini yang mempunyai perangai sama, memberontak dan mengambil alih kuasa untuk menjadi pemerintah diketahui olih orang ramai.

Apa yang dibina olih Gaddafi juga dibina di Kelantan. Segala sistem pentadbiran diubah kepada logo “Membangun bersama Islam”. Pertukaran kepada sistem kewangan, pentadbiran Majlis Kerajaan Tempatan, Sistem Penguatkuasaan, sistem pelaburan, sistem pembelajaran, sistem rekreasi dan pembangunan hartanah dan lain-lain diwarwarkan dengan asas Syariat dan Perundangan Islam.

Pada awal tahun 1990 hingga 1993, perkembangan pesat didalam sistem baru  itu diterima olih rakyat jelata, dan banyak kerenah bureaucratic yang diamal olih BN UMNO semenjak memerintah selama 12 tahun sebelum itu telah di lenyapkan.

Dasar Islam yang dipertengahkan oleh Ular Tedung Mesir dilihat amat ketara perbezaannya apabila kesemua bentuk perjudian, jualan arak dan minuman yang memabukkan, persembahan klasik rakyat seperti Mak Yong, Dikir Barat dan lain-lain diharamkan, rumah pelacur dan lain-lain kegiatan maksiat telah di hapuskan.

Untuk mengerak nadi kepada perubahan besar itu PAS telah mendekati rakyat dengan program penhijrahan kepada Islam. Sedangkan, pada umumnya rakyat sememangnya menganut agama Islam dan konsept perubahan mereka itu kemudiannya dipandang sepi oleh keseluruhan rakyat Kelantan selepas 10 tahun mereka memerintah. Konsep “human development” yang ingin dipertengahkan oleh PAS di Kelantan akan memakan masa yang amat lama, perbezaan ketara yang ingin PAS bawa ialah konsep menyerahkan diri kepada Tuhan semata mata tanpa pertolongan material dari pihak kerajaan.

Kerajaan PAS ingin menukar sikap rakyat Kelantan dari mementingkan pembangunan material dan lebih menekan isu membangunkan umah berasas kan syariat Islam.  Seperti rumusan banyak teori perubahan strukture keatas pembangunan umah banyak berpendapat nahawa ianya akan menelan masa yang lama, iaitu sekurang-kurangnya 60 tahun, atau hayat hidup sesaorang, PAS telah dilihat tidak berjaya untuk mencapai kemuncak perubahan yang dinginkan.

Setelah memerintah lebih 15 tahun, PAS telah berubah kepada strategi pembangunan material, walaupun keinginan kepada perubahan umah belum tercapai sepenuhnya.

Ramai rakyat Kelantan masih dilihat berjudi, berzina disempadan, bergundek dan lain-lain perbuatan yang melanggar syariah Islam walaupun hampir 15 tahun PAS bertindak merubahkan corak kehidupan mereka kepada Islam. Walaupun sistem pertadbiran telah kukuh dengan asas pentadbiran Islam, penerimaan rakyat kepada sistem itu sebagai satu sistem sama dengan BN, tetapi di anggap sebagai sistem PAS, bukan sistem Islam sebenarnya. Kemuncak kepada perubahan itu ialah apabila PAS gagal untuk melaksanakan hudud.

Sekiranya hudud dilaksanakan, kegiatan maksiat seperti berzina, judi dan lain-lain akan digempur habis-habisan oleh PAS dengan mengunakan enakment hudud, seperti menjalankan hukuman bunuh keatas para penzina dengan menanam separuh bahagian tubuh lelaki dan melontar batu dan menanam pesalah wanita sedemikian sambil diarah para pengikut tegar mereka melontar batu sampai mati, serta memotong tangan para pencuri. Dan detik itu lah merupakan satu kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh Nik Aziz serta para pengikut mereka memperkenalkan sistem Islam PAS kepada rakyat Kelantan walaupun ianya lebih bercorak Islam ala Taliban.

Pencapaian ini memberi kepuasan yang amat tinggi keatas hati kawarij PAS setelah dilihat berjaya menjalankan kuasa tuhan keatas penduduk Kelantan yang telah dibangunkan menerusi pembangunan umah kepada syariat Islam cara mereka berbelas tahun. Dari kejayaan ini akan terbentuklah satu kumpulan yang akan diamanahkan menjalan tugas membunuh dan memotong tangan kepada para ustaz dan ustazah yang telah di “brain wash” atau pun kemungkinan tugas itu akan di beri kepada sebuah syarikat kerajaan negeri Kelantan terdiri dari ustaz dan ustazah kalangan mereka dengan bayaran komision seakan akan AES.

PAS Kelantan akan menjadualkan proses perubahan keatas pembangunan kebendaan selepas kesemua perubahan dasar pemerintah berlaku, untuk menjayakan cita-cita mereka menukar sistem pemerintahan secara Islam PAS. Itu lah cita-cita Ular Tedung Mesir. 

Apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan PM, kerajaan telah menukar corak pemerintahan kepada sistem Islam yang lebih pratikal iaitu membangun umah dan membangun kebendaan. Ini secara langsung bertentangan dengan corak Islam PAS yang perlu kepada perubahan umah terlebih dahulu, dan hanya ingin melakukan pembangunan material selepas di bangunkan  rakyat secara total kepada Islam. Pada tahun 2004, Pas hampir dijatuhkan setelah menang dengan kelebihan satu kerusi.

Perubahan politik diseluruh dunia memaksa PAS menyegerakan pembangunan material, lebih lebih lagi setelah kejatuhan kerajaan corak Islam di Timur Tengah. Kegiatan liberalism di Turki dan lain negara Islam memaksa Pas berubah corak. Gerakan kebebasan agama dan juga aktiviti-aktiviti serupa memaksa PAS bergabung dengan DAP dan PKR supaya mereka dapat berselindung dari kecaman rakyat Kelantan dengan meletakkan segala keburukan keatas parti-parti gabungan mereka.

PAS dilihat amat licik dengan mengunakan parti parti gabungan mereka kepada masaalah issue semasa yang mereka juga menghadapinya. Keadaan masaalah sosial di Kelantan seperti pelacuran, lesbian dan gay, judi serta lain-lain kegiatan haram masih berluasa secara tertutup, dan mereka telah dilihat tidak berjaya didalam membangunkan umah kepada Islam yang dijalankan hampir 22 tahun. Mereka juga dilihat gagal dalam isu membangunkan pembangunan material seperti kegagalan di dalam sistem wang dinar, sistem pembangunan hartanah secara “equiti sharing”, pembangunan sistem air mentah dan bersih, sistem ekonomi dan menarik pelaburan membangunkan kilang-kilang seperti yang dibina olih kerajaan BN semasa pemerintahan mereka selama 12 tahun (1978 hingga 1990.)

Penghijrahan yang amat ketara keluar negeri Kelantan olih anak-anak muda Kelantan meletakan PAS ketahap kebimbangan yang besar, dan untuk melindungi dari subversif keatas PAS, PAS telah menubuhkan persatuan perantau anak-anak Kelantan.

Perubahan material yang dilakukan oleh BN di Jeli memburuk lagi keadaan politik PAS. PAS mencuba mengunakan kekuatan umah dan cuba menghijaukan Jeli dengan harapan, perubahan umah boleh menjatuhkan perubahan material. Malangmya, keadaan diluar negeri Kelantan merubah persepsi penduduk tempatan kepada menerima pembangunan material yang mana lebih memberi keselesaan kepada kegiatan ibadah. Pembangunan material juga memberi peluang pekerjaan, perniagaan dan lain-lain kesan ekonomi kepada penduduk tempatan. Cubaan PAS juga gagal.

Islam PAS adalah diasaskan kepada Islam lapuk, iaitu engkau buat salah engkau kena potong tangan atau engkau dibunuh. Turki, Mesir, Tunisia, Libya dan lain-lain negara telah berubah, maka PAS perlu berubah. PAS tidak boleh mengikut selera Islam Pakistan atau Islam Taliban. Corak pemikiran pemimpin PAS telah ketinggalan zaman. Maka setelah menyuntik venon kepada rakyat Kelantan, PAS dilihat lebih liberal. Rakyat Kelantan telah menghabiskan masa selama 15 tahun untuk dibangunkan olih PAS, tetapi PAS, diatas cabaran perubahan luaran dan untuk menarik sokongan rakyat kembali kepada mereka, PAS telah membenarkan kegiatan dikir barat, rebana, gendang dan lain-lain permaianan rakyat, yang sebelum ini telah diharamkan.

Maka tiada beza Islam PAS dengan amalan Islam kerajan UMNO, malahan kerajaan UMNO di lihat lebih berjaya di dalam kedua-dua aspek, yaitu membangun umah dan membangun material dengan memegang keutamaan kepada ajaran Islam. PAS telah gagal kedua-duanya. Rakyat Kelantan pun sudah berubah setelah dikecewakan selama 22 tahun dengan racun Ular Tedung Mesir. Mereka akan membuat perhitungan sama ada ingin menerima Islam PAS yang ketat seperti Taliban atau meninggalkan mereka dengan memilih pembangunan material dan Islam UMNO seperti di Jeli. Pas sudah tahu akan perubahan ini, itu sebabnya mereka telah menjadi liberal dan cuba untuk membunuh UMNO dengan doa bomoh KO BN dengan harapan PAS dipandang masih konsisten dengan pegangan mereka walaupun sudah berubah menjadi sebuah parti sekular dan liberal.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s