Nilai murni bangsa Melayu dihancurkan oleh umat Islam Ala Taliban/ Iran PAS

 (sama aksi ganas melampau, ahli Taliban diatas dan ahli PAS dibawah, berbaju merah Ahli Taliban PAS)

Keghairahan kearah menguasai sebuah kawasan, daerah, atau negeri oleh parti PAS bagi mereka menegakan sebuah negara Islam ala mereka membawa konflik yang amat besar didalam peradapan dan nilai yang telah serasi dengan umat Melayu Islam di Malaysia, dan tindakan ala gorila mereka yang berkepentingan didalam pimpinan parti itu akan merubuh sebuah sistem yang telah lama maju bersama bangsa Melayu.

Apa yang kita lihat, gerakan parti PAS yang diterajui olih Musyudul Am Pas itu telah dipengaruhi olih citarasa beliau membawa satu budaya asing semenjak memerintah Kelantan dari tahun 1990.

Bukan terlanjur untuk saya berbicara sekiranya saya mengatakan parti PAS membawa budaya “gangsterisma” atau “racist” semasa memperkenalkan sistem pemerintahan Islam terhadap penyokong mereka. Sistem pemerintahan amukan Islam yang diperkenalkan olih mereka itu memerlukan ikatan kemas dari satu perjanjian sulit supaya para penyokong dan pemimpin tetap menyokong parti itu sehingga kiamat.

Sikap racist atau gangsterisma mereka itu berselindung disebalik nilai Islam telah mengelabukan mata ramai Melayu Islam lain, termasuk para professional dan para ilmuan.

Pergerakan ini telah menghancurkan nilai didalam peradapan Melayu yang lebih mesra kepada umat mereka di mana-mana mereka berada dan menyanjung tinggi sistem Raja Berpelembagaan. Perpecahan telah mula berlaku diantara umat Melayu Islam semenjak 1990 lagi, disemua tempat, termasuk ditempat berkerja, dimedan politik, di universiti-universiti dan kawasan-kawasan perumahan dari tindakan kegangsterisma para pemimpin PAS disemua peringkat.

Keghairahan melampau batas menegakkan sistem “bunuh” dan”potong tangan” ala Taliban dipendam oleh semua pemimpin PAS, dan ini dipraktikan secara halus bagi menjatuhkan sistem kerajaan yang lebih mesra kepada peradapan Melayu. Keinginan membunuh para penzina, potong tangan pencuri atau memancung kepala manusia yang menjadi beban masyarakat menjadi kegilaan utama mereka, dan dengan kebolehan melakukan kerja-kerja sebegitu, para pemimpin Pas dan ahli taksub mereka akan mencapai nikmat tertinggi didalam kehidupan mereka dan akan menjadi mereka sebuah organasasi yang harus disembah.

Penerimaan masyarakat Melayu keatas keinginan mereka itu terhad hanya di Kelantan. Kemunculan mereka diluar Kelantan ditentang hebat oleh masyarakat Melayu lain, dan dalam banyak pilihan raya kalah kepada UMNO dan BN.

Walaupun DAP menolak sistem yang ingin dibangunkan oleh PAS, PAS dilihat mempergunakan DAP untuk mendapat sokongan dari kaum lain, setelah tidak berjaya menawan hati masyarakat Melayu didalam pilihanraya. Pada pandangan umum, PAS telah dipergunakan oleh DAP, walhal, perkara sebaliknya berlaku. DAP dengan sikap talam dua muka boleh menerima hakikat tersebut tetapi seperti juga PAS, DAP telah memgunakan “keinginan PAS” menawan kawasan luas yang didiami oleh orang Melayu bagi menglebarkan pengaruh parti chauvanist Cina itu kepada penyokong PAS.

Kedua-dua parti PAS dan DAP, adalah parti racist dan chauvinist yang berbeza kaum, satu kepada kaum Cina dan satu kepada kaum Melayu. DAP dianggap umum sebagai dalang kekacauan ethnik 13 May, 1969, manakala PAS adalah dalang menjatuhkan sebuah kerajaan di Kelantan semasa Mohamad Nasir  menjadi menteri besar Kelantan.

Kedua-dua parti itu mempunyai jati diri yang sama, yaitu, ganas, busuk hati, anti-establishment, keras budi bahasa. Kesemua nilai-nilai tersebut terpesong dari nilai-nilai didalam peradapan Melayu Islam.

Kecaman hebat berlaku setelah PAS mengkafir Melayu lain supaya memberi kekuatan kepada ahli untuk menjadi satu kumpulan pendesak dalam ikatan gangsterisma mereka. Sembahyang berimankan dua imam, menyekat tali persaudaraan, memisah satu kumpulan dengan satu kumpulan lain, dan banyak lagi kemunculan perbuatan dari gerakan gansterisma didalam parti PAS, seolah-olah, mereka itu sebuah organisasi Mafia dari Itali.

Mafia di Itali dilandaskan kepada kegiatan ekonomi dan wang, manakala, gangsterima didalam parti PAS lebih besar peranan nya kerana telah menglibatkan tuhan umat Islam sebagai paksi mereka.

Ideologi yang dibawa oleh PAS semenjak tahun 1990 adalah sebuah ideologi yang ditiru bulat-bulat dari parti Islam Taliban dan Iran. Walaupun Taliban telah dimusnahkan di Afghanistan, corak kegiatan parti PAS masih lagi dilihat mengunakan ideologi sama.

DAP tidak akan mendapat apa-apa kebaikan dari pergerakan parti PAS, malahan umat Melayu akan menjauhi PAS serta DAP dimasa akan datang. Sekiranya PAS memenangi pilihan raya, PAS akan meninggalkan DAP, begitu juga sebaliknya bagi parti DAP.

Hidup peradapan dan nilai-nilai Melayu dan jauhi lah parti yang menganut kuasa dari sistem gangsterima bertopengkan Islam dan kaum Cina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s