Melayu bukan menyerang Nik Aziz, Melayu Islam menyerang kaedah berlagak sombong dan bongkak serta menyalahi kebebasan beragama Malaysia oleh PAS

Kita bebas beragama, dan agama rasmi di Malaysia ialah Islam

Namum begitu kebebasan beragama itu tidak semesti diguna pakai sehingga menyinggung perasaan orang lain, terutama orang-orang Melayu Islam.

Sekiranya ada sesuatu puak beragama Christian melaungkan bahawa penganut agama Katholik Christian tidak mengikuti doktrin utama agama itu, dan diadakan ditempat terbuka seperti kaedah digunapakai oleh PAS, maka, akan tersinggung pula umat Kristian Katholik dan pergaduhan berasaskan agama akan berlaku didalam masyarakat.

Jangan ingat sebagai sebuah parti yang mempromosikan Islam parti itu layak menjadi sebuah badan yang boleh memperakui corak keislaman didalam negara ini, kerana badan-badan tertentu seperti Jabatan Agama Islam, JAKIM dan lain-lain badan lagi dilihat berhak keatas perundangan dan corak hidup serta syariat umat Islam, di Malaysia dibawah lindungan DDYMM Sultan Sultan Melayu.

PAS tidak ada hak perundangan untuk memberi gambaran bahawa mereka itu sebuah organisasi yang diberi tugas untuk memberi contoh terbaik umat Islam di negara ini. Mereka hanya berhak untuk memberi pandangan kepada ahli mereka sahaja, tanpa paksa . Sekiranya ada unsur paksa di dalam organisasi PAS mengenai corak atau sikap sesaorang ahli menjalani kehidupan mereka, mereka yang dipaksa bolih membawa perkara paksaan itu ke pihak atasan didalam sistem perundangn di Malaysia.

Perkara yang dilakukan oleh kumpulan Nik Aziz dan adik beliau Nik Razi dikawasan umum mengundang pandangan dan perspectif yang berbeza. Pertama, adakah mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu akan disebar keseluruh negara, kedua, jikalau ya, apa tujuan kumpulan ini berbuat demikian?. Sekiranya tujuan mereka untuk menyebarkan kepada umum corak keislaman mereka yang harus dipakai olih orang umum, seperti selalu berlaku di dalam pehimpunan sembahyang hajat lain di Selangor, maka apa kuasa mereka ini didalam menyebar perkara seperti itu kepada umum yang bukan ahli mereka? Kita juga mesti menanya mereka adakah penyebaran corak keislaman mereka ini betul atau salah?.  Jikalau berdoa menjatuhkan umat Islam adakah perbuatan itu betul?. Jikalau tidak, maka PAS mesti dipertanggung jawabkan keatas tindakan mereka menyebar perkara salah kepada masyarakat umum. Menyebar perkara salah kepada masyarakat umum khasnya akan melibatkan melanggar banyak undang-undang negara termasuk undang-undang Islam. Sekiranya ini akan mengundang kecelaruan didalam masyarakat maka tindakan perlu diambil olih pihak berkuasa keatas kumpulan ini tanpa kecualian sedikit pun. Mengapa Al- Arqam diambil tindakan, manakala PAS tidak.  Adakah sebuah parti politik dikecualikan daripada undang-undang? Sedangkan PAS telah melakukan benda yang sama pada masa ini, iaitu menyebar benda yang salah. Ini bukan sebuah negara seperti Iran. Malaysia ialah sebuah negara yang rakyat negara ini bebas beragama dan banyak agama lain yang harus juga dihurmati.

Juga harus di ingatkan, Melayu tidak lah ingin melihat Nik Aziz di interview oleh penguatkuasa dan bercakap mengeluarkan air liur dimulut beliau seperti Asahari Muhamad, tetapi beliau harus bertanggung jawab sebagai ketua seperti Asahari Muhamad keatas kecelaruan yang dilakukan semasa ini.

Walaupun bebas beragama, PAS tidak bebas menyebarkan fahaman mereka kepada bukan ahli mereka. Malahan PAS dan lain parti selalu mencerca pertubuhan agama Kristian sebagai sebuah organisasi yang cuba memurtadkan penganut Islam. Corak yang dipersembahkan oleh PAS juga boleh membuka kepada kemurtadan umat Islam sekiranya ianya diterima secara buta tuli tanpa pedoman.

Jadi tindakan yang diambil olih ramai umat Melayu Islam khasnya pada kali ini dilihat akan mengurangkan pengaruh orang ramai kepada parti PAS, dan sudah tentu ianya akan memberi kesan buruk kepada Nik Aziz dalam jangkamasa terdekat dan juga dalam jangka masa panjang. Ini kerana peranan yang ingin dimainkan olih PAS semenjak berbaik dengan DAP dan PKR ialah berpolitik di peringkat nasional, bukan hanya diperingkat negeri Kelantan sahaja. Kemungkinan rakyat Kelantan akan membutakan mata dan memekakkan telinga keatas isu ini besar, tetapi ramai orang Kelantan juga berpelajaran tinggi dan mampu memberi pandangan mereka kepada isu ini serta mungkin membuahkan pandangan yang berbeza dari kumpulan Nik Aziz. Sama ada Nik Aziz dan PAS akan kecundang di PRU 13 disebabkan isu ini, terpulang kepada penerimaan semua mereka yang berada di Kelantan, tetapi, harus ingat, PAS mempunyai banyak isu yang mengelirukan semenjak kebelakangan ini dan isu ini akan menjadi peneraju kepada perubahan minda rakyat untuk menolak PAS secara beransur-ansur dan secara total semasa PRU 13.

Kepada sesiapa yang mengatakan perkara doa KO BN ini tidak akan memberi apa-apa kesan keatas Nik Aziz, sangkaan anda adalah meleset. Sudah ada banyak lapuran polis dibuat keatas penganjur yang mengurus himpunan tersebut malahan ramai juga akan merafat sembah kepada KD YMM Sultan Kelantan supaya tindakan diambil bagi menyekat corak yang selalu dimainkan oleh parti itu semasa perhimpunan yang mana telah menganggu gugat kebebasan beragama umat dan rakyat Malaysia keseluruhan nya.

PS: Bebas beragama, jangan paksa cara awak kepada orang lain dengan menyebar vedio kepada umum. Nasib ler PAS dan Nik Aziz, sudah terlampau batas, 22 tahun sudah terlebih tarikh, dan luput masa, patut buang dalam tong sampah. Mari, ramai-ramai buang dia pada PRU 13, tak der apa dia buat, kita ini miskin adik kakak, mereka semua kaya raya dan berduit sebab jadi ketua politik. Kerja aku pun tak der. Cap Chee Boo betul PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s