Politik-tumpang PAS tidak menyerlah bila bercakap tentang ekonomi. Mereka hanya sebatang pokok dedalu!!

Tidak pernah didalam sejarah semenjak penubuhan parti itu, mereka menumpang nasib untuk memerintah negara dengan berpakat bersama parti sekular sehingga matlamat agenda parti itu dilihat telah sembunyikan. “Putra Jaya dahulu, dan baru kita bincang” Haji Hadi Awang.

Kemaruk dengan kemenangan pada 2008 masih menyala dengan bara api yang besar. Jikalau dilihat pada keramaian hadirin dihari tarian Doa style gangnam dari Korea, KO BN, BN KO, api semangat kemenangan itu masih dibarakan bagi meyahut Melayu supaya bertahan dengan pemimpin PAS dengan impian menawan Putrajaya, yaitu setelah berjaya merudumkan sebanyak 5% dari jumlah undi Melayu penyokong UMNO kepada Pakatan pada PRU 12.

Kita bincang bagaimana situasi semasa 2008, dan apakah sumbangan PAS diatas kejayaan Pakatan?.

2008: Kemaruk kebencian tersangat tinggi kepada Presiden MIC, Samy Vellu, dari kumpulan Hindraf dan sekutu mereka dibiayai oleh kumpulan separa penganas politik tanahair memberi impak besar kepada pertukaran sokongan dari MIC dan BN kepada DAP. Antara isu-isu yang dimainkan ialah isu perbezaan kerja, pelajaran dan pendapatan yang tidak sama rata dikalangan kaum India. Isu korupsi yang diperbesarkan oleh kumpulan yang sama menyebabkan penyokong Cina dan Melayu dibandar bertukar arah ke DAP.

Dengan perubahan persepsi yang dibawa oleh Pakatan, BN mengalami kemerosutan kepada 140 kerusi parliment manakala Pakatan berjaya memenangi 82 kerusi.

Kemerusutan pengundi Melayu kearah Pakatan hanya sebilangan kecil sahaja, yaitu 5%, berbanding dengan kemerusutan penyokong Cina yang  besar kepada DAP.

2012: Dengan kata lain, PAS tidak mempunyai harapan besar kepada pengundi Melayu, pengundi sedia ada sudah tepu. Dan sekiranya umat Melayu beralih arah kepada BN, PAS akan kehilangan sebahagian dari pengundi mereka seperti didalam tahun 2008.

Keadaan dimana pergerakan sokongan berlaku secara perlahan-lahan, dilihat kaum India telah kembali menyokong UMNO setelah putus harapan dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh DAP. MIC yang banyak berkerja secara diam berkemungkinan akan mendapat pengaruh lama mereka, setelah banyak usaha kerajaan berjaya memberi impak kepada kaum India yang berharapkan perubahan.

Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi merupakan beberapa initiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat termiskin, tanpa mengira kaum, termasuk kaum India di kawasan bandar.

Jadi pertanyaan kepada mereka yang waras, bolehkah PAS menjadi pengaruh besar di dalam Pakatan memerintah di Putra Jaya?. Pada masa ini PAS memenangi 23 kerusi Parlimen, manakala DAP 28 dan yang lain dipegang olih PKR (31), jumlah 82 kerusi. Di kerusi parlimen manakah PAS akan menang sekiranya undi Melayu telah merusut?

Dengan lain perkataan, adakah berbaloi PAS bersama dengan DAP dan PKR bergangnam dengan lagu KO BN, BN KO?.  Keadaan politik dan ekonomi semasa yang tidak menentu membawa arus kebimbangan yang serius dikalangan rakyat Malaysia yang rasional.

Dilihat ramai kalangan kaum Cina yang telah menyeberang kepada DAP telah mulai ragu-ragu dengan kemampuan DAP sendiri, dimana kemelut ekonomi mereka mulai terganggu dengan polisi kerajaan negeri yang melawan arus dan tidak menepati piawaan dunia perniagaan.

Polisi CAT telah menghantui mereka sebagai suatu yang tidak menepati janji seperti contoh kecelaruan mengenai amalan perniagaan menjual tanah di Taman Mangis, kemelut Kg Buah Pala dan lain-lain lagi.

Ramai berpendapat bahawa terlalu awal bagi PAS dan DAP diberi peluang untuk memerintah sebuah negara seperti Malaysia.

Polisi ekonomi yang diketengahkan oleh PAS Kelantan menyerupai polisi Kerajaan Zimbabwe, malahan tanpa kerajaan Perskutuan, negeri Kelantan akan hancur semcam bubur lambak.

Rakyat yang rasional masih menaruh harapan kepada BN, MCA, UMNO dan MIC serta lain-lain komponen BN untuk meneraju kerajaan mentalahan pula keadaan ekonomi serantau yang kelam kelibut, dengan kerenah ekonomi di Eropah dan perang saudara di Timur Tengah, semua fakta ini mengimbangi kerasionalan rakyat untuk tidak memberi kepecayaan penuh kepada DAP, PKR, terutama PAS didalam menangani isu-isu besar itu kerana kurang keupayaan dan pengalaman.

PAS  menari dengan doa gangnam Korea KO BN, BN KO ialah sebuah tarian orang-orang ‘asli” seperti di Brazil dan di Afrika atau di kawasan pendalaman Taman Negara yang cuba ‘voodo’kan rakyat kaum Melayu kepada mereka. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana orang Melayu PAS masih lagi mempunyai unsur agama “animism” dan kepercayaan kepada hantu-hantu dibenak dalam hati mereka. Bukan beragama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhama dan ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Walaubagaimanapun, kami ucapkan selamat berjaya, semoga makin ramai kaum Cina DAP akan memeluk agama Islam dan meninggalkan Kristianiti kerana itulah yang tujuan paling utama diatas kewujudan PAS semenjak 60 tahun dahulu.

Sebagai nasihat kepada penyokong PAS ingat lah pesanan ini “Sesungguhnya, pokok dedalu akan di buang setelah kehidupannya merusakan pokok tumpangan yang diduduki oleh “benih pokok dedalu”.

Apa guna menyokong sebuah parti yang akan dibuang dan tidak ada  pengaruh membela nasib para penyokong mereka.? 

Muktamar sekali ini banyak mencerita kegelisahan para pemimpin PAS tentang nasib mereka dimasa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s