Apa yang akan di bincang dan dirumuskan di muktamar ke 58 nanti? PAS bersama dengan DAP menegakan Islam?

Mat Ell | eekaawordpresscom 
Innerblog
November 13, 2012

PAS akan mengadakan muktamar mereka pada 16-18 November 2012, bersamaan 2-4 Muharam 1432 di Kota Bharu.  Sukacita dinyatakan pendirian PAS didalam perkara-perkara berikut:-

Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Tujuan PAS ialah :

  • Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
  • Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Corak gerakkerja yang dilakukan mengikut panduan yang diberi seperti menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan dan beberapa amalan lain disini.

Rekod amalan berkata-kata ketua pemimpin PAS secara sedar seperti Hudud Pas, persaraan kerana uzur dan lanjut usia, pujian kepada DAP, jujur antara kunci kejayaan projek dan lain-lain amalan gerakkerja PAS di siarkan di laman web mereka. 

Antara isu besar yang mungkin akan dibincang termasuklah bagaimana PAS akan menghadapi pilihan raya umum yang 13 nanti dan cabaran parti itu menghadapi pilihan raya umum dengan kelibat isu semasa yang tidak memihak kepada parti tersebut.

Ini akan menghimpit pemimpin  mereka untuk berterus terang kepada akar umbi, dimana sudah mula bergerak meminta para pemimpin membawa parti itu kearah asas utama parti yang telah melencung jauh.

Untuk perhatian, kedudukan semasa PAS diantara PKR dan DAP, jauh berbeza dibandingkan dengan kedudukan UMNO didalam parti komponen BN; MCA, MIC dan lain-lain.

PAS masih bertungkus lumus memperkenal jenana parti (kuasa minda dan kekuatan gerakkerja) kepada PKR dan DAP. Malahan keinginan PAS mencalunkan 80 ahli di kawasan parlimen melihatkan betapa ingin nya mereka kepada seniority dikalangan sahabat mereka PKR dan DAP.

Dominasi parti PKR kedalam PAS menceriakan para pimpinan mereka yang beranggapan PAS perlu berubah bagi mencapai matlamat mereka menjadi “abang besar” didalam pakatan dan seterusnya berjaya menjadi UMNO di dalam Pakatan.

Diantara kedua parti lain, PKR dan DAP, DAP masih mendominasi kesemuanya. Kerenah kebencian kepada kelemahan pentadbiran Pak Lah tidak bersempadankan kaum.  Kesemua kaum Cina dan India beralih arah dari MCA dan MIC kepada DAP, membuat DAP menjadi abang besar diantara mereka, mengalahkan kekuatan keseluruhan jentera MCA dan MIC. Undi protes Melayu akhirnya pergi ke PKR dan PAS, dan juga kepada DAP, dan kesemua perubahan ketara ini tidak memberi kuasa besar kepada PAS, sehingga DAP harus menghurmati PAS, seperti mana MCA dan MIC menghurmati UMNO. Lihat dimana Pakatan memenangi 15 kerusi di Serawak, 12 antara nya di menangi oleh DAP yang bertanding di 15 kawasan. Pas langsung tidak memenangi apa-apa kerusi dari 5 calun yang dipertandingan, manakala PKR menang 3 dari 49 calun mereka. Jadi DAP masih kuat dianatara mereka dan apa perlu lihat kepada kuasa PAS atau PKR?

Jadi bagaimana kah PAS boleh mengantikan UMNO?.  Adakah dengan berkongsi dengan DAP parti DAP akan menaikan imej Islam dan menukarkan halatuju mereka kepada lebih mesra Melayu dan meletak bangsa Melayu seperti yang dicatitkan didalam perlembagaan?  Saya rasa itu tidak akan menjadi satu kenyataan sekira dilihat dimana tidak ada pun pemimpin DAP yang memeluk agama Islam setelah berbaik-baik dengan PAS.

Mengapakah soalan ini menjadi isu besar ialah kerana negara ini ada sebuah negara berbilang kaum, 65% darinya adalah Bumipetera dan Melayu. Didalam sebuah negara yang mempunyai peratusan besar umat Melayu, parti yang dilihat mampu memelihara kesejahteraan umat disini adalah parti atau pakatan dominan Melayu.  Walaupun DAP menjadi jaguh di kawasan Cina, mereka tidak berupaya mengambil alih pemerintahan didalam prosess demokrasi berparlimen bersendirian. Undian dari masyarakat kaum lain diperlukan untuk memerintah.

Pada pandangan orang-orang Melayu, PAS masih tidak cermelang dan dengan itu tidak berjaya menjadi kuasa dominan diantara parti-parti dalam Pakatan. Masa  5 tahun yang diberikan kepada Pakatan sememang sudah cukup baik untuk menilai prestasi persefakatan mereka sebenarnya. Sebagai kata bidalan ‘ business as usual”, tiada apa-apa kercedikan didalam gabungan Pakatan, terutama PAS tidak menonjol sebagai parti yang boleh dipertaruhkan nasib kita orang-orang Melayu untuk masa-masa mendatang.

Perkara besar yang harus di selesaikan sebelum pilhan raya ialah samaada PAS harus berselindung dengan agama Islam atau tidak, dan menjadi sebuah parti liberal seperti lain-lain parti didalam pakatan. Samada peranan ulama harus diketepikan dan diganti sepenuhnya oleh para professional bagi mengambil alih teraju kepimpinan mereka bagi mengimbangi keinginan besar ahli-ahli parti didalam Pakatan.

Untuk mendapat pengaruh Melayu dan Bumiputera lain kepada PAS mereka seharusnya menjadi lebih terbuka, lebih praktikal, dan lebih berketerampilan didalam kesemua bidang terutama bidang ekonomi bagi menyelia sebuah negara.

Tetapi, oleh kerana pokoknya PAS terdiri kerana menegakkan sebuah negara Islam, maka keinginan itu harus dicapai dari kesemua umat Islam dahulu. Bererti mereka mesti mendapat undi dari 65% umat negara ini dan disamping itu mendapat undi dari sebilangan kecil umat bukan Islam.

Kedudukan semasa tahap sokonagn kepada mereka tidak menunjukan prestatsi sedemikian. Lagi parah, mereka dilihat cuai didalam impian mereka bagi menegakan Islam apabila dilihat dibidas oleh semua ahli parti didalam pakatan mengenai hajat mereka untuk mendirikan negara Islam.

Apa yang dilihat, mereka gagal mendapat sokongan besar orang-orang Melayu sendiri, malahan akan gagal untuk mendapat undian dari umat bangsa bukan Melayu.

Kesimpulannya, kemana PAS akan bergantung harap setelah cita-cita mereka gagal didalam inspirasi untuk menegakkan negara Islam?. Rata-rata umat majoriti Melayu dinegara ini beranggapan bahawa negara Islam sudah pun terbentuk dengan jelas lagi nyata dibawah kelolaan kerajaan pimpinan UMNO dan BN. Harapan PAS bertukar menjadi UMNO  didalam pakatan hanya tinggal sebagai sebuah mimpi ngeri.

Bercita-cita besar itu dimestikan. Tetapi mesti lah tahu kekuatan diri sendiri.