Britain menyediakan squad pembunuh untuk membunuh Assad di Syria

Mat Ell . Eekaa.Wordpress.Com. 12 November 2012

FSA dan rangkaian pengganas al-Qaeda, yang di biayai oleh Arab Saudi dan Qatar, sedang dilatih untuk menjalankan pembunuhan Presiden Syria Bassar al-Assad dan para anggota tentera beliau, berita dipetik dari the Daily Star, hari ini.

Harian tersebut melapurkan, para anggota SAS, SBS dan Regiment Unit Khas Reconnaissance, telah berada di Syria menjalankan aktiviti melatih didalam pengunaaan senjata moden dan bom, serta melatih para pemberontak cara membunuh yang di halakan kepada Presiden Assad dan para anggota tentera beliau.

Ketua Turus Angkatan Tentera Britain, General Sir David Richards, menyatakan beberapa pelan awal telah di persetujui termasuk mengerakan tentera secara tertutup dimana Askar Bristish berada bagi memberi pertolongan kepada FSA dan anggota penganas al-Qaeda yang dipilih, seperti yang diberitakan oleh Press Association.

Britain beranggapan bahawa negara itu berperanan penuh di Timur Tengah. Britain telah menjadi negara yang pertama didalam campur tangan kuasa luar di Libya melibatkan kematian lebih dari 30,000 orang penduduk tempatan. 

The Telegraph melapurkan Sabtu lepas bahawa Amerika Syarikat telah berbincang dengan David Cameron mengenai cadangan Britain untuk membantu anggota FSA dan para penganas al-Qaeda setelah menerima laporan mengenai para pemberontak membunuh orang awam. FSA mengaku membunuh orang awam dan menawan askar Syria.

Mengikut lapuran CIA, campur tangan ketenteraan Amerika di Syria diperlukan memandangkan terlalu ramai kumpulan pelampau Islam memainkan peranan besar di Syria.

“Kuasa pemberontak di Syria, semakin berpihak kepada kumpulan radical Islam yang di lihat mempunyai kewangan untuk membeli senjata dan menjadi kuasa dominan pembangkang, oleh yang demikian tidak menberi keuntungan kepada Amerika” kata Dennis Ross.

Ross adalah anggota CFR and Trilateral Commission.   Beliau bertugas di Washington Institute for New East Policy, sebuah organisasi Think Thank Israel berpengaruh di dalam American Enterprise Institute dan lain-lain organisasi neocon.

September lepas, al-Qaeda dan FSA menawar $25 juta kepada sesiapa yang membunuh al-Assad. Agensy berita Turkey, Anadalou menyatakan, Ahmad Hijazi berjanji wang imbuhan itu akan dibayar di luar negara menerusi “peniaga dan para penyokong” mereka.

Saudi Arabia dan Qatar telah membelanjakan berpuluh juta dollar didalam usaha menguling dan membunuh al-Assad. Bantuan ketenteraan di wujudkan di Turkey dan “satu kumpulan para anggota tentera rahsia” telah diwujudkan di Istanbul, bagi menyediakan peralatan ketenteraan, kewangan dan lain-lain bahan bekalan dan dihantar kesempadan Syria oleh para tentera perisik Turki kepada pemberontak FSA dan pengganas al-Qaeda.

Pada Oktober lalu, Tukey telah menembak tentera Syria di sempadan setelah tentera Syria  membedil para anggota FSA dan unit berani mati pengganas al-Qaeda.

eekaawordpresscom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s