Apa benda republik dan apa beza dengan pemerintahan sekarang?

Eekaa | Eekaa.Wordpress.Com.|12 November, 2012.

Saya bukan ahli didalam mentafsir perlembagaan, corak pemerintahan, atau corak kerajaan.

Republik Berparlimen Singapura

Hanya apabila, Datuk Hasan Ali ada menyatakan bahawa pakatan akan menukar corak pemerintahan kepada Sistem Pemerintahan Republik, maka saya ingin memahami apakah sistem itu, ingin mengetahui “pro and con” sistem pemerintahan berkenaan, supaya kita sedar atau faham dimana letaknya diri kita sebagai umat majoriti Melayu dibawah sistem itu sekiranya telahan Datuk Hassan Ali itu menjadi satu realiti.

Republik Berparlimen Vs Raja Berpelembagaan

Didalam amalan demokrasi Raja Berperlembagaan, amalan kuasa exekutif dan kuasa kerajaan negeri nampak dengan jelas. Kuasa exekutif diamalkan pemerintahan sebuah kerajaan dipilih dari ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dan kuasa pemerintah negeri atau negara diamalkan oleh Yang Dipertuan Agung.

Manakala Republik Berparlimen (Singapura) pula adalah mengikut acara yang sama, tetapi, kuasa negara terletak di tangan seorang Presiden yang dipilih melalui peti undi dan kuasa exekutif di tangan perdana menteri.

Dilihat dari segi ini, kuasa Presiden dan kuasa Yang Di Pertuan Agung memainkan peranan yang sama, cuma, didalam sistem pemerintahan kita ianya berlandaskan kuasa negeri yang di pegang oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dan Yang Pertuan Negeri, dari semua negeri-negeri di Malaysia. Yang Di Pertuan Agung di pilih dari kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Kuasa Sultan-Sultan dan Raja-Raja dan kedudukan orang-orang Melayu

Orang-orang Melayu diktiraf sebagai sebagai rakyat majoriti negara ini dan beragama Islam. Penjaga hal ehwal agama Islam ialah Sultan-Sultan atau Raja-Raja Melayu. Raja-Raja atau Sultan-Sultan juga memegang kuasa negeri, dan menyelia hal ehwal orang Melayu sebagai rakyat baginda Sultan.

Kuasa kerajaan negeri pula dipegang para exekutif yang pilih rakyat melalui pilihan raya disemua kawasan perundangan negeri, dan prosess yang sama dimana seorang menteri besar dilantik seperti mana perdana menteri negara ini di lantik.

Republik

Didalam pemerintahan republik, semua ahli masyarakat, parti, kumpulan, individu, atau sesiapa berkepentingan dirujuk. Didalam hal demikian, sesuatu keputusan melibatkan kepentingan semua rakyat jelata tidak dapat dilaksanakan dengan cepat dan memakan masa seperti meluluskan undang-undang, atau memperbaharui undang-undang negara kerana kelulusan memerlukan 100% undi.

Manakala didalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang ini, punggutan undi melebihi 51% dikira mendapat keputusan kuasa exekutif untuk diluluskan. (2/3 adalah kuasa majoriti)

Kuasa Undi Demokrasi

Mereka yang mengundi didalam prosess demokrasi seperti yang diamalkan sekarang adalah melalui punggutan undi dari senarai pengundi berdaftar di semua kawasan.

Tidak ada apa-apa halangan untuk didaftarkan sebagai pengundi, dan tidak kira sama ada mereka itu berpelajaran tinggi atau tidak. Dari apa yang kita fahamkan sekarang ini, daftar pengundi menjadi hal penting didalam prosess pilihan raya, dan ini berlaku di semua negara demokrasi didunia ini dan juga didalam negara republik berparlimen.

Perbezaan

Jikalau pemerintahan kita ditukar kepada sistem republik, kedudukan Raja-Raja, Sultan-Sultan serta Yang Dipertuan Negeri akan dikosongkan, atau mereka dipilih menjadi ketua negeri, menjalankan kuasa kerajaan negeri atau negara, sebagai Presiden.

Sistem pemerintahan republik menolak sistem pilihan monarki, bermaksud, Raja-Raja atau Sultan-Sultan tidak boleh dipilih dari keluarga Diraja seperti yang diamalkan sekarang. Mereka boleh dipilih dari kalangan yang berkelayakan dan didalam sistem republik selalunya mereka juga berkepentingan didalam kerajaan negeri.

Orang-orang asal peribumi dan Melayu akan kehilangan kuasa Raja Raja mereka dan kuasa menjaga hal ehwal agama Islam yang mungkin diambil alih oleh ulama-ulama lantikan perdana menteri atau presiden. Mereka juga akan kehilangan negara mereka kepada sesiapa sahaja yang telah diberi kerakyatan di negara ini, termasuk semua pendatang asing yang diterima sebagai rakyat negara ini, termasuk kaum Cina.

Raja-Raja dan Sultan-Sultan juga akan kehilangan kuasa mereka keatas negeri-negeri yang diperintah berzaman-zaman dan kehilangan kuasa sebuah pemerintahan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Pendapat Lain.

Saya ingin mendapat pandangan dari orang ramai, terutama yang arif tentang pertadbiran dan perbandingan Republik dengan pemerintahan Raja Berpelembagaan, supaya ramai anak-anak muda kita boleh mempertahankan sistem yang diguna pakai oleh pemerintah kita sejak kerajaan Melaka lagi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sama ada kita semua orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa keatas tanah air selepas mengikut aturacara pakatan  terletak diatas pilihan anda sendiri.

Dan bagi saya demi menjaga agama, bangsa dan tanah air saya akan tetap memilih kuasa Raja atau Sultan sebagai penaung kuasa negeri atau negara di Malaysia. Tiada ada apa yang pincangnya dalam sistem sekarang ini dimana didapati kemajuan negara berjalan begitu lancar, cepat lagi progresif serta mengambilkira hak penduduk asal negera ini dengan sewajarnya.

Sistem ini juga mengambil kira pemerintahan beraja yang diakui oleh semua kerajaan di dunia, serta pengalaman mereka memerintah dari semenjak berkurun-kurun itu memberi kestabilan kepada rakyat semua kaum di negara in.

Kita faham mengapakah Datuk Hassan Ali begitu serius didalam memberitahu telahan beliau, kerana pertama nya kita akan hilang kuasa sebagai penduduk tetap berbangsa Melayu,  agama Islam serta kehilangan tanah air kepada mereka yang cenderung kepada sistem Republik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s