Kenapa Cina Christian DAP dan lain lain inginkan Melayu murtad?

Aku suka berseloka, tetapi berkenaan perkara murtad ini, aku tidak berani hendak berjenaka, kerana aku takut kepada Allah.

Walaubagaimana pun, aku teringin menyelam kepada persoalan mengenai mengapa kah orang-orang dari gereja terutama gereja Kristian (evangelist) baik yang diketuai oleh kaum India atau pun dari kaum Cina di Malaysia ini bersungguh-sungguh untuk membawa umat Melayu kepada agama mereka, yaitu kepada agama Kristian pada masa atau ketika ini.

Kita selami secara simple, secara senang, secara mudah. Ok.

Evangelist ialah satu kerja untuk mencari wang. Seperti menjadi ADUN, ianya juga satu peluang kerja mencari wang untuk hidup.

Parti PAS pun, peluang mencari derma. Mencari wang saku kepada pertubuhan mereka.

Didalam hal menukar Melayu kepada agama lain itu pula, selain mencari wang, mereka pula mencari pengaruh. Yang penting sekali didalam mencari pengaruh adalah bagi tujuan meruntuhkan pemerintahan raja raja Melayu.

Itu sebab sebenarnya didalam isu murtad atau tukar agama, dan isu ini berselindung disebalik demokrasi atau kebebasan beragama yang dibenarkan kepada kaum lain, tetapi kenapa pula ianya patut disekat kepada umat Melayu, seperti didalam sistem sekarang ini.

Mereka mencabar Melayu supaya meninggalkan Sultan Sultan Melayu yang menjaga hal ehwal agama mereka semasa mereka beragama Islam. Ini lah yang sebenarnya terselit dihati kesumat semua evangelist atau mubaligh. 

Kesemua evangelist telah menjadi kaya raya dengan corak pendekatan baru dari ahli dari kalangan pemuda-pemuda yang bangga dengan corak penyampaian moden keatas sebuah agama yang ternyata rendah nilai keagamaan, seperti hakikat keatas kepercayaan bahawa seorang manusia itu tuhan mereka. Walaupun nama tuhan mereka disama dengan nama tuhan kepada umat Islam, yang pasti mereka percaya manusia itu tuhan mereka. Corak mereka memesongkan Melayu juga adalah suatu perbuatan yang rendah nilai keagamaan, dimana mereka telah mengunakan sogokan wang, keseronokan bernyanyi dan  keterbukaan kepada maksiat dan lain lain perkara yang tidak ada nilai murni sejagat. 

Kepercayaan sebegini amat serupa dengan kepercayaan yang dianuti oleh Kerajaan Langit yang dibawa oleh Ayah Pin. Bermakna tidak semesti nya para evengelist Kristian rusak akidah mereka, malahan ini juga berlaku keatas penganut Islam sendiri. Cuba lihat bagaimana kekayaan yang di kumpulkan oleh Kumpulan Al Arqam juga mengunakan teologi keagamaan bagi mengumpul ahli bertujuan yang sama dengan para evangelist Kristian, mencari wang.

Mereka ini memainkan peranan yang sama, iaitu, mencari para pemuda yang lemah iman, mereka yang tersisih ekonomi, pelajaran, terdesak didalam kehidupan dibandar-bandar, terhimpit dengan masaalah peribadi seperti hutang, dadah, dan putus harap terhadap diri sendiri, terherit kedalam kancah judi, persundalan dan lain-lain masaalah yang terdapat di dalam kawasan perbandaran.

Tidak harus kita melihat bahawa Kristian sahaja berminat untuk memesongkan akidah pemuda Islam, tetapi orang Islam sendiri yang sudah terpesong seperti Ayah Pin, Al Arqam, juga memainkan peranan memesongkan mereka seterusnya kepada ajaran bukan Islam. Dan seterusnya menjadi murtad secara automatik.

Agama Islam itu agama untuk umat akhir zaman. Dan agama ini adalah agama resmi negara, dan sebagai orang Melayu mereka di iktiraf sebagai beragama Islam.

Sungguh zalim kepada orang-orang yang ingin memesongkan akidah para pemuda yang bermasaalah seperti diatas kepada jalan sesat mereka, baik kepada mereka yang memesongkan akidah Melayu ke agama sesat Kristian, atau ke agama sesat Islam.

Walaupun demikian, Malaysia mengamal kebebasan beragama, maka mereka yang beragama Kristian tidak perlu risau tentang kebebasan mereka untuk mengamalkan nilai-nilai agama mereka walaupun semua umat Islam menolak secara total tentang nilai-nilai keagamaan mereka itu dengan memilih Islam.

Umat Melayu amat perihatin dengan masaalah kepercayaan yang berlainan, dan selalu nya mereka akan mengunakan amalan “Kamu dengan agama kamu, dan aku dengan agama aku.” Ini lah kebebasan beragama sebenarnya yang diberi oleh Malayu kepada kaum lain dinegara ini.

Dan dengan itu kaum lain tidak harus mempersoalkan sama ada kaum Melayu harus diberikan kebebasan beragama sama seperti yang diberi oleh kaum Melayu kepada mereka.  

Maka tidak logik pemberi kebebasan juga memberi kebebasan kepada diri sendiri. Mereka sudah bebas dari acaman agama yang tidak tulin. Mereka sudah ada agama, jadi apa hendak diberi kebebasan kepada mereka lagi. Mereka memang sudah bebas, di dunia dan akhirat.

Ini anda harus faham. Bangsa Melayu adalah bangsa beragama Islam dan itu lah mereka adalah satu-satu bangsa yang beragama mulia di dunia ini. Tiada di lain-lain negara. 

Usaha untuk memesongkan mereka tidak akan berhasil, insyaalah. Dan ramai diantara mubaligh akan memilih agama Islam sebagai agama mereka sedikit masa lagi setelah mereka mengenal secara dekat kaum Malayu yang beragama Islam.

Mat Ell. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s