Jikalau benar apa yang diperkatakan, Lembaga Agen Hartanah Malaysia harus tangkap Guan Eng kerana menjadi agen hartanah haram.

Tokong pun sudah jadi agen hartanah haram, hey, apa hendak jadi Malaysia nih? Harap Lembaga Agen Hartanah ambil tindakan keatas tokong ini. 

Kita mula dari bawah dahulu.

Kemudian baru kita usulkan keatas. Pergi merujuk kepada SPRM, atau Majlis Raja Raja Melayu, dan yang paling tinggi, YDP Agung Malaysia.

Walaupun melibatkan seorang ADUN yang disangka sebagai tokong, kerana ianya melibatkan kepentingan orang awam, slogan yang selalu diguna pakai oleh Lembaga Agen Hartanah Malaysia, dimana untuk menjadi agen menjual hartanah perlu berdaftar dengan Lembaga itu supaya kepentingan awam dapat di jaga.

Sekarang ini, difahamkan dari berita berlambak di “google search”Guan Eng, setahu saya tidak pernah mendaftar sebagai agen hartanah, telah menjual tanah Taman Manggis sebagai agen hartanah kepada kerajaan Negeri kepada BN Pulau Pinang. 

Di mana hartanah itu, sebagaimana yang diberitakan dan jikalau benar apa yang diceritakan itu, adalah sekeping tanah yang telah dijual dan digadai oleh pemunya baru, dan ini satu kes pencabulan yang serius keatas kepentingan orang awam, yang mana akan menjadi ikutan kepada semua agen hartanah halal atau haram di Malaysia. 

Tangkap dia dahulu.

Baru lah Lembaga betul-betul dilihat menjalankan tugas menegakkan keadilan kepada agen hartanah halal yang lain yang sering diserang oleh Lembaga yang ditubuh oleh Kementerian Kewangan tersebut jikalau perkara yang sama berlaku.

Usul ini adalah dibuat dengan adanya lapuran di akbar yang mengatakan tanah itu telah dijual sebelum ini dan telah digadai sebelum dijual kepada pemuda BN negeri Pulau Pinang.

Apa cerita menjual tanah yang sudah dijual dan menjadi hak orang lain?.  Tidak ada etika agen hartanah langsung walau pun dia itu agen hartanah haram, apa lagi beliau juga bekerja sebagai KM sebuah kerajaan!!!. 

Bernama melapurkan.

GEORGE TOWN, 8 Nov — Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah melanggar undang-undang negara kerana menjual satu tapak tanah di Taman Manggis kepada dua pihak.

Ketuanya Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd.

“Pemuda BN mahu Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam kerana ini merupakan isu penipuan yang serius dan boleh dilapor kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sambil menunjukkan butiran dokumen itu.

Pemuda BN juga mendakwa tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

Oh berkata KL International Dental tidak boleh membuat pajakan tanah kepada bank jika kerajaan negeri tidak memberikan hak milik tanah dan ini menimbulkan persoalan bahawa tanah itu telah dijual secara rasmi.

Beliau berkata pada masa sama satu resit rasmi dikeluarkan oleh jabatan kewangan negeri menyatakan kerajaan negeri telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama.

“Ini menunjukkan lot tanah 305, 306, 313 dan 314 yang telah dijual kepada KL International Dental adalah sama dengan resit rasmi yang dikeluarkan kepada Pemuda BN,” katanya. — Bernama

Harap tegakkan keadilan kepada pencari rezeki rakyat jelata yang tidak haram.

Salam.

Eekaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s