Konvension DAP semalam cuba puji diri sendiri, tidak pernah lihat kejahatan DAP kepada Melayu!!

Teresa Kok beranggapan mereka telah berjaya memusingkan kepala Melayu bandaran kepada aliran dan fahaman DAP, iaitu, kerajaan rakyat sama rata. Beliau mengambil contoh bagaimana kerajaan Pulau Pinang berjaya didalam fahaman sama rata tersebut.

Tetapi tidak pula menceritakan sama rata itu bagaimana?. Adakah dengan menghapusnya agensi kerajaan membangunkan umat majoriti kepada membangunkan umat minoriti itu sama rata?. Sebagai contoh, hancurkan PKNS, supaya agensi sebegini tidak boleh dibiarkan ada di dalam pemerintahan  kerajaan DAP. Atau, jangan dibenarkan sesuatu agensi kerajaan atau badan badan amal membangunkan kemudahan bagi keperluan orang orang Melayu, seperti berlaku di Hulu Selangor. Disini yayasan YBK di sanggah dari membina UiTM kerana UiTM adalah untuk orang Melayu sahaja.

Corak pemerintahan DAP diSelangor corak dendam kesumat. Langat 2 tidak dibenarkan dibina kerana mereka beranggapan pembinaan itu adalah dijalankan oleh kroni UMNO dan BN. Perkara yang sama di Pulau Pinang, Perak dan lain lain negeri dimana DAP mempunyai pengaruh.

Kejayaan mereka sebenarnya adalah kepada kejayaan menjadi tok dalang didalam sesuatu pemerintahan di negara Malayu.

Sebenarnya, penduduk Melayu bandaran juga sudah insaf dan telah menjauhi DAP, sama ada terhadap fahaman dan corak pemerintahan mereka. Segala upacara yang dijalankan oleh kerajaan DAP di Selangor beteraskan kaum Cina, tidak ada seorang pun dari kaum Melayu yang menghadiri upacara upacara kerajaan Selangor seperti di Summit, Subang Jaya.

Keangkuhan DAP membawa gerombolan mereka di bandar bandar dengan laungan lagu Cina klasik dan lagu lagu Kristian tidak mendapat sambutan umat Islam dan kaum Melayu bandaran.

Keangkuhan ini akan menjatuhkan DAP di Selangor dan Pulau Pinang. Dan ketua ketua DAP di Selangor mengaku mereka akan kalah dan ditinggalkan di Selangor oleh kaum Melayu. Mereka sedikit pun tidak mengulas bagaimana angkuh nya kerajaan Pulau Pinang melawan perlembagaan persekutuan dengan meluluskan akta tukar parti dikalangan ahli mereka. Ada kah mereka beranggapan Melayu akan lupa itu semua?. Lupa kepada 13 May?

PS: Siapa suruh bina rangkaian rumah maksiat di Selangor? Mereka baru sedar bahawa majoriti itu benar, walaupun dibandar mereka boleh menang, sebenarnya penduduk kampung lain yang menjadi majoriti boleh tumbangkan mereka di bandar. Itu lah politik di Malaysia, wahai Teresa Kok!!!

Orang Melayu kata kepada DAP, “buy one free one” pun mereka tidak hendak parti DAP.

Eekaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s