Agen hartanah Haram, Makruh dan Halal, semua ada!!

Didalam negara kita yang mesra alam , semua perkerjaan ada berbagai bagai jenis, dan didalam berbagai status.

Sesiapa sahaja berhak untuk mencari wang bagi menyara kehidupan, dan cara mencari wang di sini ada berbagai bagai cara.

Paling cepat untuk mencari wang adalah dengan berkerja. Hasilnya, kita akan mendapat imbuhan gaji.

Bila wang gaji itu tidak mencukupi, diatas faktor kenaikan harga keatas semua benda keperluan, maka, ramai akan menjalankan kerja sendirian, sama ada dengan jalan atau jenis halal, haram atau makruh. 

Walaupun kita telah mencapai ketangga 12 negara bertranperansi, perbuatan menyusahkan kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh segelintir manusia yang inginkan wang atau gaji tambahan masih lagi berada ditahap yang amat membimbangkan.

Bercakap tentang agen hartanah pula, mari kita lihat perkembangan didalam industri itu. Pada mula nya hanya mereka yang berkelulusan tinggi didaftarkan untuk menjalankan kerja agen hartanah. Pada awal tahun 1970 an, tidak ada agen hartanah haram, makruh atau halal. Semenjak dipilih dari semua kalangan yang berpengalaman, tanpa perlu pendidikan formal, untuk didaftarkan, agen hartanah merupakan sebuah kumpulan atau gerombolan tidak berpelajaran tinggi didalam ilmu hartanah.

Sememangnya jikalau dipilih dari jenis mereka yang hampas, maka keperibadian agen hartanah yang didaftarkan itu juga tidak berketerampilan.

Sewaktu berkerja dengan lain lain kumpulan mereka akan menjalankan aktiviti mencuri listing dan menjalankan aktiviti sendirian yang diklasifikasikan sebagai halal, dan menjual hartanah sebagai pekerjaan makruh, apabila wang diterima maka itu adalah pendapatan haram.

Sekarang ini ada usaha yang sama untuk mendaftarkan satu kumpulan manusia yang tidak mempunyai kelayakan akademik untuk mengurus bangunan, tetapi mereka mempunyai pengalaman mengurus bangunan, sepertimana berlaku keatas pendaftaran agen hartanah 30 tahun lepas.

Sekiranya ini berlaku, maka, pengurusan hartanah juga akan menerima nasib yang sama seperti industri agen hartanah tersebut.

Kenapa perkara ini berlaku?. Ini kerana Malaysia sebuah negara yang mengambil kepentingan ramai dan bukan meletakan kepandaian dan keilmuan sebagai fakta bagi sesaorang itu boleh menjalankan perkerjaan. Ramai professional tidak berminat untuk bekerja di Malaysia. Ini adalah satu fakta yang benar, sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan agensi Talent.  

Kita boleh lihat sendiri, ramai professional tertindas dalam keadaan ini, dan ramai bukan professional berjaya menjadi scammer dinegara Malaysia, dan tidak terkecuali kepada mereka yang berilmuan. Tidak berjaya selepas mendapat ilmu, maka jalan pintas didalam negara ini ialah menjadi scammer sebagai pilihan ketidakpuasan hati, seperti lawyer yang larikan harta Sultan Johor dan mereka yang serupa seperti itu.

Selagi Ilmu diletak sebagai hanya kebolehan asas, selagi itu lah perkerjaan haram dan makruh akan berluasa dinegara ini.

Dan kita akan kedengaran didalam masyarakat tentang agen hartanah haram, pengurus hartanah haram, pengedar vcd haram, pengurut kaki haram, pelacur haram, perogol haram, kerana, kedudukan minda dan perlakuan mereka ini semata mata untuk hidup tanpa perlu ilmu dan profession yang hendak dibanggakan. 

Apa ilmu yang harus ada untuk menjadi pelacur haram? Dan tanya lagi apa kah ilmu yang harus ada untuk menjadi agen hartanah haram?

Pangkal kepada Ilmu itu ialah mendapatkan duit secepat mungkin. Maka dengan itu, seperti yang telah dirancangkan oleh pakar pakar didalam industri tersebut, Ilmu sudah tidak diperlukan lagi. Sebagai pelacur anda hanya harus bertelanjang bulat dan menahankan badan untuk dihenjutkan, sama seperti agen hartanah haram dan pengurus hartanah haram untuk mendapatkan wang halal.  Tidak perlu ilmu pengetahuan untuk menjadi pelacur. Dan juga kepada pengurus hartanah haram atau agen hartanah haram. 

Siapa kah yang akan menjadi mangsa kepada keadaan ini?. Para graduan atau lepasan universiti yang mempelajari ilmu ilmu khas kerana mereka tidak akan memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan kebolehan dan keilmuan mereka. Mereka juga akan menjadi pelacur dan scammer. 

Kerajaan harus memainkan peranan berkesan dan melibatkan diri didalam pecaturan ini, demi kepentingan para graduan yang tidak berdosa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s