Lombok oh Lombok, kami perlukan engkau. Larikan kan lah anak dara kami, tidak apa wahai Sak Sak!!

Pramudawardhani, raja Watuparang yang kemudian terkenal dengan nama kerajaan Selaparang, melarikan diri setelah Majapahit menyerang mereka.

Dan kini, pulau  Neneng, atau Gumi Sasak, iaitu sebuah kerajaan lama Selaparang, atau Lombok menjadi kediaman manusia Sak Sak, atau Sasak, atau manusia “berperahu” yang melarikan anak dara yang di cintai nya pulang bersama perahu nya.

Amboi, kalah jejaka dari Perak, Pahang, malahan dari Johor dan Kelantan, kerana budaya melarikan anak dara adalah budaya pemuda Sak Sak yang telah di jatuhkan oleh Kerajaan Majapahit.

Malaysia amat bergantung penuh dengan pekerja asing, dari apa yang di ketahui, pekerja asing merupakan besar bilangan nya antara 1.8 juta hingga 3.1 juta  tidak berdaftar dan berdaftar.

Aku hendak ke Lombok, dan melarikan gadis seperti diatas. Sedap you. Nak ikut?

Masing masing membawa kebudayaan masing masing dan yang terhero diantara mereka adalah kaum Sak Sak dari Lombok. Mereka adalah pekerja mahir didalam sektor peladangan dan pertukangan, dan merupakan pekerja asing Indonesia berjumlah 50.9% dari jumlah keseluruhan tenaga pekerja asing. Mereka juga mahir didalam ilmu hitam yang dipelajari dari suku kaum maharaja Majapahit.

Terlebihnya dari Bangladesh (17%), Nepal (7.8%), India (6.3%), dan Vietnam (4.2%). Negara negara yang dibenarkan terdiri dari Cambodia, Mynamar, Laos, Filipina (lelaki sahaja. perempuan tak leh!!!), Sri Langka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, dan Kelantan  (100% lelaki dan perempuan).

Sebanyak 700,000 orang di daftar kan sebagai pekerja didalam sektor perindustrian.

Kebergantungan Malaysia keatas pekerja asing adalah kerana ekonomi Malaysia telah diunjurkan kedalam sektor pembuatan, pengeluaran dan perkilangan dari sebelum ini bergantung penuh sektor asas tani dan pengeluaran bahan mentah.

Kegunaan jentera bagi pengeluaran seperti robot masih diperingkat pengenalan dan percubaan, oleh yang demikian Malaysia masih memerlukan tenaga kerja didalam sektor pergeluaran dan perindustrian didalam tempuh yang agak lama.

Menjadi isu selain isu perbezaan budaya adalah tuduhan bahawa ramai diantara mereka ini telah menukar status sebagai penduduk tetap dan dibenarkan mengundi bagi memberi keuntungan kepada BN. Walhal, hasil dari polisi membenarkan jumlah besar pekerja asing dinegara ini ialah perkembangan pesat sektor perkilangan yang memberi manafaat kepada usahawan negara ini termasuk usahawan kaum Cina.

Selagi sektor perindustrian belum mencapai matlamat membangun kepada pengeluaran mengunakan jentera seperti robot dan serupa, selagi itulah kita akan bergantung kepada pekerja asing, dan selagi itu lah pemuda Sak Sak, atau Lombok akan membawa lari gadis tempatan.

Bagi kaum Sak Sak, melarikan anak dara, janda atau isteri orang adalah jagohan setempat. Mereka belum kenal kapak kecik dari Kelantan lagi.

P.S: Kelantan bukan negara. Tersilap cetak. Maaf. Selamat Raya Aji bang!!

4 thoughts on “Lombok oh Lombok, kami perlukan engkau. Larikan kan lah anak dara kami, tidak apa wahai Sak Sak!!

  1. Aku yang pernah seminggu berada di Lombok..
    tak ada pa sangat yang istimewa dilombok..
    aku gerenti, mana mana anak dara yang lari ikut jantan lombok pasti akan menyesal ..

  2. tak da apa yg perlu nk di perso’alkn kt org2 sasak dok,dn bkn krana ilmu hitam,tpi yg saya tau,anak2 dara msya ni,nak kn kaseh syg sebenar dri org yg di kasehi nya,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s