“Apa benda atas belakang tu bang?”. “Ular mak, bawa balik beri dia makan.”

Bajet 2013 kerajaan Kelantan sangat menarik.

Semacam kita lah, kaum lelaki, bila bini tanya “Bang macam mana kita raya haji nanti, balik ke mana ke Perak ker ke Kelantan?.”

“Ini yang, Petronas janji bayar kontrak basuh kereta mereka tu besuk, jadi kita bajet lebih lah sikit, ada lah dok lebih RM400 ringgit. Boleh bayar tambang balik ke Kelantan. Minyak RM200, makan you RM120, yang lebih tu I bayar toll”.

Tetiba, kerani Petronas lupa hendak hantar voucher claim bulan ni. Maka bajet sebenarnya tolak RM400.

Habis duit raya anak kena loan.

Itu lah dia cara ular-mak membuat bajet. Dia betul betul ingat kepada tuhan, iaitu, jikalau tuhan beri, apa hendak difikirkan bajet, buat apa sahaja bajet, yang belum masuk pun boleh dikira.

Yang aku kesian pulak ialah rakyat jelata kerana berpuas hati lah dengan kerajaan seperti itu, bila berbajet pun ada banyak duit lebih. Bagus punya kerajaan.

Mentalahan lah pulak, ini dekat dengan PRU nih. Jikalau silap dok cerita tidak ada duit, tidak reti menjaga kewangan, siapa hendak pilih dia, dan silap silap haribulan bajet personal dia orang yang direjek rakyat dari menjadi Adun pun menjadi kosong, wa pu cit. Sudah terfollow dia punya bajet yang dia bentangkan didewan.

Sungguh lah sedih, engkau orang tahu dak, kita semua rakyat miskin yang bergaji RM500 sampai RM700 dan adalah sikit sikit extra RM1,000, dok beri makan mereka semua ini free free semenjak 22 tahun.

Free free kerana tak bekerja apa. Mereka semua dok sibuk dengan kupiah dan turban seperti bang ali, dok sembahyang dibawah pokok, di tepi bas stand, dan dok berbini setiap dinihari, kita rakyat miskin dok beri dia makan setiap hari, setiap masa, setiap saat, 22 tahun berturut turut!!!. Dan setelah tiba masa hendak kan kita beri dia makan selepas lima tahun dok diam diam dengan ceramah fikah, dia kata dia sangat pandai bentang bajet dan undi lah dia.

Aku hendak beritahu semua rakyat Kelantan yang miskin tu, semua Adun ni kaya raya kerana hang dok bagi dia makan. Hang undi mereka, hang beri mereka makan.

Apa benda dia bagi hang makan?. Cuba cakap, hang kena jual beras seludup dari Golok hendak beli handphone dan kasut Nike!!!. Orang Asli tak apa lah juga. Dia boleh cari mawas atau kera kera hutan bagi makan anak bini free free. Hang makan apa, hendak beli handphone tak berduit. Hang tahu, Adun adun tu dok ada berapa handphone. Berguni hang tahu tak?

Bila orang bertanya  kepada engkau orang semua sekali ini, yang miskin miskin semacam aku ini “Apa benda atas belakang abang tu?’

Please lah jangan lagi jawab begini.

“Ular mak, bawa balik beri dia makan”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s