Tidak ada siapa layak ganti saya.

Hebat.

Memang hebat lah dia, tidak ada siapa pun layak ganti nya sebagai musyidul am PAS.

Macam mana tidak hebat. Dia ada 38 dan UMNO ada 6. Bangla pun tahu 38 tu lebih besar dari 6, tak usah tanya orang yang suka kepada Negro lah, semua orang tahu 38 itu lebih besar dan kuat dari 6.

Orang lagi faham jikalau kita tambah inci lepas angka itu. Kan?, betul tak!!!. “UMNO ada 6 inci, aduh kecik nya”!!!. Kan, senang faham, ya tak ya juga!!. PAS 38 inci, emak oii besar dan kuat nya!!

Sudah tu awak suruh dia berhenti. Apa punya akal lah kita ada ya, padahal semasa Mahathir dia duduk suruh Mahathir berhenti kerana lama nya memerintah, dengan bermacam macam slogan, maha firaun lah, maha diktator lah.

Tiba tiba bila kena tang hidung apabila anak buah suruh dia berhenti, dia berkata “tidak ada yang layak“.

Senang nya jawapan dia. Seperti kita bertanya kepada orang Asli, Gua Musang.

“Apa diatas belakang tu bang? “.

“Lauk, anak hendak makan dengan ubi”.

Jawapan yang direk kepada beruk yang dibawa diatas belakang dia semasa pulang kerumah selepas memburu.

Direct to the point dan pusing sikit. Hendak cakap beruk nanti mergastua marah. Cakap sahaja lauk!!!.

Karang, jikalau cakap si anu tu boleh ganti dia, kan nanti “mahatua” diantara mereka marah.

Lagi pun, siapa yang boleh sambung kerja dia mengambil hati manusia di 38 kawasan yang dia menang?. Husam?. Hassan Ali?, Nasaruddin Mat Isa?. Dr Awang Adek?

Tak main lah semua tu. Ini politik yang paling ganas dalam dunia.

Taliban pun tidak sanggup ganti dia. Barrack Obama pun tidak reti hendak buat semacam dia.

Duduk diam diam ambik gaji, dan sembahyang bawah pokok sana sini, dan ngajar ilmu fikah jarang jarang, halau jin sekali sekala, mana lah boleh Barrack Obama ikut dengan slogan “change” dia tu. Tidak boleh.

Yang boleh gunakan slogan Barrack Obama ialah 1,000,000 rakyat miskin Kelantan. Sejuta rakyat hidup kais pagi, makan pagi, kais petang makan esuk hari. Sejuta mendapat pendapatan kasar diantara RM500 hingga RM700 sebulan.

Jikalau Nik Aziz bina pembangunan disana, harga sara hidup akan naik mendadak, RM500 hingga RM700 sebulan tidak mencukupi.

Baik lah beliau duduk diam dan berjampi dengan Husam untuk memberi mimpi kepada semua rakyat miskin tentang jalanraya dan keretapi laju, supaya kos tidak naik tinggi dan rakyat tidak memberontak. Mimpi tidak akan menaikan kos sara hidup, ianya boleh menaikan semangat untuk hidup.

Walaupun kos sara hidup rendah, pendapatan rakyat akan tetap kurang berkesan apa lagi dengan limpahan bahan teknologi baru seperti telefon bimbit, tv jenis baru, telefon pintar, ipad dan segala benda yang changih memenuhi pasaran di serata tempat.

Mereka pun tertekan dengan kurang nya keupayaan mereka membeli.

Ledakan bahan lusuh dan benda tiruan dari Cina dan Siam memenuhi pasaran disana. Semua benda tiruan, dari seluar jeans, sehingga lah emas tiruan. Sesekali agama pun agama tiruan!!!. Boleh kah Hassan Ali terima agama tiruan?, Mau nya, tentu tak leh.

Okay lah sekiranya ada orang lain yang boleh mengambil alih tempat dia, apa lah yang boleh dia lakukan disana? Cakap!!.

“Lauk, anak hendak makan dengan ubi”.

Itu jawapan orang Asli untuk memberi dan mencari makanan kepada anak anak dan isteri beliau. Bagaimana pula jawapan anda rakyat Kelantan?

Sesungguhnya, memang betul lah, tiada siapa boleh sembahyang bawah pokok dan memenangi 38 kerusi di Kelantan.

Hanya Nik Aziz sahaja boleh melakukan.

Cuba kita tanya soalan yang sama kepada rakyat miskin Kelantan.

“Apa diatas belakang tu bang? “.

Harap harap mereka tidak akan berkata begini lagi:-

Ular mak, bawa balik hendak beri dia makan”.

P.S Psst, huhhh, hebat!!!. 38 inci tu. Dekat hendak sampai 3 kaki setenggah. Emak oii. Kuat. UMNO 6 inci, ha ha ha. Kecik montel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s