Sistem Engkaubuatsalahkenasaman Automatik, AES – JPJ bertemu alien bina sistem kawalselia kejahatan membawa laju

Semua 28 juta rakyat Malaysia membawa kereta seperti gadis manja ini. Jahat

Bawa laju itu jahat.

Kerana undang undang negara berkata membawa kereta dengan laju satu kesalahan, dan semua bentuk kesalahan itu adalah satu perbuatan jahat.

Untuk mengurangkan orang jahat, maka JPJ bertemu dengan Beta Tegap Sdn Bhd yang menjadi wakil orang baik Redflex untuk memasang kamera yang dibuat dari besi dan gambar itu mungkin tidak boleh menjadi evidence didalam mahkamah, mengikut kata PR kerana benda itu dibuat dari besi dan gambar atau vedio tidak boleh jadi evidence seperti vedio orang bercekerama dengan Cina Doll tidak boleh dijadikan sebagai bukti sahih.

Apa yang JPJ mahu ialah menangkap orang bawa laju. Didalam kawasan bandar atau dikawasan yang telah dikenal pasti semua kenderaan dibawa laju.

RM50 juta untuk 450 buah kamera dan 140 buah kamera ubah alih ditambah lagi dengan keinginan untuk membina 817 lagi tempat letak kamera seolah olah kita semua ini suka membawa laju dan penjenayah yang amat jahat.

Diberitakan memangpun seramai 63, 558 penjenayah di kesan semenjak beroperasi bulan ini dari 14 kamera, dan cuba imagine, jikalau 450 buah atau pun 817 buah lagi kamera dibina, maka, entah berapa banyak lagi para orang jahat berada di Malaysia, apabila bercakap tentang penjenayah bawa kereta laju.

Ramai kuatir, kata penjenayah jahat membawa laju kereta, bila lampu kuning dan sambil membawa kereta kancil dengan kelajuan 60km per hour, dan dilihat dibelakang sebuah lori yang membawa dalam kelajuan 70km per hour, hatinya sayu untuk membrek dan tunggu disitu untuk dibaham oleh lori dibelakang nya.

Walaupun hati nya tidak jahat, tetapi ingatkan kereta akan dihampuk oleh lori, maka beliau sendiri nya akan menjadi jahat dan terus melanggar lampu kuning untuk menyelamatkan kereta kancil beliau, maknanya jahat dia tu adalah jahat diinduce oleh jahat lori. JPJ saman juga, walaupun beliau tidak berapa jahat tetapi jadi jahat kerana orang belakang sememang nya jahat.

Kekadang, kita ini menjadi maju semasa belum lagi maju. Kata orang, bercakap bahasa Inggeris slang Brit, tetapi tersebut juga “Tak Tahan Kot Road”.

Itu dia, sekiranya dalam setahun saman menambak kepada 170,000,000 mengikut kadar yang boleh diambil dari kamera tersebut, adakah kesemua rakyat Malaysia, baru 28,000,000 ini, jahat jahat semua. Bukan kah senang charge satu kepala seringgit, jikalau ingin membuat kutipan wang kepada kerajaan dan sudah sebanyak RM28 juta boleh dipunggut bagi membuat jalan jalan yang baik serta lampu isyarat yang teratur?

Keinginan JPJ menangkap orang jahat semenang nya harus dipuji, tetapi jikalau sekiranya ianya terkena batang hidung orang tidak jahat, seperti tidak ada kereta pun dan menaiki lori dibelakang kereta kancil tadi, berlanggar di depan lampu isyarat dan luka luka, maka Sistem Engkaubuatsalahkenasaman Automatik harus dikaji keberkesanannya, takut takut ianya akan menjadi dan di lihat seperti rumah pondok berlukis seorang anggota polis  siap serga di dindingnya dan diletak di tepi-tepi jalan Kuala Lumpur Kuantan, dimana tidak ada seorang anggota polis pun ingin masuk kedalam pondok itu kerana panas dan sempit. Semacam mahu bergurau dengan rakyat tetapi bertindak menambah kos hidup rakyat. Berguraulah banyak banyak sekarang ini, bukan ramai suka joke semacam itu lagi.

Kita ini sudah menjadi alien dari outerspace pandai pandai kata semua orang jahat didalam membawa kereta.

P.S. Siap engkau, kita nak kolek duit ni, 2 saat aku dapat duit dari engkau, hey banyak nak pakai ringgit hang tau tak, BRIM lah..banyak lagi lah, telepfon pun bagi beri free..hendak bayar mat salleh kerja ngan aku ni, tengok muka dia tu kesian kalau tak bayar gaji, hang reti apa???  

Aku rakyat jelata, apa hang buat apa hendak bantah, duit BRIM sekali dalam 5 tahun, hang hendak ambik 65, 228  BRIM dari kita dalam seminggu, dapat cover semua dalam sebulan kut.

P.P.S: Malaysia mempunyai pemandu paling jahat dalam dunia, setahun dok ada 170,000,000 saman kerana pandu laju 30,000 km per hour. Bererti, setiap orang (termasuk kanak kanak dalam ward baru lahir) kena saman at least 6 kali setahun. (28,000,000 X 6 = 170,000,000 saman) Satu saman RM300 X 6 = RM1,800 tolak BRIM-RM500, kerajaan masih untung RM1,300 setahun tahun pertama . atau RM8,500 untuk lima tahun seorang X 28,000,000 = bereti berjumalh RM238, 000,000,000. Syabas JaPistJa kerena KPI anda naik memunjak keatas langgit ketujuh. Bila naik pangkat bro? Lepas pilihanraya ke? Minta minta boss kita masih kerja lagi lah. Ok. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s