Malaysia menuju kearas politik matang memaksa Annuar Ibrahim tunai haji di tweeter, maaf silap taip, di Mecca.

Politik matang boleh membawa maksud kita sebagai pengundi telah pun berpegetahuan penuh, berilmu tinggi dan mengerti akan tindak tanduk serta kepandaian seseorang ahli politik, dan kita semua boleh membuat analisa mudah mengenai tujuan asli mereka sama ada mereka itu menjahanamkan negara atau membawa padah buruk kepada kita dan rakyat jelata atau sebaliknya.

Politik yang ingin menyorok atau menipu rakyat atau membawa rakyat kesatu arah yang tidak konsisten dengan hala tuju negara tidak lagi diterima rakyat yang berpengetahuan luas serta matang.

Kaedah penipuan ahli politik mengunakan agama, sama ada Islam, Christian atau lain agama tidak lagi boleh mendapat sokongan dari rakyat.  Perkara asas yang mesti ada pada para ahli politik ialah kepandaian dalam ilmu ilmu yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh umat di Malaysia.

Jalan singkat yang diambil oleh Lim Guang Eng menyeru penganut Christian menegakan keadilan di Malaysia adalah satu bentuk politik tidak matang kerana umat Christian dinegara ini sememangnya telah lama bersepadu dengan lain lain agama menegakan keadilan, seperti yang beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah ada apa apa masaalah didalam hal hal melibatkan keagamaan di Penang.

Tujuan LGE  berbuat demikian adalah untuk memberi gambaran buruk kepada masyarakat bahawa agama Kristian di tindas di negara ini dan mengesa serta bangun bagi menegakkan kebenaran mengikut pandangan politik sempit politik laga dan laga tidak matang ketua setiausha DAP itu.

Perkara yang sama berlaku apabila PAS mencuba mengelabukan mata rakyat dengan bersembahyang hajat untuk mendapat royalti minyak yang dicarigali diluar kawasan negeri Kelantan. Kegunaan kaedah agama dengan bersembahyang hajat itu adalah politik tidak matang PAS yang bertujuan mengunakan agama untuk mencari pengaruh.

Ok. Sama sama kita lihat dan cari siapa kah ahli politik bodoh dan tidak matang serta tidak berqualiti dan berintergriti rendah di kalangan MP dan Adun kita sekarang ini dan kita buang mereka dari senarai Adun atau MP Malaysia selepas PRU 13 nanti.

Mari bersama sama kita senaraikan mereka itu dari sekarang dan paparkan senarai itu keseluruh negara.

Teratas didalam senarai ialah…… jeng jeng jeng… tunggu next session.

P.S: Ada orang hendak naik haji sikit masa lagi bang. Bang weh, terkejut beruk kera kera semua!!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s