Kelantan X-factor

Tahu tak, orang Kelantan ingin buang huruf taman tu, dan yang  tinggal dipapan tanda itu adalah Negara Kelantan.

Negeri Kelantan sebuah negeri yang amat berbeza dengan negeri negeri lain di Malaysia dan itu dari segi penduduk dan sejarahnya dan kita kena faham benar bagaimana mereka ini boleh bersatu hati mempertahankan corak dan cara kehidupan mereka walaupun tidak seperti corak atau cara kehidupan di negeri negeri lain di pantai barat.

Negeri Kelantan adalah negeri mempunyai Taman Negara, seperti Pahang, dengan itu menyimpan berbagai bagai rahsia seperti banyak nya rahsia tersimpan ditaman itu. Bukan senang percakapan orang orang Melayu Kelantan dalam sesuatu mesyuarat kerajaan negeri untuk di “tapekan” dan disiar di dalam TV 3 seperti yang berlaku keatas saorang doktor philasafah Melayu Penang.

Melayu Kelantan pandai main skrip katanya bercakap siang pandang pandang sehinggakan orang orang pandai yang di gahkan oleh Guan Eng, Lee Kuan Yew pun datang menyembah dan melawat mereka dari Singapura. Walaupun tidak membawa ofti seperti kaum mereka kena dizaman kerajaan Hindu Pan Pan di sekitar pantai Bacok ke negara China dahulu, lawatan seorang Cina ke negeri mereka itu merupakan satu penghurmatan kepada mereka. Balasan dendam mereka  kena pau dengan ofti kepada China akhirnya tercapai. Akhir Cina sembah Melayu pula.

Sememang nya negeri Kelantan boleh berkerajaan sendiri. Maksudnya tidak payah masuk Malaysia, terus keluar kerana mereka pandai. 20 tahun UMNO cuba, tetapi baru sekarang, ya  baru baru saja hendak dikatakan boleh sipi sipi menang undi. Tetapi tahu lah Kelantan kan, belum tentu.

Banyak kali kerajaan negeri Kelantan ini tenggelam timbul, kerana mereka ini sekali pandai sekali tidak. Semasa tidak pandai didalam kerajaan Langkasuka, bersama Patani, entah macam mana terus hilang dalam sejarah, pun juga seperti kehilangan kerajaan Pan Pan. Saki baki mereka ini masih menjadi elite di Kelantan dan ada yang merupakan dari keturunan orang lama dalam kerajaan Champa.

Negeri Kelantan mempunyai keluasan 15,099  kilometer persegi, atau 20 kali ganda keluasan Singapura. Kerajaan Singapura adalah kerajaan baru jikalau di bezakan dengan kerajaan yang ada di Kelantan dari zaman berzaman. Orang Kelantan sudah bertamadun dengan sebuah kerajaan semasa orang Melayu Singapura berpeluh mencari ketam dalam laut dan masih berjawat. Betul ke tidak saya pun tidak tahu kerana saya pun tidak ada semasa itu.

Jikalau sudah reti menyediakan ofti dari emas yang berbentuk bunga dizaman abad kurun ke 2 dan 5, yang mana Melayu Selangor sekarang ini pun belum boleh dikatakan mahir membuatnya, jadi kuat lah fakta itu yang mengatakan mereka itu amat terror merror dari zaman dahulu lagi.

Jikalau sudah terrror merror sangat, tak kan lah mereka mahu undi UMNO, kerana kata mereka orang UMNO asalnya dari Johor dan suka bercampur dengan orang luar yang mana satu ketika mereka dipaksa draw ofti emas kepada mereka. Mereka kena pau boss. Aduh, sedih.

Susah kan. Jadi, kerajaan zaman sekarang ini pun ikut selera kerajaan zaman dahulu kala, seperti kerajaan Langkasuka dan kerajaan Pan Pan, cuma nya agama pada zaman itu agama Hindu, dan sekarang agama Islam.

Bila mengikut kerajaan zaman dahulu kala, maka tak penting air semua tu. Bila ini berlaku, maka hilanglah sebuah kerajaan kerana kerajaan dahulu kala pun pernah hilang disebabkan tidak mengikut selera dunia luar.

Sebelum hilang baik lah dia orang keluar dari Malaysia. Sekurang kurang nya saya terpaksa buat passport dan balik ke Kelantan. Semasa itu jikalau tidak ikut selera luar padah lah kerajaan itu.

Kerajaan yang kecil di dunia ini ialah Vatican City. Tempat agama Kristian. Kelantan boleh ikut negara itu disebabkan mereka pun sangat kuat beragama dan boleh lah dilaksanakan hudud serta merta. Tidak payah lagi berjanji janji bila tiba musim pilihan raya. Dan tidak payah bergaduh lagi dengan Karpal Singh, chairman DAP yang tidak berpower tu.  Tak payah hendak tunggu tunggu orang lain approve kan dulu. Teruskan jer, seperti yang di idam idamkan. Kota selepas berkata kata. Jangan berkata kata yang tidak terkota.

Dan boleh lah mereka mencari gali minyak nya sendiri, tidak payah hendak komplain pasal duit royalti yang tidak dapat sehingga semua benda yang dijanji kan itu hanya boleh dibuat setelah mendapat royalti minyak. Buat masa tidak dapat royalti mereka dibenarkan berjanji kosong dahulu dengan projek beratus juta malahan berbillion ringgit.

Untuk menjaga keselamatan negara Kelantan kena belajar dari Vatican lah, employ kontractor perang Amerika dan bayar sikit sikit. Apa susah. Lagi pun Annuar Ibrahim kan baik dengan Nik Aziz, boleh minta dia recommend Israel supply askar atau senjata nuklear.  Beres kan?.

Negara Kelantan. Perdana Menteri : Nik Aziz. Tidak payah join DAP dan PKR, mereka telah berjanji beri PM, tetapi jangan haraplah. Nah, ini terus PM, buat apa lagi!!!!.

Masa itu nanti kita tahu kuat mana kerajaan Kelantan. Sedang kan Singapura pun lebih kecil 20 kali ganda tak kan lah Kelantan tidak boleh jadi negara terkaya di dunia (bawah sikit dari Singapura). Kan semua ulama boleh bercakap direct dengan tuhan, sure boleh minta semua benda kan?.

Bila mereka ini keluar dari Malaysia, kita Melayu lain di Malaysia menjadi senang lenang sikit. Tidak ada lagi orang orang semacam Hannah Teoh pergi surau beri ceramah, atau orang panggil CM tokong, atau confuse siapa Allah, Allah ada anak atau yang tidak ada anak, dan yang pentingnya tindakan mereka digunakan oleh bangsa lain untuk melemahkan kuasa Melayu diseluruh negara dan bermacam macam lagi lah. Memeningkan dan menyakitkan jiwa. Semacam Annuar Ibrahim berkata orang Islam ada masaalah jiwa.

Dan saya hendak lihat terutamanya, mereka terpaksa bina masjid sendiri, sebelum ini asyik dikutuk nya kita semua kafir laknat dia sendiri tidak reti bina masjid, dan sampai suruh kita bentangkan bajet Nurkumalasari , ops maaf tersalah taip, bajet Rohani.  Masjid pun dibahagi dua. La. Pandai.  Btw, itu sebabnya, di Kelantan tiada kes rogol, kes tembak orang tengah makan atau tengah berkerja, tiada kes dadah, kerana mereka sudah 20 kali lebih bentang bajet rohani, you know.

Banyak kebaikan dari keburukan nya. Biar lah mereka hidup sendiri, minum air kopi direk dari paip. Tidak apa. Tidak jadi hal nya.

Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s