“He he he, BN menang?, mana boleh tengok ni dulu” – Nik Aziz

Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Kelantan 2008 menunjukkan prestasi PAS masih baik setelah mendapat kemenangan di 38 kerusi undangan negeri dan dibantu dengan 1 kerusi dari bebas.  UMNO memenangi 6 kerusi di Kok Lanas, Pengkalan Kubor, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri dan Paloh.

Majoriti undi terbesar dari UMNO adalah sebanyak 2, 833 (Paloh), 2,090 (Nenggiri), dan 1,381 (Kuala Balah). Sementara PAS mendahului kebanyakan 38 kerusi dengan majoriti besar dari serendah 323 ( Gaal) sehingga 6000 (Tanjong Mas).

Isu yang boleh memecah undi di Kelantan dilihat adalah kesan peranan UMNO selama ini di kawasan yang telah dimenangi dan sejauh mana kah UMNO telah memberi menafaat kepada penduduk di kawasan kawasan tersebut tanpa melihat kepada kepentingan kepartian.

Isu DAP dan gabungan PAS dengan Annuar Ibrahim tidak begitu diambil berat oleh para pengundi, ini adalah kerana isu itu terlalu kecil bagi mereka kerana penduduk Cina merupakan sebahagian kecil di dalam negeri itu. Pandangan mereka UMNO lah yang akan membawa para pedagang Cina tinggal di Kelantan dan ini merupakan satu masaalah besar dalam sosial politik di negeri Kelantan, walaupun kita tahu PAS juga telah membawa sebahagian besar para pelabur Cina ke negeri itu.

Dengan hanya mengharapkan dari pengaruh pengundi luar seramai 150,000 orang, UMNO belum tentu dapat mengimbangi kemenangan di kebanyakan 38 kerusi yang telah di menangi oleh PAS.

UMNO memerlukan sekurang kurang 23 kerusi bagi membolehkan mereka membentuk sebuah kerajaan baru, bermakna mereka harus memenangi sebanyak 17 kerusi dewan undangan negeri dalam PRU 13 dan masih memenangi kawasan kawasan sekarang. UMNO mungkin boleh berusaha memenangi Gual Periok, Wakaf Baru, Selising, Gaal, Kemuning, Air Lanas, Guchil, Dabong dan Manek Urai, dimana peratus majoriti PAS dilihat rendah semasa PRU lepas. Dimana kah 8 kerusi lagi yang mesti dimenangi UMNO?.

Pengubahan structure sosial dan demographi di Kelantan telah dimainkan peranan oleh PAS secara am nya dan perkara ini tidak ada perubahan besar. Ini telah sedikit sebanyak merendah kos sara hidup di negeri itu.

UMNO dilihat telah bertungkus lumus di kawasan Hulu Kelantan membaik pulih secara sistematik keadaan social pengundi di kawasan mereka dengan kos infrastructure yang besar dan sudah tentu kos sara hidup dikawasan ini lebih meninggi. Sekiranya peningkatan kos sara hidup meninggi dalam peratus yang kecil, tetapi pendapatan penduduk dikawasan itu tidak mengikut arus kenaikan kos tersebut, penghijrahan penduduk yang merupakan pengundi ke kawasan yang dimenangi oleh UMNO tentu lah tidak memadai dengan kenaikan bilangan nya dengan jumlah kos infrastructure yang telah dibelanjakan.

Walaubagaimana pun, penghijrahan rakyat Kelantan ke kawasan kawasan yang dimenangi oleh UMNO semakin bertambah, dengan itu diharapkan bilangan dan peratusan jumlah undi kepada UMNO akan bertambah dalam PRU 13 didalam kawasan sekitar dan berdekatan.

Pilihan calun juga amat penting, dan para pelobi UMNO harus meneliti kebolehan para calun membangunkan negeri Kelantan tanpa bantuan orang luar, terutama dari parti parti komponen yang diasaskan dengan jenis kaum. Ini lah dia kerumitan yang dialami oleh UMNO semenjak dahulu lagi, iaitu mencari calun yang berkelayakan seperti itu, kerana sebagai sebahagian komponen parti BN, MCA dan MIC juga mempunyai minat untuk mengambil peranan membangunkan Kelantan.

Disyorkan UMNO membangunkan usahawan Melayu tulin Kelantan yang berkaliber, dan dipilih dari semua ahli termasuk ahli PAS. Dengan itu semangat jati diri anak anak negeri Kelantan terbela dan sekiranya ini menjadi kenyataan, PAS akan kecundang besar. Ini kerana PAS tidak berkemampuan membina rangkaian bijak pandai dan keinginan merapatkan sesuatu kumpulan yang berlainan pendapat, hanya bijak pandai dalam UMNO sahaja yang boleh menguruskan sentimen sebegitu.

Semoga dengan ini kancah politik yang tidak menentu arah di peringkat nasional yang telah disebabkan peranan PAS didalam pakatan rakyat boleh diredakan bagi menyelamat kaum Melayu di seluruh negara.

Berusahalah, dan mungkin Nik Aziz tidak akan ketawa lagi.

Salam. Itu adalah pendapat saya yang merupakan seorang bukan ahli politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s