Politikus Malaysia mana taja anak untuk kerja mudah dalam kerjaya politik?.

Mat Ell . Eekaa.Wordpress.Com. 27 September, 2012

Bila menjadi politikus, atau ahli politik, kerja mereka sekarang ini amat lah senang dan berbaloi.

Semangkuk dahulunya adalah ahli politik dan menjadi besar sebagai Adun. Aspan Alias, mengunakan rangkaian ahli politik untuk cari makan, tetapi mereka berdua, tidak berjaya didalam arus politik negara keperingkat atas kerana mereka berdua sebenarnya bukan ahli yang boleh berpolitik atau mungkin tidak ada kebolehan menolong rakyat. Itu sebab ditolak rakyat dan tidak menjadi Adun.

Eh, ramai semacam mereka berdua, masuk berpolitik, tetapi tidak tahu berkerja keras bagi mencapai matlamat besar menolong mempebaharui iktisas rakyat jelata. Bermakna, jikalau rakyat yang di jaga mereka duduk dalam rumah kayu dan bekerja sebagai pengayuh beca, sepuluh tahun menjadi Adun pun rakyat mereka ini masih mengayuh beca dan duduk dalam rumah kayu. Malahan rumah kayu mereka itu terus uzur. Tetapi sebaliknya, Adun berkenaan semakin rancak dan maju di dalam pentas iktisas mereka. Misal nya, dari seorang doktor gigi yang tahu tampal dan cabut gigi kepada doktor yang pandai panggil duit, satu kepakaran baru zaman dalam politik.

Kerja sebagai ahli politik di Malaysia sungguh senang dan bergaji besar walaupun kepandaian dari mengunakan otak atau kebijaksanaan diri tidak perlu sangat, oleh yang demkian ramai lah para politikus Malaysia mengasuh anak mereka menjadi ahli politik. Supaya tidak susah mencari kerja untuk mereka.

Lihat lah dengan memakai pakaian sebagai ulama, ramai menyanjung seseorang ahli politik dan beliau tidak perlu buat apa apa pun bertahun tahun lama.

Sebab apa, sebab ramai rakyat Malaysia senang ditipu oleh semua ahli politik. Kita kaum Melayu harus menilai dengan mengunakan akal dan fikiran apa apa perkara atau usul yang dibawa oleh seseorang ahli politik. Kita sudah mencapai negara yang berdaya saing dan maju. Maka seharusnya ahli politik semesti nya mempunyai kepandaian yang lebih baik dari kita semua. Tetapi, heran, kebanyakan ahli politik negara kita adalah terletak dibawah paras kebijaksanaan yang boleh diterima oleh kita semua.

Cuba lihat seorang ahli politik yang diasuh oleh bapa beliau menjadi seorang ahli politik. Kemana kah arahnya dia ini akan membawa kita? Mesti lah ke suatu tempat yang tidak boleh diguna pakai dalam zaman ini.

Dan lihat, ini adalah sebuah negara yang mengamal dasar bahasa kebangsaan, tetapi asuhan daripada bapa kepada ahli politik ini menyebabkan mereka terumbang ambing diantara menghurmati rakyat dalam negara ini dengan tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Adakah kita semua mahu orang semacam ini menjadi ahli politik kita? Jikalau di Indonesia sudah lama mereka di nyahguna.

Yang ini lagi teruk, apa benda lah dia bercakap. Tidak tahu kemana hendak dibawa kita semua rakyat Malaysia.

Ingat senangkah menjadi ahli politik?.

Cuba lihat Datuk Mustapha Muhamad. Bertahun tahun dia di jeli, setelah di tolak oleh kaum dia sendiri di Bacok. Tidak berputus asa , dari kawasan Jeli yang penuh dengan harimau suatu ketika dahulu dan sekarang ini penuh dengan orang ramai. Tidak pernah rasa penat lelah dan tidak pernah berkontroversi dan kecewa.

Bertungkus lumus membangunkan Jeli, siang malam, balik Kelantan, pergi kerja di Kuala Lumpur, pergi seluruh dunia menjadi menteri. Tak kira penat. Samangkuk dan Aspan ada hang buat semacam ini semasa kalian berpolitik?

Tengok budak budak Jeli disini, sepuluh dan lima belas tahun lepas, kaki pun berkarat, kerena tidak ada bekalan air dan masih mengunakan sungai untuk mandi manda. Tengok sekarang, bagaimana riang dan megahnya mereka seperti kanak kanak lain di Selangor. Apa, ada hang buat macam ini Semangkuk atau Aspan? Annuar, Lim Kit Siang, Karpal, Ngeh dan Nga, Nik Aziz, apa saudara saudara buat tolong kami semua ? Ajar anak buat kerja politik ya? Malu kan muka tu sikit, kerana tiada apa jasa nya komer semua kepada masyarakat tanpa mengira parti politik.

Siang malam duduk kerja menolong rakyat. Tidak ada dia latih anak untuk menjadi seorang ahli politik. Kerana ahli politik itu datang dari baka yang kuat berkerja dan menolong orang, bukan baka yang menjadi adun tolong diri sendiri. Insaf lah Aspan. Semangkuk, Nik Aziz, Annuar, Karpal, Lim Kit Siang. Buat baik lah kepada kami semua bukan ajar anak menjadi kaki politik.

Untuk saudara Semangkuk dan Aspan, komer semua termasuk jerat DAP. Sedikit masa setelah kalian lemah dan tua, tiada siapa tolong anda. Nanti, kubur anda dikencing oleh kambing dan biri biri liar di hutan belantara. Tidak mengapa juga, jikalau babi liar kencing, baru padan muka, ya tak?.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s