Menghalau Melayu keluar dari bandar?, tidak, menghalau penduduk miskin keluar dari kawasan bandar, ya.

Salah satu agenda yang akan di bincang dialam bajet 2013 adalah mengenai kenaikan harga rumah yang melangkau 300% semenjak lima tahun lepas, dan bagaimana kerajaan boleh membantu meringan masaalah perumahan negara yang menimpa ramai penduduk miskin.

Purata pendapatan penduduk KL dan sekitar adalah diantara RM3,000 dan RM3,500 sebulan, dan peratus peningkatan gaji penduduk di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khas nya adalah sekitar 25%. Ini bermakna pendapatan purata telah meningkat dari RM2,500 kepada tahap sekarang sebanyak RM3,500 sebulan.

Walaupun demikian skim bayaran baucer perumahan bagi kakitangan hanya diberi kepada para pekerja perhidmatan awam, dan hanya segelintir para pekerja didalam perhidmatan swasta yang diberi nilai yang sama bagi membantu mereka mendiami rumah dikawasan bandar.

Mereka yang telah membeli rumah melalui skim pinjaman perumahan kerajaan atau dari pinjaman bank pada awal tahun 2005 telah mendapat nilai tinggi dan ramai telah mengunakan lebihan terhadap nilai pasaran hartanah mereka dengan menjual dan membeli rumah rumah yang lebih baik didalam kawasan baru.

Disini terdapat lebihan permintaan dari sebahagian besar pemegang hartanah keatas hartanah yang lebih  baik, serta telah diguna sepenuhnya oleh para pemaju untuk memajukan jenis rumah seperti itu.

Dengan adanya lebihan permintaan kepada rumah jenis kelas baik di dalam pasaran tempatan, harga  tanah pembangunan disekitar Lembah Kelang naik mendadak kepada purata RM1.2 million seekar dari RM600,000 sebelum nya. Dengan tambahan kos dari caj pembangunan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor, para pemaju telah memasukkan kos kos tersebut ke atas harga rumah rumah baru dari RM250,000 sebelumnya kepada RM600,000 sekarang.

Harga yang dinyatakan itu adalah harga kediaman biasa iaitu rumah teres dua tingkat, yang mempunyai keluasan diantara 1, 800 hingga 2,200 kaki persegi.

Kerajaan dalam usaha mengawal hartanah jenis ini telah mengenalkan perumahan mampu milik dengan harga pasaran diantara RM200,000 hingga RM300,000, dimana sebagai dijangka menjadikannya sebagai satu kaedah untuk meletakkan permintaan sebagai “excess demand’ didalam pasaran kerana terlampau ramai yang memohon, dengan itu menjangka lebih ramai pemaju berminat untuk memajukan perumahan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan dan memenuhi permintaan baru didalam pasaran hartanah.

Walaupun demikian satu kaedah memaksimumkan pelan pembangunan harus dikaji. Ini kerana para pemaju masih terikat dengan harga tanah pembangunan yang telah dibeli dengan harga yang tinggi.

Untuk membantu para pembeli miskin membeli hartanah jenis kediaman didalam kawasan bandar, kerajaan juga boleh membeli sejumlah besar hartanah jenis itu dan disewa beli oleh mereka yang dikenal pasti. Global Fund bagi tujuan itu boleh diperuntukan oleh kerajaan kepada agensi perumahan  kerajaan dan ini  juga boleh dibantu uruskan oleh syarikat syarikat yang berdaya maju bagi membantu mereka mereka yang dikenal pasti. Dengan beroperatif dengan para pemaju yang dipilih, kerajaan juga boleh mengawal harga rumah secara indirect.

Memandangkan harga rumah boleh dikawal dengan sekatan kepada pengeluaran, dengan memegang sebahagian besar hartanah jenis perumahan rakyat, kerajaan mampu mengawal harga dengan menjual hartanah semasa permintaan tinggi dan membeli semasa permintaan rendah dan menambah nilai keupayaan Global Fund bagi membantu rakyat miskin bandar 1Malaysia.

Jadi, kesimpulan nya, menghalau Melayu keluar bandar? tidak ada pun begitu. Menghalau penduduk miskin, ya.., tetapi itu lah pasaran ekonomi terbuka. Miskin adalah lemah didalam mempunyai wang atau dana, seperti seekor kijang patah kaki di Serengeti, terpaksa mengharungi sungai deras dan mati dimakan buaya semasa menyeberang sungai tersebut.

Kijang tidak semestinya Melayu, mereka itu boleh jadi Cina dan India serta lain lain bangsa. Penyakit miskin bukan terletak kepada bangsa. Ianya terletak kepada keupayaan seorang manusia mengembeling kebolehan mereka dipasaran terbuka. Dan ingat, Melayu tidak semestinya miskin dan Cina atau India itu tidak semestinya kaya raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s