Anti Islam, PAS dan Hudud

Pergerakan anti Islam wujud di serata tempat di dunia dan ianya merupakan kekuatan tersendiri sesuatu parti bagi mendapat undi memerintah kawasan yang bermajoriti agama lain seperti agama Christian atau Atheist.

Benci kepada Islam telah merebak kedalam masyarakat beragama Buddha seperti di Myamar dan Thailand, dimana pembunuhan umat Islam di negara itu banyak menceritakan bagaimana benci nya penganut agama lain keatas corak atau jalan hidup umat islam dizaman ini.

Penghapusan umat ethnik Islam oleh puak Serbia semasa peperangan di Serbia juga merupakan kemuncak kebencian masyarakat dunia keatas Islam.

Mengapa perkara ini berlaku?

Umat Islam cenderung untuk memperkasa kan diri melalui keganasan seperti yang dilakukan oleh Osama Laden merupakan satu tindakan yang membawa masyarakat dunia benci kepada Islam. Corak pemerintahan Islam di Afghanistan yang diketua oleh penganas Islam Taliban antara sebab utama kebencian kepada Islam secara total bermula berpendam didalam hati masyarakat dunia. Peranan hukum hudud dimana ramai diantara pesalah syraiah dihukum dengan kejam dihadapan mata rakyat seperti ditembak di dalam stadium terbuka, digantung di khalayak ramai, di herek dengan truk dan sebagai nya tanpa mengira jantina juga antara fakta yang menunjukkan bahawa Islam itu satu agama keji, tidak bermoral dan tidak bertemadun dizaman ini dan harus ditentang dengan pakatan antara mereka yang lain.

Di Malaysia, penampilan berlebihan umat Islam dari corak atau adat resam Melayu selama ini telah menjerumus kepada saat saat dimana Melayu beragama Islam dibenci secara halus. Corak yang di ikuti oleh para pemimpin Islam dari kalangan PAS seperti bersembahyang di tepi tepi jalan dan sebagainya merupakan satu adat yang telah ketinggalan zaman dan ianya telah memberi gambaran yang jelek kepada umat Islam lain serta ahli masyarakat yang tidak beragama Islam membenci corak kehidupan Islam mereka seperti mana mereka membenci corak pemerintahan Taleban dan penganas Islam lain.

Jadi, apa sebenarnya umat islam di Malaysia inginkan. Adakah mereka ingin mengikuti corak hidup Islam seperti mana yang diamalkan oleh Taleban atau puak Syiah Iran? Dengan mengutamakan hukum hudud seperti mana di lakukan oleh kebanyakan negara ikutan Islam itu adakah umat Islam akan bertambah maju dizaman ini?

Ianya satu persoalan yang harus difikirkan oleh semua umat Islam Malaysia supaya pergerakan anti Islam seperti tuduhan  Timbalan Presiden PAS kepada Karpal Singh tidak boleh memainkan peranan nasional kepada masyarakat berbagai agama di Malaysia membenci secara total agama Islam di negara ini, dan secara tidak langsung, membenci corak hidup umat Melayu. Dan membenci Melayu menjadi PM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s