Anak anak muda yang baru mulai berkerja ingin lihat BN jatuh sekali

Bila bercakap dengan anak anak muda berkerja sendiri atau di sektor swasta dan yang tidak bersosial dengan orang orang UMNO, atau mana mana parti politik, mereka bercakap tentang bagaimana kehidupan mereka bekerja.

Pada mereka amat lah susah berkerja di sektor swasta, sedangkan mereka semua digalakkan mengambil ijazah professional untuk berhidmat dalam sektor swasta.

Mereka berpandangan polisi kerajaan pusat tidak mengambil peduli dengan kemakmuran sektor swasta yang diceburi mereka, malahan mereka harus berperang urat dengan kaum muda dari kalangan elit atau mereka yang ada pengaruh politik dalam UMNO melalui kaum kerabat untuk mendapat habuan atau berjaya.

Mereka diletakan dalam halangan yang amat besar, seperti terpaksa melalui sistem panel atau lain lain lagi untuk berjaya, sedangkan kerajaan pusat tidak mempedulikan keadaan mereka.

Dan apabila ditanya mereka siapa kah atau parti mana yang akan diundi mereka semasa PRU 13 nanti setelah berjaya mendaftar sebagai pengundi, ramai yang memberi pendapat yang mengejutkan.

“Biarkan parti pemerintah jatuh tersungkur sekali, terutama UMNO. Parti UMNO tidak pernah peduli kepada polisi yang digunakan didalam sektor swasta yang menimbulkan masaalah kepada kami dari kalangan anak bawahan yang tidak ada pengaruh langsung dalam politik” kata mereka . “Setelah berkerja kami terpaksa membeli kereta Proton yang mahal dimana bayaran bulanan sampai RM800 sebulan sebelum bayaran road tax, toll, dan minyak, dan dimana kah UMNO menolong kami membesarkan pendapatan kami setelah menjadi professional seperti mana yang di arahkan oleh ketua ketua UMNO supaya mengambil jurusan itu bagi menaikkan martabat Melayu?. Kereta Proton dikenakan bayaran sehingga lapan tahun dan pada tahun kedua stering nya mula goyang. Bayangkan  kami terpakasa bayar ansuran enam tahun lagi untuk sebuah kereta Proton yang goyang stering nya. Siapa peduli kan kami? Setelah berjaya kami diselubungi oleh berbagai bagai kerenah berniaga yang tidak diberi pertolongan yang baik oleh kerajaan, dan disekat oleh peniaga Cina yang ada pengaruh dengan orang orang UMNO, terutama kami dari kalangan anak anak Melayu yang tidak mempunyai pengaruh politik”  kata mereka lagi. Cuba lah memohon pinjaman, hanya mereka yang ada pengaruh politik atau boleh membayar rasuah lebih sahaja yang akan diberi pertolongan. Apa yang UMNO cakap hanya bohong belaka.”

“Kita lihat bagaimana mereka pula menjadi mangsa polisi mereka setelah mereka ini dijatuhkan, sekarang ini setiap function UMNO ketua bahagian atau puteri  mereka walaupun tidak berpelajaran tinggi mendapat imbuhan berpuluh puluh ribu ringgit seminggu (RM54,000) untuk digunakan dibulan puasa, sedangkan apa yang dibelanjakan hanya dua tiga ribu sahaja. Mereka menjadi professional yang sebenarnya dengan mengunakan duit rakyat tanpa perlu belajar tinggi” kata mereka menyudahkan percakapan kami. “Jadi, jatuhkan mereka ini dulu dan lepas itu kita fikir siapa kah yang layak menjadi ketua negara untuk kebaikan kita. Buat masa ini, mereka memikirkan pendapatan mereka dahulu untuk hidup tanpa pernah memikirkan hal hal kita. Dan lihat mereka semua kaya raya. ”

Biar jatuh UMNO sekali, biar mereka pula rasakan bagaimana polisi buruk mereka kena pada batang hidung mereka pula setelah tidak mempunyai kuasa. Itu lah intisari pendapat budak budak muda yang tidak mempunyai hubungan parti politik semasa ini.

Dimana 1Malaysia? “Hanya ditangan orang orang UMNO” kata mereka lagi.

5 thoughts on “Anak anak muda yang baru mulai berkerja ingin lihat BN jatuh sekali

  1. Tu lah dia masalah orang Melayu… terlalu manja… bila dah senang, lupa diri… bila susah, sibuk tercari-cari… kalau diorang ni duduk di Korea Utara ke, Zimbabwe ke, Palestin ke… baru rasa bersyukur agaknya… benar kata Dr M, melayu mudah lupa…

    Jawapan: Tidak pernah lupa. Lupa apa saudara?. Jikalau kerja dengan kerajaan pun mereka juga lupa, apa tah lagi kerja sendiri. Cara awak bercakap itu tidak kena topik. Ok.

    • Saya hanya sampai kan berita ini. Ok. Tidak perlu kata duduk di Korea Utara atau Zimbabwe, sebab mereka Melayu tentu duduk di Malaysia. Manja?,apa dia manja? manja macam mana.

      • mereka tak bersyukur dgn nikmat yg ada-itulah manja dajjal namanya
        dalam Hadis Sahih Bukhari-bila penduduk sesebuah negeri zalim (tidak bersyukur) maka akan ditakdirkan diangkat poemimpin yg zalim juga-

  2. sy lepasan sarjana muda yg bkerja dlm sektor swasta dgn gaji bermula rm800.
    setelah hampir 4 thn stgh dlm sektor ini, alhamdulillah gaji sudah naik hampir mcecah 2k (gaji biasa bg lepasan ijazah sarjana muda).

    sy tidak pernah merungut, sy tidak pernah mharap dbesarkan margin gaji.
    apa yg sy lakukan…hanya ikhlas bekerja bsungguh2, berdoa kepada Allah agar
    dipermudahkan segala urusan sy sehari2 dan bersabar.

    sy tidak punya kereta, hanya seorang pengguna tegar sistem pengangkutan awam yg sedia dan tidak pernah merungut tentang kualitinya. sy tahu sy tidak mampu memiliki kereta, maka sy tidak pernah mengimpikan untuk memiliki kereta dalam usia muda. pengangkutan peribadi sy hanyalah sebuah motor yg telah berusia 6 tahun.

    namun , sy menyimpan untuk priority yg lebih utama (dlm konteks pemikiran sy) iaitu memiliki rumah. dan alhamdulillah, dengan gaji sy yg blh dkatakan kecil itu, sy telah pun membeli sebuah rumah teres setingkat.

    benar sy akui byk benda sy tak dpt nikmati kerana gaji sy yang bleh dkatakan kecil itu. tp sy masih hidup hingga ke saat ini. sy boleh tersenyum, sy masih boleh berjenaka dgn rakan2 dan adik beradik. dan sy tidak pernah merungut.

    sy masih boleh memberi pinjam wang kepada rakan2 sy yg gaji mereka lebih besar drpd sy.
    sy masih boleh menghantar wang kepada keluarga sy di kampung.
    sy masih boleh menyimpan secara konsisten tiap2 bulan wpun sedikit.
    sy masih boleh membela seekor kucing yg wujud juga kos penjagaannya.
    sy masih boleh membayar zakat fitrah dan memberi sumbangan kpd org miskin yg ada dlm qaryah tempat tinggal sy.
    sy masih boleh menyimpan untuk persediaan untuk berkahwin.
    dan sy tidak pernah merungut dgn apa yg sy ada.

    sy tidak pernah menyalahkan umno atau kerajaan.
    apa yg sy dpt sy anggap sbg rezeki yg sepatutnya sy dpt atas usaha sy sndr.
    tidak pernah sama sekali sy mengaitkan rezeki yg Allah berikan kepada sy dengan prestasi kerajaan memerintah.

    sy tidak nampak signifikannya menjatuhkan atau mendoakan kejatuhan kerajaan yg sedia ada atas sebab mereka yg baru mulai bekerja ini ingin merasai kehidupan bermewah2 dgn memiliki kereta, pakaian mahal, bersantai di restoran2 mewah, beraktiviti hujung minggu yang pelbagai; tp merungut kerana tidak dpt membuat perkara2 tersebut akibat drpd margin gaji yang tidak mencukupi.

    persoalannya… sekiranya umno/bn dan kerajaan dijatuhkan,
    sudah pastikah yang akan menggantikannya dpt memberikan kita yg lebih baik,
    atau..
    yg lebih buruk?

    salam aidilfitri
    maaf zahir dan batin.

  3. Adakah dengan menjatuhkan UMNO akan menyelesaikan masalah ini, jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar, fahamilah keadaan kehidupan zaman sekarang, kerajaan memerintah tidak dapat memuaskan hati setiap rakyatnya…sedangkan untuk mengawal kos kehidupan pun kerajaan terpaksa menongkah arus dengan golongan pengawal ekonomi negara, bagaimana pulak kerajaan dapat meneliti setiap perjalanan tadbir urus perjalanan syarikat swasta dengan lebih mendalam. Itulah pentingnya kuasa politik…berikan BN dan UMNO majoriti 2/3 pada PRU 13 nanti , maka dengan halatuju baru PM Najib, beliau akan melakukan perubahan apa masalah yang saudara lakukan itu , dengan kekuatan kuasa politik yang dimiliki nya. Tapi sekiranya kuasa politik masih tahap majoriti mudah, perkara ini tidak mungkin berubah dan akan menjadi lebih teruk sekiranya pemerintah ditukar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s