Battersea projek – besar dan terbesar

SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin, mendahului 15 pembida lain untuk memperolehi hartanah terbesar yang boleh dimajukan di London dengan harga RM1.96 billion. SP Setia bersama rakan GLC mereka dari Sime Darby dan EPF telah menandatangani penjanjian JV bersama membangunkan hartanah seluar 39.1 ekar dengan cadangan pembangunan perumahan, kedai dan pejabat yang telah pun diluluskan oleh London Borough of Wandsworth.

Kebenaran perancangan yang telah diluluskan oleh London Borough of Wandsworth, ialah cadangan pembangunan untuk 3, 500 rumah, 1.7 juta kaki persegi ruang pejabat, hotel and ruang niaga. Ini juga termasuk membina dua buah stesen keratapi bawah tanah sambungan ke Northen Line.

Pembida dari Malaysia mencadangkan hasil pembangunan kasar sebanyak RM39.3 billion ringgit (£8 billion) bagi tempuh 15 tahun.

Battersea Power Station adalah bangunan yang dikelaskan sebagai Listed Building II*, iaitu bangunan yang akan di kekalkan. Ia dibina dalam tahun 1930, dan direka oleh arkitek Sir Giles. Pada masa ini selepas tidak digunapakai dari tahun 1983 telah mula reput dan dimakan zaman. Bentuknya, sebagai sebuah bangunan industri mengeluarkan letrik pada zaman sebelum 1983, tidak lagi changih dan ianya mempunyai empat corong asap yang tinggi.

Bangunan ini dibangunkan ditepi Sungai Thames, menduduki sebahagian tanah menghala ke Sungai Thames, dan bahagian lain tanah seluas 39.1 ekar adalah terletak kedalam menghala ke Vauxhal. Sebahagian tanah itu juga digunakan oleh British Rail bagi laluan dari Battersea, Stockwell dan Vauxhal ke Victoria diseberang Sungai Thames.

Tanah ini telah dibeli oleh Victor Hwang, Oriental Property Hong Kong dari John Broome yang telah muflis untuk mencuba membangunkan Battersea. Hwang telah mencuba membangunkan tanah itu dengan pembangunan hotel dan komplek Warner dengan cadangan pembangunan bernilai £1 billion pound (RM4.9 billion).

Cadangan itu tidak berjaya dilaksanakan dan telah dipindahkan milik kepada Park View International. Cadangan Park View International juga tidak berjaya di jalankan dan tanah ini telah di jual kepada Treasury Holdings dengan harga RM1.9 billion ringgit (£400 million). Anak syarikat Treasury Holdings, Real Estate Opportunity (REO) memberi cadangan pembangunan dengan nilai kasar pendapatan sebanyak £5.5 billion (RM27 billion).

REO tidak dapat menjalankan kerja kerja tersebut kerana krisis kewangan dipasaran utama di barat. Pada tahun 2011, tanah telah dilelong oleh Lloyds and National Asset Management Agency (NAMA) dari Ireland dan dijual kepada konsotium hartanah dari Malaysia baru baru ini.

Tan Sri Liew Kee Sin baru baru ini telah melupuskan sebahagian kecil pegangan beliau keatas SP Setia, walaupun telah berjaya mendapat mandat untuk membangunkan pembangunan ini.

Aku cadangkan supaya bawa beribu rakyat Malaysia, buat gotong royong, angkat sahaja Battersea Power Station tu ke belakang sikit. Lepas itu tanah yang dahulu nya tapak Battersea Station depan sungai itu akan naik nilai beribu ribu kali ganda. Buat apa sahaja nilainya sampai 100 kali ganda. Buka kedai mamak teh tarik tepi sungai, masuk bro. Bagi chance kaki pancing pergi tangkap ikan mackerel, kalau ada.

Usung rumah bukan payah, bawa sahaja batu bata tu dan atur balik di kawasan tanah terbiar dibelakang. Letak sahaja bangunan usang dibelakang. Lagi pun kena korek lubang disitu hendak bina stesen keretapi bawah tanah. Usung dulu bangunan tu bro, senang cerita. Hendak gambar sample orang melayu usung rumah ke? . Orang putih bukan cerdik nak guna bangunan yang hendak runtuh. Ha ha ha.

Baca sepenuhnya disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s