Kenapa PAS suka meminta derma atau sedekah?, adakah mereka itu Tok Pakir?

Tok Pakir

Perlukah anda memilih sebuah parti yang suka meminta sedekah seperti Tok Pakir?

Meminta derma atau lebih tepat meminta sedekah  di benarkan kepada mereka yang tidak ada jalan atau usaha untuk mencari rezeki dan boleh mati kerana kelaparan sekiranya tidak ada yang menolong.

Pada masa kecil dahulu, stesen Bas di Kota Bharu adalah satu tempat dimana ramai peminta sedekah atau peminta derma mencari belas kesian manusia untuk memberi sedekah kepada mereka. Dan berbagai bentuk kelakuan mereka tunjukkan kepada masyarakat supaya kita semua merasa belas kesian dan memberi mereka sedekah.

Ada diantara mereka yang hidup senang dan ada yang mengumpul harta sedekah untuk masa depan mereka terus berhenti dari menjadi peminta sedekah apabila sudah berjaya mengumpul dana.

Ada juga diantara mereka mengunakan sistem meminta sedekah untuk mendapat saluran dana kepada hobi mereka seperti berjudi, bergundek, menghisap dadah, main nombor ekor, seberang Sungai Golok untuk memuaskan nafsu dengan pelacur dan berbagai bagai jenis  hobi lagi.

Mereka semua ini di kenali sebagai Tok Pakir. Iaitu, orang yang suka atau bekerja meminta sedekah atau derma.

Semenjak kebelakangan ini, PAS selalu mengunakan sistem meminta sedekah seperti mereka mereka diatas dan kita tidak faham bagaimana sebuah kerajaan negeri tidak ada usaha atau jalan untuk mencari rezeki atau  pendapatan yang lebih baik. Adakah PAS sebuah organisasi Tok Pakir? Iaitu satu organisasi yang di anggotai oleh manusia manusia seperti mereka mereka yang disebut diatas?. Atau, lebih teruk lagi, adakah ahli anggota PAS ada mempunyai hobi hobi seperti Tok Pakir Tok Pakir yang disebut diatas? Dan apakah hobi hobi mereka itu hobi bentuk  halal? Atau adakah mereka mempunyai hobi hobi yang tidak halal dan memerlukan dana menjalankan aktiviti mereka melalui meminta sedekah?

Mari lah kita renungkan kenapa PAS yang sudah memerintah sebuah negeri bertahun tahun selalu meminta sedekah didalam semua bentuk perancangan pembangunan negeri seperti membina jalanraya atau lain lain perancangan. Adakah mereka ini dari kalangan anggota-anggota Tok Pakir yang meresap masuk PAS dan telah tersalah di pilih oleh rakyat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s