Berani menegakan kebenaran – ke kawasan musuh PJS 1.

Program anjuran Belia 4B, Petaling mengundang Zulkifli Nordin untuk berceramah dan telah di gertak pihak lawan dengan cara tidak bertemaddun.

Sebelum bercerita, saya ingin mengucapkan salam bahagia kepada penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1. Terutama kepada gangster berpakaian seperti penganut Islam PAS telah mencabar secara biadab terhadap Zulkifli dan pengurusi majlis ceramah pada malam itu.

Kawasan PJS 1 diwakili oleh PKR, Hanizar Talhar. Tidak pernah dengar apa dia buat untuk rakyat di kawasan ini.

Sebelum ini kawasan ini adalah sebuah kawasan setinggan yang terbesar Selatan Petaling Jaya. Di dalam pemerintahan BN, banyak tanah-tanah setinggan ini di bangunkan dengan rumah pangsa.

Dengan ada nya Lebuhraya Pantai, kawasan ini telah membangun dengan pembangunan baru termasuk rumah-rumah apartment separa mewah, kedai-kedai dan lain lain pembangunan untuk kepentingan penduduk.

Ianya juga di sambung secara strategik ke Subang Jaya dan Sunway, di mana terdapat pejabat dan pusat membeli belah bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan ini mendapat pekerjaan di bandar-bandar tersebut.

Subang Jaya pula di wakili oleh DAP dan manakala Seri Setia pula di wakili oleh PKR.

Ramai penduduk di sini merupakan penduduk bertaraf miskin dan terdiri dari kaum India dan Melayu. Juga kawasan ini menarik ramai kaum pendatang haram mendiami kerana sewa murah. Corak kehidupan penduduk di sini mengambarkan satu kehidupan yang tertekan dengan berbagai isu masaalah sosial, termasuk isu jalan raya sempit, kecurian, pelacuran, perjudian, rampasan tanah oleh pemaju, ruang yang sempit yang menyempitkan fikiran, dan lain-lain lagi. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di dalam corak kehidupan di sini dengan lain-lain penempatan atau bandar yang berdekatan seperti Subang Jaya.

Dari lagak mereka yang menyerbu Zulkifli semasa ceramah tersebut adalah perlakuan seorang penduduk yang telah tertekan dengan kekecewaan dari masaalah sosial yang di hadapi beliau dalam kawasan slum bandar. Ramai di antara mereka  adalah dari kumpulan yang tidak mempunyai pelajaran tinggi dan pekerjaan bertaraf rendah. Perkara ini sangat berbeza dengan penduduk Cina dan Melayu di Subang Jaya yang rata-rata hidup di dalam kemewahan. Ramai di antara mereka juga tidak tahu menulis dan membaca dengan fasih.

Manakala wakil rakyat mereka pula tidak pernah di lihat menyuarakan atau menyempurnakan kerenah mereka kepada pihak tertinggi kerajaan dan keadaan ini amat berbeza semasa BN memerintah. Di mana semasa itu kesemua kawasan slum di bangunkan dengan skim pemindahan setinggan yang berjaya membangunkan penempatan mampu milik untuk rakyat termiskin.

Siapa mampu menyediakan penempatan yang berjaya?.

Bersih dari jenayah sosial seperti ragut, pergaduhan kaum, kegiatan pelacuran, perjudian, tekanan dari penjenayah agama, dan lain lain lagi dan sudah tentu nya menjadi kerumitan besar kepada parti PKR yang tidak berpengalaman dalam soal ini sehingga suara mereka terus sunyi sepi tanpa bunyi.

Tindakan Zulkifi Nordin adalah satu keberanian menjual semangat bekas setinggan untuk berdaya maju dari terus di tipu oleh PKR.

Syabas Zulkifi, berani untuk menolong orang miskin seperti kumpulan ini.

PS. Cara baik hendak tolong orang macam gangster tu adalah dengan ikut cara Nik Aziz, iaitu main buat tipu bodoh, sembahyang dalam lift Blok M.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s