Wantak dan Xingu

Wantak bahasa Papua New Guinea. Bermakna bahasa sama. Di Brazil, Xingu adalah suku kaum pendalaman yang akan pupus dengan corak kehidupan mereka kerana pembinaan empangan sungai di kawasan mereka.

Melayu telah lama meninggalkan budaya mereka. Mak Yong, Menora, wayang kulit dan lain lain kebudayaan yang mengeratkan mereka sudah tidak lagi digunakan. Melayu telah meninggalkan kebudayaan itu dan mencari cari corak kebudayaan baru.

Budaya mat rempit, mengeratkan golongan muda diantara mereka berkumpul dan bermesra. Budaya sex bebas diantara anak muda Melayu semakin menjadi jadi. Budaya “gang-bang” menjadi selera baru. Budaya memisahkan antara golongan agama berlainan pegangan bertambah subur. Budaya geli hati dengan persembahan di TV mengantikan budaya budaya lama. Keeratan di-antara umat Melayu di semua negeri berkurangan.

Corak beragama Islam berubah, dari sembahyang di kawasan masjid ke bawah pokok dan di tempat letak kereta. Bang bukan lagi untuk bersembahyang, bang adalah untuk politik.  Sex mudah dimana mana, dikedai atau pun di jalanan. Arak bertimbun-timbun di dalam kedai-kedai 7 Eleven. Para ikutan agama Islam menjadi bomoh dan penipu bagi melihat jin dan syaitan di atas kepala orang lain. Isteri orang menjadi kekasih dan ketagihan sex orang-orang kaya.

Budaya kita telah berubah dari umat bersatu dan erat, kepada umat berindividu. Masing masing menyorok kebenaran ikutan kebudayaan mereka. Dan mereka dipecah-belahkan lagi dengan bahasa-bahasa yang terlalu banyak.

Mereka yang tidak mempunyai madah yang sama semasa “wantak”, dibunuh di Papua New Quinea. Mereka bersatu dalam budaya mereka. Satu bahasa satu bangsa.

Siapa yang lebih waras ya? Melayu, Papuans atau Xingu? tentu lah Melayu. Kata mereka.

~~ Pssst : “Kalau berlaku pun pergaduhan, bukannya Cina bergaduh dengan Melayu, tetapi Melayu akan bergaduh dengan Melayu…..PAS dan Melayu PKR tepuk tangan!!!” Chua Jui Meng.   Sebenar apa yang dia hendak kata ialah Cina MCA dan Cina DAP tepuk tangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s