Talk-talk coffeeshop

Spy temasek ramai ke?

Ekonomi tak bergerak langsung. Mengeluh para peniaga.

Bank Negara kata ekonomi berkembang 4-5%. Idris Jala kata, untuk berjaya transformasi Malaysia perlu bergerak antara 6% setahun. Kurang 2% dari apa yang dijangka, tetapi tranformasi telah berjalan beberapa tahun lepas. Tony kapal terbang kata, baik pindah ke Indon. Malaysia sebuah negara boring dengan 3, 4, 5 punya growth. Orang buat lapangan KLIA2 untuk dia, dia pi cabut lari operasi di Indon.

Duit tidak ada dalam pasaran. Tidak ada kerja. Kerja hanya untuk benda benda yang baru.

Banyak bank mengeluh. Banyak bank tertipu dengan para peminjam yang berpura-pura pinjam, apabila sudah mendapat pinjaman cabut lari beroperasi di luar negara. Tinggal kilang kosong sebagai cagaran. Perkara ini sedang berlaku dari awal tahun lagi. Dan terlalu ramai para peniaga yang suka menolong diri sendiri dengan “cheat-cheat the bank”. Satu oragnisasi cabut lari setelah mendapat pinjaman RM54 million. 1000 orang lari, sudah berapa banyak rugi. Ini semua pakai idea dari Tony juga kut, lari beroperasi ke negara growth circle of 7,8,9 to 15%. Aduh. begitu lah kalau orang sudah banyak duit. Bukan hendak ingat pada penduduk tempatan.

Hutang berlambak tak dibayar. Ramai pemuitang dikejar oleh agensi pemunggut hutang. Bukan Bank kejar lagi. Bank tak buat kerja punggut hutang lagi. Bank beri pinjam besar besar sahaja, supaya ramai boleh beli jet terbang ke Hawai dan Jakarta. Engkau dan aku hendak hutang RM100,000 jangan harap lah. Dia orang tak main bagi kepada orang macam kau dan aku. Orang yang tak ada projek. Hendak dapat projek kena baik dengan ahli politik atau orang besar bank.  Ada syarikat syarikat besar yang akan tonggeng dengan keluhan hutang dan kerugian beratus million.

Tetapi aku rasa apa yang dia orang cakap tu ada juga betulnya. Pasaran hartanah sudah kendur. Banyak rumah yang dibina kosong. Jualan rumah kediaman secondary sudah longlai. Ramai ikat perut. Simpan duit untuk bayar duit minyak kereta. Dan makan mee maggie. Duit untuk belanja anak di universiti sudah kering. Kena jual peti ais dan alat alat tidak diguna pakai.

Apa sudah jadi, brother?. Katakan ekonomi negara OK. Silap mata kah?????.  Kalau adakan  pilihan raya sekarang ini peniaga yang betul betul yang tidak main bohong bohong atau tipu tipu tak mungkin akan undi BN. Dia orang akan undi Labour Party di UK. Dah jadi nyanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s