Jikalau hitam, kata hitam, jangan hitam kata kelabu asap!

tugas professional tidak hanya memegang pelan lukisan untuk dipamirkan kepada rakyat, ianya menjangkau lebih dari itu!

Professional didalam negara harus bersikap telus dan cekap didalam urusan mereka dengan semua perkara, dan jikalau sekiranya wang adalah imbuhan untuk menjadi  alat menoda profession mereka, maka tindakan mereka itu akan merugikan penguna serta rakyat jelata yang tidak berdosa yang mana akan menerima akibat buruk kesan dari tindakan mereka yang kurang perihatin dan “caring”.

Kita semua faham bahawa semua kerajaan negeri ingin menaikan imej mereka didalam usaha membangunkan negeri, dan didalam hal hal berkaitan dengan pembangunan ramai professional yang berkait rapat dengan kemahiran mereka didalam pembangunan tersebut telah di gunakan.

Pada asasnya penglibatan professional dengan cadangan pembangunan oleh sesebuah kerajaan negeri adalah dari tali jalinan persahabatan mereka dengan  yang berkepentingan didalam sesebuah organisasi politik.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kelantan telah beberapa kali membuat cadangan pembangunan dan semestinya kalangan professional yang dilantik memahami dasar sesebuah motif pembangunan itu, sama ada boleh dilaku kan atau pun tidak. Disini professional terlibat boleh menyatakan dengan jelas, bahawa itu adalah hitam atau putih, walaupun berkemungkinan akan disingkir dari lantikan sebagai professional yang menjalankan tugas dan kehilangan sumber pendapatan.

Dengan meminta derma besar kemungkinan jalanraya itu tidak akan dibina, jadi mengapa professional terlibat tidak memberi cadangan yang lebih baik kepada para pencadang mereka. Atau adakah sesuatu yang ingin disembunyikan. Dalam hal ini para professional harus tampil dengan memberi kata putus sebagai professional berwibawa untuk menolak cadangan tersebut dan tidak terpalit dengan kepentingan politik didalam sesuatu perancangan pembangunan yang tidak boleh dijalankan.

Hitam katakan hitam, putih katakan putih. Sudah sampai masanya kerajaan menimbang menolak kepentingan sistem berpanel yang tidak memberi faedah besar kepada rakyat jelata atau perlantikan harus dilakukan oleh dua pihak iaitu satu untuk rakyat dan satu untuk pereka cadangan terutama yang melibatkan rakyat jelata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s