Islam adalah agama orang orang miskin, agama sembahyang bawah pokok, itu dia apa yang PAS ingin nyatakan

Ini serba sedikit corak penyampaian yang ingin diberikan oleh pemimpin Islam di Kelantan, terutama apabila kita lihat sendiri corak atau cara penyampaian politik Islam di Pantai Sabak, didalam kawasan Pengkalan Cepa, Kelantan.

Dan lagi,

Bila kita berkata bangunkan negeri, mereka dengan cepat berkata, ya memang kita telah membangun bersama Islam di negeri ini. Dan jikalau di buat kaji selidik, corak pembangunan yang dinyatakan itu mensasar kepada corak pemerintahan keatas orang miskin. Agama Islam agama orang miskin, dan seharunya umat Islam harus hidup miskin seperti di Sabak. Itu corak dia membangunkan negeri.

Didalam pembangunan sesebuah penempatan, apatah lagi sebuah penempatan yang ada unsur sejarah yang harus di naik nilai supaya menjadi satu teras anjakan kepada umat Malaysia yang lain datang untuk mengenangkan sejarah negara mereka. Sabak adalah didalam pengawasan ahli politik PAS seharusnya PAS bijak mempromosi dan menaik taraf kawasan seperti itu ke peringkat antarabangsa, dan dengan itu memberi lambakan ganjaran rezeki yang luas kepada penduduk didalam kawasan itu membangun bersama Islam.

Sayang sekali, pandangan pemimpin PAS membangun bersama Islam sebenarnya telah menghala penduduk tempatan kepada bangun bersama kambing kambing didalam rumah.

Jarak kawasan penempatan ini dengan kawasan pembangunan lain di Kota Bharu hanya lah lebih kurang 20 kilometer. Iaitu satu jarak yang amat dekat,dan jikalau kita buat bandingan jarak itu ianya adalah diantara Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya.

Sedangkan pembangunan di Kampung Sabak jauh lebih tidak teratur bagaikan jaraknya sampai beratus ratus kilometer dan orang ramai tidak boleh pergi ke kawasan itu kerana terlalu jauh.

Kampung tradisi ini sebelum ini adalah satu tempat perkelahan yang mahshur. Menjadi tempat orang ramai datang membeli ikan dan lain lain bekalan hasil dari laut yang dibawa oleh para nelayan. Sikap endah tidak endah pemimpin membangun bersama Islam ini meroboh kemesraan penduduk nelayan menjadi teman kepada kita, orang ramai, kerana mereka hidup didalam kesusahan dan kemiskinan dan menjauhi diri mereka didalam kehidupan bermasyarakat.

Mengapa ini terjadi?.

Pengetahuan mereka yang membangun bersama Islam hanya tertumpu kepada benda benda yang tidak pratikal didalam dunia moden, satu daripadanya ialah, mereka gagal mengetahui mengapa alam sekitar harus dijaga, dan apabila hakisan laut melanda tempat ini, mereka cepat mengatakan itu “balasan tuhan” kerana penduduk disitu tidak mengikut perintah tuhan seperti mereka, dan harus dibiarkan seperti itu dan terus hidup miskin. Tuhan sudah marah, apa saya hendak buat, miskin lah kamu. Jadi, segala kerumitan yang melanda seperti hakisan pantai dibiarkan tanpa perlu dikaji selidik dengan mendalam dan memberi cadangan supaya pembandaran dan penempatan itu kekal eluk dengan mencari kaedah sesuai didalam usaha mencari dana dan menderma dana itu dengan iklas dan membangunkan kembali kawasan itu sebaik baiknya.

Pengertian membangun bersama Islam ini tidak dipraktikan dengan baik. Dimana kah membangun bersama Islam sekiranya ada penduduk dikawasan ini “bangun bersama kambing kambing” didalam rumah mereka?

Undi PAS lah ?.

Cuba cuba fikirkan adakah mereka ini melampau batas kerana tidak perihatin dengan keadaan masyarakat bawahan di dalam pemerintahan mereka. Adakah mereka ini satu pemerintahan zalim dengan membiarkan orang orang Islam hidup bagaikan separuh mati? Ada kah hidup separuh mati itu pengertian sebenar mereka membangun bersama Islam? Dan adakah mereka ini ingin menyatakan Islam itu adalah agama orang orang miskin dan tidak ada akal?

Dan ingat, kita tidak boleh kata Kelantan diperintah oleh Melayu lagi, dan bila undi BN, BN akan bawa Cina ke Kelantan. Ini kerana, PAS telah bawa Cina DAP memerintah Kelantan. Cina DAP lagi teruk dari Cina Cina lain. Melayu tidak lagi perintah Kelantan kerana itu. Faham tak adik kakak semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s