Bapa ajar saya LAWAN UMNO selama 40 tahun, saya pun lawan lah, lawan punya lawan, saya tersembahyang atas padang rumput!!

Ketua didalam gerombolan Parti Islam di Malaysia. Derma ini derma parti Islam yang amat ulung Di Malaysia.

Nik Abduh, adalah anak kepada Nik Aziz.

Nik Aziz adalah pemimpin PAS Kelantan. Corak dan cara pemimpin PAS ini menarik minat penyokong adalah dengan lawan UMNO.

Anaknya juga seorang angkatan pemimpin baru PAS telah diajar oleh beliau untuk lawan UMNO.

Bila kita kata lawan, bermakna, melawan atau mengkritik UMNO sampai hancur. Itu lawan. Atau bahasa pasarnya, gaduh sampai habis. UMNO buat macam itu, kita buat macam ini. UMNO tidak buat macam itu, kita ajar UMNO macam ini. UMNO parti kafir, kita parti Islam, dan kita “TUNJUK” kita Islam.

Huh itu dia. Cara orang orang yang suka melawan. Macam anak kecil dalam rumah, kita kata gini, dia kata gitu, lawan. Kita rotan dia nanggis. Tetapi bila kena kepada sebuah parti yang kata nya Islam, tidak sampai hati lah kita hendak rotan.

Jadi macam mana corak lawan mereka yang dipertontonkan kepada orang ramai supaya kita semua kata mereka itu amat kuat melawan dan hero kita dan semasa pilihan raya undi dia?

Pertama nya, apabila kita semua bersembahyang dimasjid, dia tunjuk kepada kita sembahyang bawah pokok atau dilaman ofis disebelah tempat letak kereta. Sebab utama usaha lawan corak ini adalah, PAS tidak berduit bina masjid, dan mengajar kita lawan UMNO supaya berkata tidak ada gunanya masjid untuk dibina, di bawah pokok pun boleh bersembahyang. Tengok, corak lawan dia.

Kedua, bila kerajaan beri duit menyelegara kan jalanraya, dia simpan. Itu lawan cara keras hati. Bila lawan cara ini, jalan raya roask sebab tidak ada orang baiki. Bila rosak orang ramai bertanya kenapa. Masa itu dia lawan dengan berkata, itu kerja UMNO, baiki jalan pun tidak reti. Tengok kita, bina jalanraya tanpa tol sampai ke Kuala Krai. UMNO tu  apa reti?. Lihat cara dia lawan.

Ketiga, bila semua manusia inginkan sebuah rumah luas halaman, keenderaan kelas pertama, dan status tinggi didalam masyarakat, mereka berkata kita tidak lah seteruk UMNO. “Kita tidak teringgin kan perkara itu. Kita ikut Nabi Muhamad. Pilih unta yang baik dan rumah seadanya”. Jadi mereka tunjukkan perkara ini. Unta yang baik, jenis mercedes lah. Pengaruh yang baik, number plet yang elok, PAS 17 ker, atau PAS 1. Ini cara lawan mengikut ikut corak kehendak masyarakat yang telah dipengaruhi kehidupan keduniaan. Itu Islam yang ingin di perlihatkan. Lawan cara ini iaitu lawan dengan mengikut.

Keempat, kita mengunakan kaedah baru didalam menyelesaikan masaalah rakyat jelata dengan mencari jalan terbaik termasuk membuat kajian terperinci, mengunakan kaedah sain yang boleh di percayai, dan disamping itu berdoa kepada Illahi meminta rahmat didalam penemuan kaedah penyelesaian itu. Corak penyelesaian kepada masaalah mereka pula terbalik, iaitu mereka repot kepada tuhan dahulu, dengan sembahyang hajat dan menunggu tuhan menyelesaikan masaalah mereka dengan memberi satu kaedah penyelesaian kepada mereka selepas bersembahyang. Lawan cara ini lawan cara tidak logik.  Repot kepada tuhan kenapa orang berkata vedio itu vedio ketua pembangkang. Sampai hari ini, mereka tidak mendapat jawapan kisah vedio yang direpot kepada tuhan. Apa faedah nya kita yang berakal melawan cara itu. Sampai bila tidak akan mendapat satu kaedah penyelesaian.

Kelima, mereka berkata rezeki tuhan yang beri. Memanglah. Tetapi, bila Petronas tidak beri rezeki, dia marah Petronas, bukan marah tuhan dia. Kenapa marah Petronas dan UMNO, cuba marahkan tuhan anda. Tuhan tidak memberi rezeki itu. Disini dia pergi kepelusuk negara beritahu Petronas tidak beri rezeki mereka. Marah sana marah sini. Jikalau betul tuhan sayangkan mereka sudah tentu dilembut kan hati Petronas. Sudah tentu tuhan tidak gemarkan mereka ini.  Sebab, sampai sekarang Petronas tidak beri.

Keenam, tuhan berkata berusaha untuk hidup cari pendapatan yang melimpah ruah. Disini kita nampak macam dia lawan tuhan pula, dia kata dimana ada rezeki di negeri ini, balak sudah habis, emas tidak ada, pelabuhan tidak ada, jalan raya tidak ada, masjid tidak ada, kilang kilang tidak ada, jadi macam mana hendak cari pendapatan lebih. Dia minta kepada tuhan suruh tuhan lunaskan kehendak dia. Dia lawan tuhan bukan sahaja lawan UMNO dan BN. Bila negeri Melaka negeri kecil mendapat pendapatan lebih 10 kali ganda, dia lawan dengan berkata semua benda benda diatas.

Saya syorkan supaya PAS berubah dan ingatkan dunia dahulu sebelum teringin sangat kepada akhirat. Sebab di akhirat tuhan akan tanya apa kamu telah buat. Dan sekiranya kamu berkata, “kan kami sudah beritahu dalam sembahayang hajat kami dan kami selalu mohon derma” sudah tentu tuhan akan berkata, kamu ini jenis malas berusaha, asyik asyik minta aku yang selesaikan hal hal kamu, Islam kamu iklas kepada aku kah atau Islam kamu untuk minta derma? Kamu ini memang suka lawan lah.

One thought on “Bapa ajar saya LAWAN UMNO selama 40 tahun, saya pun lawan lah, lawan punya lawan, saya tersembahyang atas padang rumput!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s