Nabi hendak apa, kalau tidak kerana hendak kerusi.

Nik Aziz.

“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?

Menjadi hajat parti untuk menang kerusi didalam pilihan raya, sememang lah betul pandangan itu. Cuma, tidak pasti samaada Nabi Muhamad mempunyai sebuah parti semasa beliau berpindah ke Madinah dari Mekah.

Kita kena tanya pakar sejarah tentang bab itu dan kemukakan bukti sahih bahawa Nabi Muhamad ada sebuah parti sehingga beliau inginkan kerusi. Kita juga kena tanya Nik Aziz apa maksud dia bila beliau berkata Nabi Muhamad “nak apa kalau tidak kerana nak kerusi”?.

Bagi saya dan rakyat di Kelantan, bila berkata hendak kan kerusi itu bermakna hendak menjadi pemimpin disatu kawasan pilihan raya. Ramai juga yang jenis kurang faham mengatakan mereka hendak beli kerusi plastik untuk duduk makan nasi belauk dan minum teh.

Dan orang politik tidak harus bergaduh atau berselisih faham dengan orang bawahan seperti mufti. Semua orang ada pendapat masing masing. Jikalau ramai dengar maka dia mempunyai peminat dan penyokong. Kalau undi untuk kerusi boleh menang. Jadi mufti pun tentu tahu ini adalah politik . Tidak boleh kata orang tidak reti politik. Cara orang memberi pendapat juga boleh disifatkan sebagai berpolitik. Tidak berparti tidak bererti tidak boleh berpolitik.

Jikalau sekiranya kita mendapat bukti Nabi Muhamad tidak mendaftar parti politik sah semasa itu, dan beliau menyeru atau memberi pendapat untuk mencari penyokong beliau dengan idea beliau maka pendapat beliau itu juga boleh disifatkan berpolitik.

Satu benda lagi,  kedudukan orang politik tidak boleh dikatakan melebihi dari  kedudukan orang biasa,  dan kedudukan orang politik pula bergantung penuh kepada peminat atau penyokong. Jadi dimana tinggi nya kedudukan orang politik sekiranya penyokong dan peminat telah berkurangan. Hilang kuasa dari perasaan tinggi itu.

Cuba renung renungkan. Baik buruk dipangkal hati.

One thought on “Nabi hendak apa, kalau tidak kerana hendak kerusi.

  1. Yeop Bota ni dah letih nengokkan tingkah bicara burung kakak tua berbicara mengenai nabi kita nih.

    Nabi hijrah ke Madinah kerana kerusi.Nabi diberi khabar oleh Allah berpindah kerana ada hikmahnya atas perintah Allah atas kepentingan Islam seantero dunia.

    Pendapat Nik Aziz pula lain dan seperti kesumat yang terpahat dalam hati sejak dulu hingga kini, dan pendapat begitu boleh memecah belah pengikut agama islam itu sendiri.

    Lihatlah bagaikan langit dan bumi jauh bezanya dengan mufti yang dikatakan gatal mulut, dan beliau saya rasa mempunyai pendapat yang lebih baik dari pandangang Nik Aziz.

    Masyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s