Cermin mata bi-fokal ~ PAS Vs cermin mata rosak dan mata kabur ~ Majlis Fatwa Kebangsaan

Tak tahu bezakan perbutan baik dan perbuatan buruk ~ macamana hendak buat kerja baik. Itu sebab terima cek tendang RM4 billion dulu ya?

Cermin mata PAS terang dan tidak rosak. Nampak semua nya. Jenis Bi fokal.

Cermin mata Majlis Fatwa (UMNO) jenis yang rosak, mata nampak sebelah sahaja, dan kabur.

Mana boleh beri fatwa.

Fatwa kebangsaan adalah mereka yang tidak ada kaki sebelah dan berjalan tempang.

Itu Nik Aziz kiaskan diatas fatwa kebangsaan yang dikeluarkan mengenai haram jadah nya Bersih 3.

Ok. Baik lah.

Beliau berkata beliau nampak UMNO hendak jatuhkan PAS dengan mengadakan perjumpaan UMNO di Gua Musang dan RTC.

Mata dia dengan memakai cermin mata bi-fokal nampak perbuatan itu dengan jelas sebagai sebuah perbuatan provokasi atau sama jenis dengan demostrasi.

Dan menyamakan perjumpaan tersebut sama dengan tuntutan Bersih 3.

Dan sekiranya puak PAS menyembur air dan gas pemidih mata semasa perjumpaan UMNO dan RTC tentu perjumpaan itu menjadi kelam kabut.

UMNO hendak rampas kuasa PAS. Di bolehkan PAS mematah serangan itu dengan gas pemidih mata dan menyembur air. Itu yang tidak kabur lah. Pakai sepuluh cermin mata dalam satu masa kut.

Tetapi kenapa mereka tidak buat begitu. Cakap sahaja itu jenis demostrasi?

Sebab perjumpaan itu adalah perjumpaan atau aktiviti sebuah parti. Perjumpaan kepartian. Bukan perjumpaan jenis demostrasi. Tetapi beliau andaikan sebagai demostrasi. Ini semua jenis pakai cermin mata terlampau banyak lapis, hingga benda tidak betul menjadi betul.

Semasa PAS datang bersembahyang hajat di Stadium Shah Alam, dan lain lain perjumpaan kepartian PAS, kerajaan pusat tidak pernah mengunakan polis bagi menyembur air atau gas pemidih mata. Sebab itu adalah kegiatan parti PAS.

Siapa hendak peduli, kan?

Sembahyang lah engkau orang, saorang pun tidak masuk campur.

Tetapi, bersih seperti kata the Economist, mempunyai niat untuk mengacau bilau kan negara dan berhasrat untuk mengambil alih negara dengan kekerasan, bukan dengan undi. Mana sama jenis sebegini.

Apa PAS sudah tidak berasa selamat dengan undi kah sehingga hendak menjatuhkan negara dengan kekerasan? Tahrir Square lah tu? Biar betul fikiran tuh. Jangan kabur. Mata kabur baik sikit dari fikiran kabur. Faham tak, bro?

Tiada siapa kisah apa yang diperbuat oleh PAS. Jikalau kegiatan PAS itu baik untuk semua, orang akan terima PAS dengan mengundi parti itu.

Yang menjadi masaalah, segala perbuatan PAS semenjak kebelakangan ini sudah terpesong jauh dari landasan serta janji janji mereka kepada ahli dan para penyokong.

Dulu Islam kini bukan Islam dah, parti berkebajikan.

Semua orang nampak itu.

Mereka pun pakai bi-fokal seperti Nik Aziz.

Apa ingat mereka semua ini ketinggalan zaman kah?

Jangan lah begitu, cuba lihat macamana negeri yang anda perintah.

Pakailah cermin mata yang lebih baik dari Bi-Fokal itu. Atau pakai sepuluh cermin mata.

Supaya tidak kabur, dan cuba check cermin mata yang dipakai tu, adakah sudah tidak mempunyai kuasa yang sesuai dengan mata tuan punya diri.

Semoga nampak dengan lebih jelas.

Jangan kata orang lain mata kabur.

Jikalau mata diri sendiri pun lebih kabur dan kurang kuasa lihat yang sempurna.

Dan fikiran kabur lagi lah susah, kerana macam mana hendak hendak letakan cermin mata di hati tuan? Hendak gantung dimana?

Malu kepada seekor semut yang amat jelas penglihatan tanpa cermin mata bi-fokal.

Salam, jangan marah ya.

One thought on “Cermin mata bi-fokal ~ PAS Vs cermin mata rosak dan mata kabur ~ Majlis Fatwa Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s