Business besar mengawal selia syaitan dalam manusia.

Mahu tidak mahu, dalam kehidupan kita bermasyarakat, kita terpaksa mengawal selia syaitan didalam manusia semenjak mereka menyatakan keengkaran untuk tunduk kepada umat Adam yang disuruh tuhan.

Dan mengawal selia syaitan didalam manusia itu telah menjadi satu jenis perniagaan yang amat besar berjumlah berbillion billion ringgit dimana mana sahaja didunia ini.

Lihat, di kawasan perumahan kita disini, dari sebuah taman perumahan aman telah menjadi satu kawasan yang yang telah dikawal oleh pengawal dan dipagar.

Mengapa?

Kerana, ianya bagi mengawal syaitan di dalam manusia yang ingin merosakkan kehidupan kemanusian seperti mencuri, merompak dan merogol.

Itu semua kesan kemusnahan awalan yang harus dikawal selia dan, mengawal selia kegiatan itu memberi peluang perniagaaan besar kepada sebahagian umat manusia lain.

Dan manusia juga bergerak siang malam diatas sebab dari bermacam macam keinginan. Diantara nya keinginan yang didorong oleh syaitan.

Menjadi kos yang amat besar kepada masyarakat manusia keseluruhan nya untuk mengawal keinginan manusia yang didorong oleh syaitan dan iblis ini, termasuk skim pembayaran gaji kepada anggota polis dan tentera, yang mana setiap kita perlu mengagihkan wang pendapatan untuk membayar cukai yang digunakan oleh sebuah kerajaan supaya membentuk satu kementerian kepolisan mengawal selia keamanan dari dihancurkan oleh keinginan syaitan dan iblis di dalam manusia.

Hari ini, kita akan terus membayar kos yang tinggi kerana terpaksa membayar gaji kepada anggota polis serta unit keselematan yang lain bagi mengawal selia keinginan kelompok syaitan didalam manusia yang akan berdemostrasi di Dataran Merdeka.

Susah manusia jikalau syaitan itu menjadi “boss” diri mereka, bukan sahaja kepada kita yang tinggal berdekatan, tetapi semua anggota masyarakat terpaksa membayar harga yang mahal.

Itu lah dia janji syaitan kepada tuhan. Iaitu memusnahkan manusia. Dan untuk memusnahkan manusia mereka masuk kedalam manusia dan menjadi kan manusia sebagai syaitan.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s