Mengapa PAS bertahan 21 tahun di Kelantan?

Orang luar atau penghijrah itu pun Alien jugak, tetapi kenapa Mat Sabu atau  Mat Budin boleh menang di Kelantan? Tak Patut.

Dalam memikirkan mengapa sesuatu sitiuasi itu berlaku, harus kita melihat keadaan keseluruhan kemasyarakatan umat Melayu Kelantan.

Melayu Kelantan terkenal dengan berhijrah, berniaga dan suka meninggalkan tempat mereka menerokai bidang baru walupun dimana sekali pun.

Mereka yang bertali baur dengan masyarakat Melayu Petani, suka berhijrah keluar negeri dan mempraktik merendah diri dalam semua sitiuasi.

Jikalau dilihat dengan terperinci, kalangan mereka ynag berhijrah berasal dari Kelantan adalah lebih sejuta umat. Kelantan mempunyai penduduk lebih kurang 1.7 juta penduduk sahaja.

Kaum yang telah merantau keluar negeri telah menikmakti berbagai bagai kemudahan yang jauh lebih baik dari apa yang terdapat di negeri Kelantan. Itu tidak dapat di kata kan tidak betul.

Mereka ini menjadi tali penyambung kesenabungan famili anak anak negeri Kelantan. Walau pun demikian perubahan social yang amat ketara diantara mereka ini dengan penduduk tetap Kelantan amat meruncing tinggi.

Sesetenggah waris Melayu yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur misalnya, amat janggal tinggal bersama keluarga mereka di kampung dan dengan kuasa ekonomi yang lebih baik ramai diantara mereka tinggal di hotel hotel di Kelantan semasa bercuti dan tidak bersama ahli keluarga di kampung.

Ini juga kerana anak anak mereka amat tidak sesuai untuk tinggal bersama ahli keluarga di kampung yang tidak mempunyai peralatan moden seperti tandas dan lain lain lagi.

Perubahan social diantara mereka dengan ahli keluarga di Kelantan menjauhkan lagi tali persaudaraan mereka secara dekat. Dengan ini, ramai ahli keluarga mereka di Kelantan tidak dapat diterima sebagai ahli atau ketua didalam sesuatu perundingan politik.

Sekiranya mereka ini menjadi ketua UMNO, misal nya, jalinan keluarga tidak boleh diguna pakai sebagai akrab dan tidak semestinya penduduk setempat dapat menerima mereka kerana didalam pandangan mereka seorang ketua yang menunjukkan sikap sebegitu hasil dari masaallah perbezaan social, tidak boleh diterima pakai dan di ngertikan sebagai “sitanggang”.

Siapa yang hendak pilih si tanggang?. Ramai yang tidak sedar perkara basik ini.

Ramai ketua UMNO dipilih dari kaum penghijrah. Kita seharusnya bertungkus lumus memberi peluang kepada para penghijrah pulang ke kampung bersama keluarga setelah mereka berjaya di luar negeri supaya menjadi satu famili yang lebih akrab dan senang diterima sebagai ketua sekira mempunyai prestasi yang baik.

Malang nya setelah menang meneraju Kelantan, kita tidak membuat tarikan kepada semua penghijrah pulang ke negeri mereka.

Sehinggakan mereka dari luar negeri Kelantan dari parti PAS dipilih sebagai Adun.

Tamparan kepada anak anak jati Kelantan.

Sungguh memualkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s