Umpan yang amat baik oleh pakatan ~ PTPTN

Email dari pelajar miskin.

PTPTN di selengara dengan Akta  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Merupakan perbandanan yang bertanggung jawab memberi pinjaman dan mengumpul dana seperti simpanan untuk kegunaan pelajaran ke Universiti dan Kolej.

Mereka yang terlibat adalah pelajar atau anak anak muda Malaysia dan perbadanan yang telah diushakan kerajaan.

Bila pakatan kata hendak hapus kan PTPTN, maka kami mempunyai pendapat yang berbeza beza.

Kepada mereka yang sudah berdaftar dengan Suruhan Pilahan Raya untuk mengundi,  mereka boleh mengundi pakatan sebagai protes keatas PTPTN.

Dari apa yang saya difahamkan, ramai berkata mereka akan undi pakatan. Dengan itu, kata mereka lagi, hutang PTPTN akan dihapus kerana pakatan akan menghapuskan PTPTN. Jikalau saya berhutang RM25,000 untuk belajar, dan undi pakatan, hutang itu habis di selesaikan oleh pakatan.

Jikalau BN memang, memang kena bayar pun. Sebab PTPTN itu adalah dari daya usaha pengubal undang undang BN. Apa salahnya mencuba dengan undi pakatan sekali. Nasib baik lepas ini tidak kena bayar PTPTN.

Walaupun  kami tidak ramai, tetapi ianya memberi peluang kepada kami mengundi pakatan sebagai protes tidak suka berhutang wang PTPTN. Bukan tidak suka jasa baik PTPTN,  tetapi kami tidak suka terdedah kepada hutang.

Atau adakah perbadanan ini digunakan sebagai “SPV” bagi mencari keuntungan diatas kesusahan pelajar miskin?

Atau adakah pengubal undang undang cuba mengunakan peluang keemasan dengan mencari keuntungan besar diatas kesusahan orang orang miskin?.

Atau cuba menyediakan satu jenis egen jeti secara kecil kecilan dahulu untuk rakyat kah?

Disini diharap BN yang telah meluluskan Akta itu pada tahun 1997 mengemukakan jawapan dari “think thank” yang telah mengkaji, mempraktik dan meluluskan Akta itu diparlimen supaya ramai dari kalangan anak muda seperti saya faham mengapa kami dan mereka semua perlu berhutang.

Sekian:

Pelajar miskin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s