Aku dapat duit MARA dua puluh ringgit sebulan. Lepas itu semua free.

Cuba tanya macam mana aku dapat duit.

Jawabnya , senang, aku dapat duit MARA RM20 sebulan, dan makan roti telur dan air sirap setiap makan tengah hari.

Dan aku belajar dalam Kolej REDA, free, tak payah bayar yuran guru guru serta tempat belajar. Aku bayar duit yuran RM15 setahun untuk membuat atur acara pada hari hari Kemerdekaan Malaysia.

Tanya engkau, dimana dapat duit.

Mesti dijawab dari duit PPTN. Apa kah itu PPTN. Jawabnya, duit kerajaan bagi MEMBANTU orang miskin menikmati sistem pembelajaraan di dalam Negara Malaysia. Itu perkataan BODOH. Membantu.

Tanya balik. Apa aku buat selepas itu.

Aku menjadi orang seperti orang orang Cina, India dan Mat Salleh sebelum ini jadi. Iaitu, doktor, jurutera, arkitek, doktor filasafah, peguam, pakar makanan, dan semua pakar pakar di antara yang lain lain.

Apa aku buat selepas itu. Aku menjadi bahan pameran kejayaan kerajaan menukar kaum miskin kepada professional.

Sistem yang diubah suai itu tidak menjamin kejayaan selepas itu didalam sebuah negara yang mengamal monopoli, feudalism, dan sanak saudara rapat, didalam pemberian kerja. Sistem monopoli yang dibenar oleh kerajaan itu tidak selari dengan sistem pembelajaran percuma yang diamalkan oleh pemimpin yang lepas lepas. Sebabnya, pemimpin sekarang lebih pandai mengolah cerita menjaga hal ehwal ekonomi. Ekonomi diri sendiri.

Itu sebab ada duit PPTN.

Jikalau tidak berjaya setelah menjadi professional, macam mana hendak membayar balik duit PPTN?.

Jawabnya tak perlu atau payah bayar. Jangan fikir pinjam harus bayar. Sebab kita berhak kepada pembelajaran percuma. Semua berhak kepada pembelajaran percuma. Kenapa, lepas berjaya kamu semua dipaksa bayar cukai pendapatan. Semakin maju semakain banyak. So, apa bayar bayar yuran untuk belajar ke universiti? Hendak bayar dua kali dalam hidup ini kah?. Bodoh. Tak perlu bayar, ambik sahaja, seperti lembaga hasil dalam negeri ambik dari anda.

Ini dia persoalan yang harus difikirkan oleh semua. Jikalau berjaya menjadi professional mengapa harus di pertahankan sistem monopoli. Mereka yang tidak professional diberi kerja sebagai professional. Contohnya, pegawai pegawai menjaga hal ehwal memberi kerja tidak kira dimana, bank kah, glc kah semuanya, mengunakan sistem panel, dimana dengan ada sistem itu mereka juga menjadi saorang professional dan layak untuk mendapat sebahagian dari upah itu. Menjadi Mr Percentage Man. Dimana sahaja ada Mr percentage man. Pergi lah tengok sendiri.

Tidak hurmat langsung kepada kepandaian umat yang cerdik. Tidak ada rasa malu kepada diri sendiri.

Ini dia corak pemerintah kita sekarang ini menjaga hal hal micro didalam negara kita. Iaitu, corak bagi mereka yang tidak berjaya. Kenapa?. Sebab mereka adalah kaum feudal. Kaum kaya raya dahulu kala.Kaum terhurmat. Kita kaum terlaknat. Kaum miskin. Nama pun tidak professional. Macam mana hendak jadi professional. Keladi Bin Upeh, Mat Tom bin Jeruk, Cik Ton bte Tunggul. Tidak layak pada nama dan  pada akal. Kata mereka.

Bila menjadi pemimpin melantik adik beradik kerana mereka professional. Dan adik beradik melantik kaum kerabat kerana mereka professional. Bila mendapat hasil diberi kepada anak beranak. Ini dia mengapa sistem PPTN tidak akan berjaya.

Itu bukan persoalan besar. Biar mampus professional ini. Kerana mereka Melayu. Yang menjadi persoalan ialah bagaimana hati hati pemimpin sekarang ini boleh melihat Melayu miskin memimjam duit untuk belajar.

Bagiro. Hati kering. Hati jenis yang tidak ada cermin bersih.

Tengok. Bila bagi kerja, tak kira bagi kerja untuk jaga lembu ke atau jaga GLC, semuanya kerana professional. Diatas professional itu ada pula professional untuk dapat duit dan jaga ahli keluraga terdekat. Sistem ini sistem yang perlu diubah. Dan bagaimana hendak mengubah jikalau semua pemimpin adalah dari jenis semacam ini.

Hendak tolong orang miskin konon. Aduhai kesian orang orang yang betul miskin macam aku. Ikut kena tipu tak ikut lagi lah kena tipu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s