Bbageh- tok bbageh orang pertama Kelantan jumpa alien outer-space.

Jangan tidak percaya.

Betul, nak. Orang Kelantan yang pertama di Malaysia bertemu dengan alien dari outer space. Mana ada orang lain. Tak der.

Sebab itu lah pada mereka yang tahu, mereka bercakap bahasa alien. Dan banyak alien di Kelantan keluar berjalan jalan mencari buah epal untuk makan petang.

Bila berjumpa mereka bertanya “gguano mu, uaat gapo dok sorang sorang”.

Orang Kelantan yang telah biasa akan jawab, “tak uaat gapo bey, dok nenggak jah ni”.

Jikalau jawab lain dari itu, jawab nya “demen”.

Bila demen, kena panggil “Tok Bbageh” untuk membaik pulih urat saraf.

Benda yang digunakan untuk mengubat orang kena serang alien mestilah berunsur dari outer space. Seperti telur dua biji, mengambarkan dua planet tempat mereka datang, jarum beberapa batang, menandakan jenis peralatan perang orang alien di negara mereka, dan duit beberapa helai, menandakan alien sudah ada di Kelantan dan perlu duit.

Jangan kata karut, orang Amerika sudah beribu kali jumpa alien. Orang lain lain pun sama, China pun jumpa alien, dan di Malaysia orang Kelantan sahaja yang telah jumpa dan menjadi sahabat baik dengan mereka turun temurun.

Tengok, calun PAS dari luar, orang Kelantan boleh terima orang luar sebab mereka sudah kenal sangat dengan alien.

Mereka mengajar Ayah Pin sedikit masa dulu tentang macam mana mereka hidup di langgit. Tengok ada kendi besar Ayah Pin buat untuk mereka minum teh tarik. Mereka juga telah ajar Tok Guru Tok Guru dan Tok Bbageh macam macam benda yang kita kata pelik. Mereka tidak heran sedikit pun dengan karipat Elizabeth Wong.  Karipap alien lagi lah besar dan sedap.

Mereka ajar supaya minum air jampi, untuk menguatkan nafsu shawat. Mereka mengajar macam mana bercakap saorang saorang supaya kita boleh berjalan masuk “black hole” untuk merintasi sempadan dunia dan akhirat. Siapa yang pernah buat macam benda ini di Malaysia, jikalau tidak orang orang Kelantan sahaja. Itu sebab mereka tahu bahawa anda boleh masuk neraka, sebab mereka sudah pergi kesana melalui “black hole” atau lubang cacing yang menyambung semua tempat di cakrawala dengan dunia di Kelantan.

Itu sebabnya mana ada orang lain tahu perkara masuk surga dan neraka, jikalau tidak orang orang Kelantan sahaja.

Tok Bbageh bila berpusingkan kepala dia, itu menunjukan bagaimana keadaan dia semasa didalam perjalanan naik talian, seperti naik bas didalam lubang cacing itu. Bila terlalu kuat pusingan kepala dia, ini bererti bas yang dia sedang naik itu seolah olah rosak sub-absorber atau tayar bas yang tidak pernah di buat alignment.

Bila dia berpusing ringan ringan dia sedang naik Air Asia. Huh, macam tu.

Memang orang Kelantan tahu benar tentang alien dan mereka lah yang pertama bertemu dan bersaudara dengan kaum alien dari outer space. Ini sudah lama dik, jangan tidak percaya. Ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s