Saya hendak sembahyang di Masjid Stadium Bukit Merbau, Pasir Puteh

I hb Marc 2012.

Saya telah menaiki bas.

Dari Stadium Bukit Jalil ke Kota Bahru.

Dari Kota Bharu naik kereta private sapu  ke Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Oleh kerana tertarik dengan perancangan PAS negeri Kelantan membina sebuah masjid di dalam Stadium di Bukit Merbau,  Pasir Putih, saya amat teruja dan mengambil peluang untuk berjemaah disitu.

Sungguh indah masjid itu. Lihat gambarajah di atas. Pandang dan lihat sekali semacam stadium, tetapi apabila di lihat sekali lagi semacam masjid. Jikalau dilihat beberapa kali anda tak nampak apa apa. Macam kereta Mercedes jenis baru illuminous.

Siapa boleh berfikiran sebegitu. Hanya PAS boleh.

Sampai sahaja di Bukit Merbau, saya memasuki ruang masjid dan disitu ada penyambut tetamu yang memakai jubah kemas, bertatah belian telah bersedia memberi arah tuju jalanan di dalam masjid.

Bila ke tempat wudud, air nya berpancut sendiri. Tanpa disuruh suruh. Sebut sahaja berkeinginan untuk mengambil wudhu, air pun terpancut keluar. Sungguh moden. Kemasan dalaman pula adalah setaraf dengan Bangunan Clock Tower di Mekah.

Sesungguhnya didalam masjid itu anda boleh lihat “live’ pergerakan orang tawaf di Mekah, setiap masa. Ini kata pengunjung, bagi mengambil semperna nama negeri Serambi Mekah.

Sekiranya ada boxing Siam di Hadyai, siaran langsung terus di dalam talian TV di stadium itu. Kekadang ada advertisement besar, “banyak ayam disini” oleh Nandoss.

Dan apabila anda keluar masjid anda merasa anda berada didalam Stadium pula. Anih. Acara lari pecut, atau pecut basikal pun ada di semua laluan larian. Dan disebelah kanan nya terdapat perlawanan bola diantara Kelantan FC dengan Manchester United, dimana Kelantan FC mendahului dengan bilangan gol hampir hampir 20 /0. Saya lihat, ini bukan lah kerana Manchester United tidak kuat, tetapi kerana setiap kali wisel ditiup oleh pengadil, pasukan Kelantan FC dilihat memasuki masjid untuk bersembahyang hajat. Strategi Kelantan FC nampaknya menjadi jadi pada hari saya melawat tempat itu.

Sesekali ternampak pelari yang berjubah berjoging sekeliling masjid, dan sesekali nampak mereka berlari mengikut belakang peminat setia Kardashian berjogging senamrobik dengan memakai seluar pendek dan bertudung kepala lintup.

Anda boleh bergerak disekitar stadium dengan menaiki escalator, tanpa harus berpeluh serta semua bangunan itu berhawa dingin yang amat salju. Kekadang “snow” pun ada. Amat menarik perancangan pembangunan Stadium Masjid Bukit Merbau.

Di Stadium Bukit Jalil banyak surau yang boleh digunakan untuk sembahyang jemaah pada bila bila masa. Tetapi Stadium Bukit Jalil amat lah low-class jika dibandingkan dengan Masjid Stadium Bukit Merbau. Di Bukit Jalil ada surau sahaja. Di Bukit Merbau, macam macam ada.

Anda harus datang sendiri untuk melihat nya. Sungguh indah dan mengasyikan. Bagaikan bulan jatuh ke riba!.

Begitu lah bagaimana baik nya idea yang diilhamkan setelah mengamal tidur diatas riba isteri isteri. Cuba lah.

One thought on “Saya hendak sembahyang di Masjid Stadium Bukit Merbau, Pasir Puteh

  1. ooooooooooooooooooooohhhhh………bila membaca luahan ini x terfikir dalam hati kita…boleh mcm tu…jadinye….moga-moga ape yang dicitekan…akan kesampaian akhirnye….tapiiiiiiiiiii…….jika longgok je lebih…isi x de…pergggggggghhhh……memang dah dari dulu apppeeeeee….pun x boleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s