DAP Penang kong kali kong jugak!!

Cabut dari DAP, jimat RM600 sebulan duit internet dan duit belanja makan di KFC

Ketua ketua politik hebat Abad ini.

Dari debat yang kita tengok, walaupun mereka bercakap dalam  bahasa Shanghai, kita boleh membuat gambaran bahawa kerajaan DAP di Pulau Penang itu bunyi sahaja gah, tetapi, sebaliknya sebuah kerajaan “kong kali kong” juga rupa nya.

Gambaran ini boleh dihayati setelah Lim Guan Eng, setiausaha agong DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Penang, berbelit-belit menjawab soalan mengenai beberapa perkara penting seperti janji janji mereka dalam manifesto pilihan raya 2008, termasuk janji memansuhkan toll.

“Janji tinggal janji”. 

Dalam hal hal lain, beliau juga terserlah sebagai seorang yang mengamal perkauman setelah menyoal kenapa orang orang Melayu tidak di bawa ke muka pengadilan di dalam kes PKZ.

Aneh nya mahkamah pun tidak ada menyebut pertuduhan seperti yang di ketengahkan oleh beliau tetapi beliau walaupun di sebut sebagai peminat setia kalifah Islam tersohor mempunyai hati buruk sangka kepada orang orang Melayu.

Beliau selalu menyentuh soal rasuah, dan setelah ditanya tentang penglibatan DAP mengenai tuduhan rasuah di dalam kerajaan negeri negeri Selangor, Pulau Pinang dan juga Kedah, beliau mengambil jalan dengan tidak menjawab soalan soalan yang berkaitan. Baru 3 tahun sudah ada kedengaran isu rasuah. Jikalau 63 tahun tentu lah lagi banyak kerenah rasuah!.

Apa yang terserlah di persembahan debat semalam DAP telah banyak mempengaruhi kaum Cina mengundi mereka berasaskan kepada benda benda yang belum tentu betul dan dari sentimen perkauman yang di gembar gembur semata-mata sahaja, seperti yang terserlah dari perilaku mereka di debat itu.

Bila di beri peluang memerintah mereka mengalami kepayahan untuk betul betul memerintah dengan baik, seperti kata kebanyakan orang Kuala Lumpur jenis “kong kali kong” juga adanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s