Jepun negara Islam yang tidak mempunyai orang Islam – la patut lah Mahathir suruh pandang ke Jepun!!

Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Moh...

Image via Wikipedia

Ini apa cerita nih.

Mahathir lebih Islamik dari pak-lebai pak-lebai berserban yang tampil berislamik. Dia lebih tahu nilai nilai Islam di dalam sebuah kehidupan. Dan hari ini beliau menegaskan bagaimana Amerika dan Europah ingin menghilangkan nilai-nilai Islam dari dalam negara Islam diganti dengan nilai-nilai Amerika melalui “regime change“.

Dan kepala kepada semua kepala yang dituju oleh Amerika dan Europah dari negara ini adalah kepala Annuar Ibrahim bagi menjalankan agenda “regime change” mereka.

Cuba kita lihat apa kah nilai-nilai Islam itu?.

Dimana pola kehidupan sebuah masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai disiplin, kebersihan, tanggung jawab, rasa malu, keramahan, kebersamaaan, ketenteraman awam, kertertiban lalu lintas, kenyamanan persekitaran, kreativiti, kerja keras serta cinta pada alam, seni dan pengetahuan. Sistem nilai ini di damba oleh semua umat manusia dan benar -benar bersifat Islamik.

Ada kah nilai nilai ini bersama kita?. Kita boleh mengukur dimana letaknya keislamikan sesuatu kehidupan berdasarkan garis panduan nilai-nilai yang disebut itu, dan semestinya, sesetenggah kawasan yang kita diami di Kuala Lumpur, terutama di Putra Jaya telah pun mempunyai kesemua nilai-nilai kebaikan itu.

Sebab apa?.

Sebab para pemikir dan pemerintah BN yang diterajui oleh UMNO berfikiran luas, seperti yang ditunjukkan oleh kekuatan minda, semangat kreativiti serta kuat kerja Tun Mahathir bagi melahirkan generasi Islam yang lebih produktif dan berjaya didalam kehidupan. Menuju Jannah.

Semua nilai nilai baik ini terdapat di negara Jepun. Mereka lebih Islamik daripada pak lebai pak lebai kita. Mereka mengecapi taraf kehidupan yang mesra alam sehingga ada yang berumur panjang dan dimurahi dengan limpahan rezeki yang banyak kerana nilai kuat berkerja seperti mana yang di suruh oleh semua penganut agama Islam.

Tetapi mereka bukan Islam. Alangkah baik nya sekiranya mereka itu Islam!.

Tetapi mereka mengamal nilai nilai Islam yang lebih baik dari apa yang telah terbina selama 20 tahun di Kelantan.

Lihat.

Jadi mengapa kah kita perlu ubah fikiran kita dari mengamal sikap terlalu kepuakan serta kenegerian semata kerana ingin membangunkan nilai bersama tok lebai, sedang sikap serta pemikiran mereka cenderung kepada berpolitik di atas nama agama dan bukan berpolitik memeriahkan atau memajukan nilai nilai kehidupan Islam seperti diatas?

Lagi bercelaru kerana, nilai nilai yang baik ini hanya terdapat disesuatu tempat, bukan menyeluruh keseluruh negara, disebabkan oleh kerana kefahaman kepada nilai nilai ini berbeza dengan ada nya perbezaan puak puak dari negeri negeri yang berlainan fahaman serta parti parti politik yang tidak mesra alam dan chauvinist.

Semua ini hendak ditukarkan kepada sistem atau nilai nilai lusuh dari Amerika dengan “regime change?”.

Mengapa mereka tidak tukar kehidupan orang Jepun?

Kerana mereka itu dari sebuah negara bukan Islam.

Kesian PAS, belum tahu macam mana hendak membangunkan nilai nilai itu di Kelantan telah pula disuruh oleh Amerika tukar kepada nilai nilai lusuh seperti yang terdampar didepan mereka sekarang ini melalui parti parti terdesak yang tidak mesra alam. Pluralisme, sex bebas, dan sebagainya.

Hancus negara kerana ramai orang PAS disempitkan fikiran.

Sayang nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s