Malam menyambut hari “suami dan isteri2” – valentine day.

bini ada empat, aduh macam mana nih

Ini yang susah hendak ikut cara PAS nih.

Salleh Yaakob kena cari 4 jambangan bunga, dan setiap bunga mesti mengikut selira bini bini dia, terutama tentang gubahan nya, letak bunga nya, jenis pasu nya, kolor bunga nya dan cara menyampaikan nya supaya isteri pertama tidak berjelira untuk memarahkan isteri kedua. Dan begitulah seterusnya, kepada isteri ketiga dan keempat. Tentu lah banyak belanja. Tak pasal pulak.  Dari tiada hari suami dan isteris isteri, jadi ada pulak hari hari semacam itu.

Besuk sudah 14 habulan Februari, dan hari itu akan disambut pada esok hari. Bunga belum ditempah dan bini bini belum mengetahui rancangan hari suami isteri isteri nih.

Hey, ramai lagi pemimpin pemimpin PAS kena bertindak hari ini untuk buat “order” bunga sama ada satu jambangan, dua, tiga atau empat. Bagi mereka yang keempat empat isteri mereka tidak dapat bersua muka, kerana berbeza “politik rumah tangga” akan penat lelah lah sisuami, untuk “repeat” kerja bagi bunga kepada isteri bermula hari esuk.

Sekiranya mereka itu guru besar, tugas bagi bunga akan lebih baik kerana sudah biasa dengan kerja menyampaikan bunga kepada pelajar cemerlang di sekolah sekolah masing masing. Tetapi kerja bagi bunga kepada para isteri ini amat lah rumit sekali sekiranya politik rumah tangga tidak mengizinkan.

PAS ada bagi elaun bantuan rakyat khas (special elaun) ke, mana lah tahu kut kut ada BERISI (beri bunga suami isteri). Saya rasa PAS akan bagi kut, mereka suka ikut ikut cara orang lain, bukan cara yang di fardukan.

Atau mungkin kena ditambah syor hari suami isteri isteri nih. Hari suami isteri isteri harus di lakukan pada lima tarikh yang berbeza. Hari musim bunga, untuk bini yang ketiga (hati sisuami berbunga untuk khawin keempat). Hari musim sejuk untuk bini yang termuda atau yang keempat (terlampau sejuk sudah tidak ingin khawin baru). Hari musim panas kepada bini kedua (isteri kedua asyik marah untuk khawin isteri ketiga). Dan hari musim luruh kepada isteri yang tertua (sudah mono-pause!!).

Hari kelima adalah diadakan pada musim bah besar. Iaitu menyambut hari itu kerana semua isteri sudah tua tua, walaupun nama isteri nya isteri muda.

Itu lah sebabnya, sebelum hendak buat hari hari penting semacam ini, kena fikir cara Islam. Dan Islam tidak larang khawin empat. Jikalau tidak ikut cara Islam, sudah tentu berkecil hati semua isteri kedua, ketiga dan keempat. Walau pun isteri muda itu umur nya sudah tua. Mana lah tahu isteri tua yang disambut pada hari suami isteri pada musim luruh betul betul luruh dan boleh lah si suami mencari penganti untuk musim sejuk.

Wa kah kah kah. Pendek nya fikiran pereka hari suami isteri nih. Dah tu nak dibuat macam mana!!!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s