Apa salah beli rumah PPR-MTEN dan PA DBKL

Negara maju seperti Britain, dimana permasalahan perumahan rakyat termiskin dikawasan bandar diberi pertimbangan yang amat besar oleh kerajaan yang perihatin kepada masaalah rakyat mereka, terdapat banyak “council housing‘ atau perumahan awam yang disewa kepada mereka dengan kadar dibawah harga pasaran.

Penyewa juga dibenarkan membeli rumah rumah mereka diami itu melalui skim “leasehold enfranchisement” dimana sewa terdahulu yang dibayar diambil kira sebagai wang pendahuluan.

Disini, kegelisahan penyewa “council housing” keatas kemungkinan di keluarkan dari unit perumahan awam itu diatas faktor pembangunan semula kawasan mereka diami reda setelah mereka menjadi tuan rumah atau pemilik bersama hartanah berstrata setelah membeli unik unik yang mereka diami.

Dari segi penangungan aset, kerajaan tempatan yang menyediakan perumahan awam itu akan lerai dan hasil jualan boleh digunakan untuk membangunkan kawasan perumahan baru yang serupa dikawasan lain. Ini kerana jumlah peningkatan  mereka yang kurang mampu membeli rumah semakin bertambah dari tahun ke setahun mengikut keadaan ekonomi sebuah bandar, sementelah pula harga seunik rumah keluarga melambung tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Pihak kerajaan tempatan (council) juga boleh mengunakan aset pengurusan mereka mengurus rumah rumah awam lain dan mengembangkan penjanaan ekonomi didalam industri pengurusan hartanah kepada pihak swasta yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada penghuni atau pembeli dikawasan tersebut.

Di Malaysia “council housing” atau perumahan awam  diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terletak dikawasan strategik di merata tempat di bandaraya, dan kegunaan tanah telah mengembang keparas yang tinggi setelah lokasi tersebut menerima tekanan dari pengusaha yang lebih berpotensi seperti digunapakai sebagai tanah komersial.

Mereka yang mebeli ruang strata perumahan awam tentu nya mendapat faedah besar, pertama nya nilai sewa unit mereka itu yang terletak didalam kawasan bandar akan meningkat berkali ganda dari paras yang rendah dengan subsidi dari DBKL. Dengan pengurusan hartanah yang baik, dan kenaikan sewa, harga rumah rumah itu juga akan meningkat berkali ganda mengikut permintaan pasaran semasa dikawasan sekeling bandar.

Bagi saya, mereka yang menduduki rumah yang disubsidi oleh “local council” amat lah bertuah kerana dibenarkan membeli sebuah rumah yang telah lama didiami mereka. Jiakalau tidak, “local council” boleh menjana kewangan yang lebih baik dan tinggi dengan mengubah syarat tanah kepada yang lebih berpotensi kerana lokasi penempatan perumahan awam sekarang ini adalah didalam kawasan strategik di bandaraya Kuala Lumpur.

Usaha kerajaan bagi memberi pertolongan kewangan kepada mereka ini amat di alu alukan. Dan, semenang memberi pertolongan kepada golongan yang miskin itu adalah satu usaha murni, mencerminkan bahawa bukan sahaja mereka yang beragama Kristian di England boleh melakukan kebajikan jariah, malahan kita yang beragama Islam juga perlulah perihatin kepada permasalahan penduduk bandaraya yang diklasifikasikan sebagai tidak mampu.

Pihak pembangkang yang terus memainkan perasaan politik sempit tidak harus dibiarkan mengambil tempat dihati rakyat miskin, usaha murni kerajaan harus dilihat sebagai memberi kesejahteraan kepada rakyat berbagai kaum mengambil kira kelangsungan mereka dalam jangka masa panjang tanpa mengira keuntungan kewangan dari skim perumahan awam.

Syabas BN.

Council House

Council House (Photo credit: ljsinoz)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s