Fakta sejarah penting seperti ilmu sain dan kemanusiaan

The bronze sculpture of Hang Tuah in Muzium Ne...

Image via Wikipedia

Bila professor terkemuka dan ahli sejarah Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim mengatakan Hikayah Hang Tuah adalah mitos sejarah Melayu yang diasaskan dengan cerita penglipur lara tanpa fakta sahih ramai yang bersetuju dengan pendapat beliau.

Beliau juga berkata, hero hero di Malaysia, seperti Dr Latif, iaitu Doktor Melayu yang pertama harus dikenali oleh para ahli masyarakat.

The real one lah.

Fakta sejarah dari tulisan sahih semasa Maharaja Cina membuktikan bahawa Sultan Melaka kedua pernah melawat Cina. Tetapi tiada apa apa catitan penting mengenai Hang Tuah.

Dari segi logik berasaskan tamaddun manusia persahabatan yang karib tentu nya mempunyai hubungan akrab dan tidak mudah dipatahkan, kecuali terdapat kecurangan diantara mereka seperti kawan kawan rapat Datuk Seri Annuar Ibrahim.

Disini, kawan kawan baik beliau sendiri menjadi pembelot, seperti menyerahkan vedio sex kepada umum sedangkan kawan beliau sendiri bersama beliau semasa aksi tersebut.

Dari cerita penglipur lara kita difahamkan Hang Tuah diarah oleh Sultan Melaka untuk dibunuh dan beliau melarikan diri ke gunung. Apabila ini berlaku, Hang Jebat sahabat baik beliau telah memberontak seperti ketua NTC di Libya dengan melawan boss atau Sultan.

Jikalau berlaku di zaman ini, sekarang ini, ok, tentu lah NATO masuk campur menolong Hang Jebat. Dan sudah tentu Sultan Malaka akan menjadi orang pelarian seperti Osama Ladin. Dan beliau harus di bunuh dengan bom dari pesawat tanpa pemandu (PTPemandu). Hancur Sultan Melaka.

Tetapi oleh kerana ketua NTC semasa itu hanya pakai keris sahaja, ramai orang Melayu yang berpihak kepada Sultan di cucuk dengan keris. Jadi, tidak lah ramai yang mati. Jikalau ramai yang terbunuh, tentulah Sultan semasa itu kena cucuk punggung seperti Gaddafi.

Cerita penglipur lara itu tidak menyebut Sultan kena cucuk punggung semacam Gaddafi.

Berontak punya berontak, tetiba Hang Tuah muncul.

Ini cerita macam mana ya?. Jikalau berkawan baik tentu lah terkejut beruk. Dan Hang Tuah boleh curi keris Taming Sari (entah Taming Sari ini atau Taming Sari 2, tidak tahu lah) dari tangan Hang Jebat, (sekarang alat kebesaran negeri Perak), dan terus tikam perut sahabat baik beliau, Hang Jebat. Kojol. Bila Hang Jebat kojol , Hang Tuah menanggis. La, semacam jer cerita nya.

Nasib baik penglipur lara tiada menyebut selepas di tikam Hang Jebat jadi batu. Tetapi di Melaka ada satu tempat nama Tikam Batu. Jikalau para penglipur lara cakap gitu ramai percaya ooo, kerana ada tempat nama Tikam Batu di Melaka.

Hang boleh buat tak cerita seperti ini kalau ianya real punya?.

Apa penglipur lara ingin beritahu, hang ikut lah apa Sultan suruh, walaupun Sultan suruh hang di pancung.

Oleh kerana tidak logik lah cerita semacam itu, maksudnya, kalau Sultan suruh pancung orang tidak tentu pasal, engkau ingat orang Melaka hendak jaga dia ker?. Tentu tidak. Sudah tentu undi dia merosot.

Sebab itu Sultan Melaka hilang entah kemana. Tiada siapa hendak jaga dia. Sehingga ada si Mamat dengan dua permaisuri berdayung di Sungai Melaka tempuh hari  membuat “claim” bahawa dia Sultan Melaka.

Ini sudah tentu hal penglipur lara dari istana yang hendak suruh kita “protect” Sultan kut, walau pun Sultan jenis “cap chee boo” punya.

Ini cerita Hang Tuah, Hang Li Po, semua ini. Entah lah, betul kah. Tak logik lah.

Engkau orang fikir macama mana?. Yang aku tahu Hang Jubur ada pada zaman ini.

Aku pun tidak pasti ada Hang Tuah kah atau tidak. Kubur ada, apacam check DNA, hendak ke tidak, sudah tentu tidak mahu bagi nyer, tentu kena pakai cara lain seperti ambik kesan di tuala ke, atau di botol air mineral ke!!. Tetapi ingat kesan di tuala atau di botol air mineral tidak boleh dipakai di dalam “Court” kerana tidak pasti sama ada sample itu tidak tercemar dan mahkamah berberatan untuk membuat keputusan betul atau tidak hanya dari sumber sebelah pihak. Main tu.

Ini semua mungkin mitos penglipur lara kot!. Hang cakap lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s