Udang dan ikan kembung – umpan pancing di kolam

sea lionsBila memancing di kolam ikan air masin, udang sungai hidup dan ikan kembung menjadi umpan “favorite”.

Bila mengunakan udang sungai hidup, ianya di gunakan hidup hidup supaya umpan itu nampak “real” dan senang di makan oleh ikan jenahak, kerapu naga, ikan merah, dan pari.

Udang di cangkut di mata kail. Mata kail di cucuk pada punggung udang melalui dubur, dan mata kail dikeluarkan sedikit di bawah perut udang.

Memang udang merasa teramat sakit kerana terkena cucuk di dubur dengan mata kail tanpa bius. Dan udang juga sering di lambung ke udara dan di jatuh kan kedalam kolam oleh pengail. Apabila udang terhempas dipermukaan air, tali perambut yang mempunyai batu pemberat mengheret beliau ke dasar kolam.

Udang dengan tiba tiba mengalami perubahan teknologi semasa hidup, kerana sebagai umpan, dia boleh terbang, sky diving dan melihat ikan besar besar mengejar beliau di dasar kolam, tetapi, malang kerana tidak dapat berbuat apa apa kerana dubur di kait dengan mata kail yang bertali ke tangan si pengail di tebing kolam.

Jenis lemparan ke dasar kolam juga berlainan, ada yang mengunakan pelampung dan ada yang mengunakan umpan dasar.

Umpan jenis semacam ini dikenali sebagai udang spisis Aspang. Iaitu jenis umpan spisis tua yang selalu nya telah hilang gigi, tetapi kerana inginkan teknologi moden untuk terbang, “sky diving”, dan dikejar oleh ikan ikan besar, beliau dipilih sebagai umpan “favourite”.

Semua orang suka mengunakan umpan udang.

Walaupun begitu sebagai umpan udang tidak tahu bahawa kepala beliau akan dimamah oleh ikan jenahak dan ekornya akan berkecai didalam mulut ikan besar itu. Selepas itu si pengail akan gelak ketawa keseronokan kerana umpan menepati sasaran dan mendapat habuan dengan mendapat seekor ikan besar.

Di akhirnya, ikan jenahak akan menjadi milik sepengail.

Kesian udang sungai jenis Aspang.

Manakala ikan kembung yang separuh mati yang digunakan sebagai umpan juga dikenali sebagai jenis  ikan Sakmenggong.

Juga mempunyai kehendak hati yang sama, cumanya sebagai ikan kembung yang hidup separuh mati, beliau tidak ada mempunyai apa apa pilihan selain di gunakan sebagai umpan.

Anda boleh lihat jenis pengail seperti ini di banyak tempat di Malaysia, terutama di kolam Sea Lion di Port Kelang.

Duit di kumpul dari hobi jenis ini oleh kumpulan Sea Lion, iaitu, nama kompani yang mengunakan nama binatang dari kutub utara adalah terlalu banyak. Dan banyak umpan yang disediakan, cuma nya nama Sea Lion itu bukan lah nama binatang tempatan. Ok.

Bye. Racin racin lah pancing. Bukan jadi umpan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s