Arah tuju bangsa Melayu selepas PRU 13

Peta politik bangsa Melayu selepas PRU 13 diramal akan menampakan persekitaran yang lebih padu dan jitu serta lebih mesra kepada kehidupan yang serata atau sama berat diantara dunia dan akhirat.

Parti PAS tidak lagi menunjukkan kemunduran berfikir didalam memperkenalkan Islam kepada masyararat umum yang terdiri dari berbagai bangsa dan agama.

Parti DAP tidak lagi berselera untuk mempamirkan keangkuhan bangsa Cina di negara Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu.

Parti UMNO tidak lagi angkuh dengan jasa lama yang telah banyak membangunkan bangsa Melayu era pemerintahan selepas merdeka.

Pengolahan diantara yang memerintah dengan pembangkang pemerintahan di zaman ini membawa kepada aliran berfikir yang lebih baik dari pada apa yang telah berlaku didalam corak pemikiran orang ramai sebelum ini.

Hak orang ramai dari sekecil kecil isu telah lama kelamaan mendapat pembelaan yang serius dari kerajaan, dari semasa kesemasa. Dan telah menghidupkan keiklasan untuk hidup berdamai yang berterap kan jati diri orang Melayu dari dulu hingga sekarang.

Orang Melayu telah mencapai banyak kebaikan didalam kehidupan hasil dari pergolakan yang sedang berlaku didalam proses poitik negara semenjak kebelakangan ini selain dari tindakan menyelaraskan kehidupan bangsa lain yang angkuh sebelum ini.

Kaum Cina sudah tahu bahawa sektor yang di monopoli oleh mereka selama ini  tidak lagi sesuai untuk digondol oleh mereka tanpa batasan. Kebebasan ekonom terbuka yang dicipta oleh pergolakan politik negara membuka ruang luas kepada bijak pandai dari semua bangsa terutama kaum Melayu yang lebih bijak didalam masyarakat untuk mendapat cita cita membangunkan masyarakat berteraskan Negara, Bangsa dan Tanah Air, tanpa membunuh kehidupan kemasyarakatan kaum lain.

Dan selamat maju jaya bangsa Melayu dan Malaysia. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s