Apa kena Greece?

Dancers

Image by Dr Max via Flickr

Apa kena dengan orang-orang Macedonian ni?

Zaman dahulu kala sangat hebat, kuat berkerja dan membina negara?

Zaman sekarang orang Macedonian ini suka rilek dengan duit orang lain. Jikalau hutang dibayar semua pun, tahun depan mereka kena bayar USD35billion hutang bond kerajaan dengan faedah sebanyak USD12 billion, walaupun mereka dijangka akan mendapat pertolongan kewangan dari tiga negara besar dengan bayaran USD12billion.

Pada tahun 2013, Greece tidak akan mendapat apa apa pertolongan dari 3 buah negara kuat (Amerika, Perancis dan UK) tetapi mereka terpaksa pula membayar hutang kerajaan dari bond yang telah dikeluar sebanyak USD44billion dengan kadar faedah sebanyak USD17billion. Bermakna Greece perlu sebanyak USD84billion untuk tahun fiscal 2012-2013, dan dengan kemudahan hutang baru Euros60-65billion yang dicadangkan semasa krisis baru baru ini mereka masih perlu sebanyak 20-35billion euros.

Bila mendapat persetujuan dari negara besar termasuk IMF tentang menyelesaikan masaallah hutang, PM Greece George Papandreou kata beliau kena mohon persetujuan kabinet. Bila dengar benda referendum macam ini, mengamuk lah negera maju kerana sebelum ini dia ikut sahaja bila hendak berhutang.

Mereka kena “privatisekan” segala bentuk firma kerajaan dan jual asset penting negara dan hasilnya boleh jadi ketahap hutang “zero-zero”, tetapi macam mana hendak start hidup baru? Para pekerja Kerajaan kena “bertelanjang bulat” bila berkerja dimasa masa depan seperti orang minyak.

Hidup tidak akan berakhir pada tahun 2013, apa jadi tahun 2014 apabila mereka perlu membayar kenaikan kadar faedah hutang berjumlah berpuluh puluh billion euros?

Ini lah dia bila orang purba cuba mengikut orang orang Allien dari Amerika, “hang pi hutang banyak banyak, naikkan gaji pekerja, naik kan gaji menteri, besarkan office dan buat jalan best best, lepas itu, hang enjoy sakan lah, hang pi main Cina Doll atau tengok dia orang menari nari, bab hutang hang jangan fikir kan lagi, ok?”.

Bila rakyat larikan cukai, kerajaan ternganga mulut. Bila sudah syok sendiri, siapa hendak bayar cukai, kerajaan manghadapi kerumitan memunggut cukai yang teruk semenjak 2005.

Pendapatan dari hasil tourism merosot, industri pula dikalahkan oleh Cina dan India, minyak habuk tidak ditemui di Greece.

Mereka berjalan jalan dan bersiar siar dengan duit hutang. Greece adalah sebuah negara maju dan salah satu negara berpendapatan tinggi, numbor 31 dalam dunia.

Kena tahu zaman sekarang negara yang ingin menolong adalah negara yang ada mempunyai niat tersirat. Allah jangan pergi jauh jauh sangat, didalam meminterpretasikan hal hutang ini, kita di dalam adik beradik pun, jikalau hang joli sakan, tidak ada adik atau abang hang hendak tolong nya!.

Kita pun ingin menjadi semacam mereka, maksud saya, ingin menjadi negara berpendapatan tinggi. Tetapi ingat jangan pula kita hidup berhutang besar macam mereka ini. Sekarang ini kerajaan telah gunakan RM10 billion, nasib baik jumlah itu untuk hampir 85% program ETP, jikalau baru 10% berapa banyak wang yang perlu digunakan?. Duit ini datang dari mana? tentu lah dari hutang juga kan? Dan apabila ETP kecundang, siapa akan bayar segala hutang itu? Mr Yala kah? Jangan terlalu ingat ETP itu akan berjaya, tengok sahaja DEB, berapa lama itu beb, belum lagi berjaya.

Jangan lah kita terikut ikut cara orang Allien dari Amerika, sudah sudah lah dengan cara pengunaan sistem kewangan mereka yang telah lapuk dek zaman. Kata bekas PM, Tunku AR, “mampuih”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s