Politik dalam rumah pangsa – Malaysia style

The interior of a loft condominium at 400 Sout...

Image via Wikipedia

Suka atau tidak, dengan kepadatan penduduk bertambah dari 2 juta kepada hampir 5 juta, Bandaraya kita terpaksa menambah ruang duduk dari mendatar kepada melanggit.

Dan dengan kemudahan sistem pengangkutan, ruang duduk diatas bangunan tinggi semakin menjadi pilihan kepada ramai tidak kira miskin atau kaya, bertujuan meletakkan diri masing masing berdekatan dengan tempat kerja di pusat bandaraya.

Maka terdapat beribu ribu buah pangsapuri dan condominium yang menjadi tempat tinggal semua kaum di bandaraya.

Oleh kerana kebiasan kita orang timur, corak kehidupan kita sama sahaja walau dimana sekali pun kita duduk, di kawasan perumahan yang mendatar atau dikawasan perumahan yang melanggit.

Untuk mengenal budaya sesuatu tempat dikawasan perumahan agak senang sedikit, tetapi untuk mengenal budaya hidup di pangsapuri atau condominium itu agak sulit. Beribu apartment, condominium, atau flat bererti beribu budaya kehidupan.

Untuk menyenang kerja mengenal budaya kehidupan mereka ini kita harus lihat siapa kah majoriti mereka ini. Sesuatu tempat condominium yang diduduki oleh kaum Melayu, maka corak kehidupan mereka adalah corak kehidupan Melayu.

Mesti ada masjid, mesti ada house rules yang melarang itu dan ini, dan house rule mereka ini selalunya berdekatan sangat dengan corak dan nilai kehidupan orang Melayu. Apa dia nilai itu? senang cerita nilai itu ialah suka jaga tepi kain orang.  Semua benda menjadi bahan cerita di kawasan perumahan itu, dari kisah perempuan sehingga kisah apa apa sahaja yang tidak berfaedah tentang jiran tetangga.

Jikalau dipenuhi oleh kaum Cina, maka kawasan perumahan apartment atau condominium itu lebih tenteram dari kacau bilau kerenah menjaga tepi kain orang, tempat lebih bersih dan terjaga dengan sekuriti yang baik.

Jikalau dipenuhi dengan kaum India pula corak budaya kehidupan lebih kepada riang gembira dengan suara didengari dengan lantang dimana mana sahaja dan didalam setiap masa. Jikalau didiami oleh kaum Bangla atau lain lain bangsa corak kehidupan pun berbeza dengan kemeriahan duduk duduk bersimbang bercanggung disemua tempat lapang dengan kumpulan kaum mereka tanpa had.

Jadi, sekiranya anda inginkan corak budaya kehidupan yang berbeza beza itu pilihlah dimana sahaja dan lihat siapa kah yang menjadi majoriti disitu.

Saya rasa saya sudah bosan menjadi bahan cerita dari mulut mulut umat dari komuniti yang suka menjaga hal ehwal orang lain. Tiada faedah besar dengan menjaga tepi kain orang. Dan mereka selalu sangat suka bercerita tentang betina. Ada betina ada JAIS. Dan bila masa membayar maintenance charge bukan main seksa sampai kena potong api. Dan itu lah dia manusia yang suka benda lain tetapi malas untuk mengambil responsibiliti didalam membayar maintenance fees.

Kita kena faham politik ini supaya senang pilih tempat duduk. Bukan apa, itu saja, bro. Gua pilih ditempat majoriti Cina, kerana bersih. He he he.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s