Malaysia dizaman anti kerajaan lama

Malaysia di keliling oleh negara-negara yang bergolak dengan penduduk anti-kerajaan lama. Terdahulu, di Singapura dan terbaru di Thailand.

Hari hari ini, Malaysia tidak terkecuali dari tekanan penduduk anti-kerajaan lama. Sama ada bilangan suara dari golongan anti-kerajaan lama itu ramai atau tidak, ia nya tidak penting. Tetapi percubaan untuk gambaran ramai bilangan ini berlaku dari semasa kesemasa.

Dari berbagai cara yang di pertengahkan, media baru sedikit sebanyak menjadi tersohor sebagai alat paling efektif untuk mengambarkan kuasa suara anti-kerajaan lama di Malaysia sedang bergerak pantas.

Kejayaan “Arab Spring” di negara Timur Tengah juga memberi efek besar keatas kejayaan gambaran bahawa pergerakan ini telah meresap masuk kedalam minda umat Malaysia.

Kita ingin juga tahu mengapa anti-kerajaan lama. Kerajaan PAP Singapura nyaris terkena “peluru berpandu” anti-kerajaan lama baru-baru ini, dan sehebat pemimpin Singapura juga bukan boleh terkecuali dari tindakan pergerakan kehendak hati-hati manusia grombolan baru yang digambarkan disekeling kita sekarang ini.

Jepun pun telah merasa, dan Cina, malahan Indonesia. Rakyat dunia ingin merasa perubahan didalam kehidupan. Mereka ingin bebas. Bebas dari semua benda. Terutamanya, bebas membuat apa saja. Tetapi yang penting bagi mereka ini, dari apa yang berlaku dimana-mana, bebas dari pemimpin tamak, gelojoh, tidak efektif, berbesar diri, ego, kaya raya, membesar kuasa kroni, tanpa memberi kebebasan ekonomi, kebebasan bersuara, kebebasan memilih, kepada rakyat yang terhimpit dengan tekanan ekonomi global.

Thailand telah memilih wanita didalam cubaan mengekal demokrasi yang dihimpit kuasa Raja, kuasa militari, kuasa orang kaya keatas orang miskin, kuasa tindasan perbezaan pendapatan ketara, dan kuasa menghimpit kepuasan beragama.

Jarang negara sebelah ini mengikuti Britain didalam memilih wanita sebagai Perdana Menteri, tetapi Magaret Thacher telah menjadi contoh kepada rakyat Thailand untuk memilih Yingluck Shinawatra. Bukan diatas sifat kekuatan politik, tetapi diatas kekuatan gender iaitu sebagai saorang wanita.

Yingluck, adik perempuan Thaksin, bekas perdana menteri yang dikelaskan sebagai Robin Hood Thailand, menambat hati rakyat di wilayah utara Thailand yang diberi hasil dari kepandaian bekas perdana menteri “menunggang kuda, bergayut didahan dahan pokok, menyerang hendap bagaikan Robin Hood of Nottingham kepada rakyat miskin wilayah itu. Tanpa ragu-ragu, memberi kebebasan kepada rakyat miskin mencari dana, dari sumber apa sekali pun, menjadikan sukatan kemenangan Yingluck.

Sungguh pun beliau mengesa supaya kuasa elite; kuasa raja, kuasa para pedadang,  kuasa politikus besar, di Bangkok merapatkan jurang perbezaan pendapat diantara parti beliau berserta parti gabungan, dengan kumpulan baju kuning ini, dan memajukan negara Thailand didalam proses demokrasi, masih belum boleh terkecuali dari desakan angin perubahan anti-kerajaan lama.

Malaysia, pun begitu. UMNO dan BN mengalami deruan angin itu semenjak Annuar disingkirkan. Sama ada angin perubahan ini baik atau tidak, kumpulan anti-kerajaan lama menyerang ganas sehingga kan UMNO telah mengalami kegoncangan kuat.

Baik atau tidak, secara peribadi, saya tidak akan menyuruh kaptain kapal saya terjun laut, semasa lautan bergelora. Saya sendiri tidak tahu memgemudi sebuah kapal.  Dan dimasa itu semua mengatakan mereka adalah pengemudi kapal yang terhandal.

Baca seterusnya disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s